Usai sahaja solat asar, Haris terus sahaja menuju ke meja kerjanya. Laptop yang berada di atas meja dibuka untuk meneruskan tugasnya yang tergendala. Skrin laptop itu ditatapnya lama semantara otaknya ligat berputar meneroka lembaran kerjanya.
Dia ingin memberikan hasil yang terbaik kepada kepuasan hati pelanggannya. Butang tetikus di jari kanannya ditekan berkali-
kali, barangkalian sesuatu yang tidak menarik minatnya.Haris mendengus kasar ideanya tidak muncul-muncul. Segalanya kabur apabila fikirannya lebih tertumpu pada peristiwa pagi tadi. Selepas dia telah menjadi suami yang sah kepada Airi.
Dalam hujan yang renyai serta suasana yang semakin kelam Haris semakin sukar untuk focus.
Siapa pulak ni? Pasang lampu terang nak mampus mengacau kau betul, getus hatinya.
Airi mendekati Haris yang sedang leka melihat bentuk tubuh Airi yang memakai pakaian yang menampakkan tubuh Airi.
Gulp! Dah kenapa dengan perempuan ni? Nak goda aku ke? Bolehlahkan dah mahram. Tiba-Tiba Airi duduk di riba Haris. Airi merapatkan wajahnya kepada Haris. Nafsu Haris menjadi tidak keruan.
Haris kembali ke alam nyata apabila jam locengnya berbunyi menandakan waktu margrib. Jam loceng itu diambil lalu menekan punat untuk memghentikan bunyinya. Huy. Nasib baik bukan real kalau tak untung Aku. Hehehe
Dah senja, biar betul? Aku rasa baru pukul 5:00 petang. Lama juga aku mengelamun, desisnya
Dia menggeliat semahu-mahunya untuk meluruskan urat-urat saraf yang berselirat yang melenguh badannya. Jari jemarimya diletupkan satu per satu . Perasaan lega jelas terpancar di wajahnya. Haris bingkas menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
"Haah kenapa kau campak kucing tu? Mana kau dapat? Sakitlah dia cuba kau aku campak macam tu sakit tak?"
Airi terkejut beruk apabila sahaja terdengar derapan kasut yang begitu dikenalinya malahan haruman Issey Miyake itu semakin menujah rongga hidungnya. Hampir luruh jantungnya apabila disoal begitu.
Kucing yang baru sahaja diusapnya itu terpaksa dicampaknya ke tepi memandangkan suaminya itu begitu anti dengan binatang comel itu.
Sorry Comel bukan niat aku tapi mamat ais ini mengejutkan aku saja, detiknya dalam hatinya.
Airi menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Entah apalah yang harus dilakukannya waktu itu.
"Err...bukan ke Tengku Haris takut dengan kucing jadi aku letaklah jauh-jauh." Ujar Airi perlahan. Terkebil-kebil matanya memandang lantai.
Anak matanya Tengku Haris tepat memandang ke arah Airi yang kepanasaran itu. Airi langsung tidak berani mendongak, melihat wajah Tengku Haris jauh sekali. Manusia walau kacak atau cantik macam mana sekalipun kalau dah marah menakutkan juga.
Siapa yang cakap 'semakin awak marah semakin comellah ataupun hensemlah' memang penipu! Waktu bercinta bolehlah cuba dah kahwin, masuk angin keluar asap!
"It's none of your business. Siapa cakap aku takut? Aku cuma tak suka, faham! Kau cari balik kucing tu patah kakinya ataupun cedera. Lebih baik kau bersiap sedih!"
Airi mengerutkan dahi, dia mengetap bibirnya menahan geram yang sudah beraja di hati. Mahu sahaja ditumbuk-tumbuk muka Tengku Haris yang handsome tu biar leper macam papan lapis.
"Now!"
Tengku Haris terus sahaja berlalu masuk ke dalam biliknya meninggalkan Airi yang masih terpaku disitu. Gadis itu meliar mencari kelibat kucing yang dicampaknya tidak sengaja itu.
Ini serious, Comel, kau tahu tak yang suami aku tu tak mature. Kalau aku pegang disuruhnya aku letak kau jauh-jauh tapi kalau aku buang disuruhnya aku cari kau balik. Siap ugut pula tu. Comel... aku tak fahamlah dengan perangai suami aku tu. Kenapalah dia wujud dalam dunia ni?
Airi masih mencari-cari di manakah kucing itu sudah membawa diri setelah dicampaknya sebenarnya tadi.
Dia melirik ke arah jarum jam yang sudah hampir menunjukkan angka 7:30 malam itu.Setelah hampir sesetengah jam berlalu akhirnya. Airi berjaya menemui Comel kucing kesayanganya itu. Dia menjerit gembira.
"Kenapa lambat sangat?" Soal Tengku Haris sebaik sahaja dia keluar dari biliknya dengan pakaian yang kemas.
"Err, aku jumpa dia dekat pagar sana. Dia sihat Tengku, tak cedera pun. Tengok ni..." sekuntum senyuman yang indah terukir di bibir Airi yang mungil hanya untuk si Comel.
"Jauh sikit," pinta Tengku Haris
"Dah, tepilah. Kau jaga kucing tu. Nanti aku beli barang untuk kucing tu. Tapi kucing tu mandi dulu sebab ada bau kau. Dah Aku nak keluar" arah Tengku Haris tanpa memandang ke arah wajah Airi yang terkulat-kulat. Matanya bulat sebaik sahaja mendengar arahan dari mulut suaminya itu.
To Be Continued
___________________________
VOTE, COMMENT AND SHARE
YOU ARE READING
Love Is Cruel ✔️
RomanceSemua manusia ingin kebahagian, tetapi tidak. Mahu kecapi kebahagian mesti ada cabarannya. Airiana Alysha dipanggil Airi Dia seorang yang kuat semangat. Mementingkan perasaan orang daripada dirinya. Hidupnya sekarang sudah senang. Kerja ada, tunang...