Bab 34 | bahagia

2.6K 61 8
                                    

5 tahun kemudian...

"Mamaa!" Jerit Aini. Airi yang berada di dapur terkocoh-kocoh mendapatkan Aini yang berada di ruang tamu.

"Kenapa, Aini?" Soal Airi cemas.

"Tu!" Balas Aini sambil menangos teresak-esak.

Tangannya menunjukkan ke arah abangnya, Ammar yang tak jauh darinya. Airi memandang Ammar yang selamba. Mesti ada sesuatu yang Ammar dah buat pada Aini. Ammar berpura-pura tengok tv, seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Abang kacau adik eh?" Tanya Airi buat-buat serius. Tangannya sengaja dicekak ke pingang. Mata sengaja dicelikkan ke arah Ammar.

"Mana ada, Ammar tak kacau adik pun. Cuma Ammar ni saje ambil barbie doll Aini." Terang Ammar.

Airi geleng kepala. Ammar memang selalu menyakat Aini. Nasiblah Ammar dapat abang seperti Ammar.

Tapi Airi tahu, walaupun Ammar sering menyakat Aini, Ammar insan yang paling menyayangi Aini.

"Kan mama dah pesan, jangan usik mainan adik. Tengok, adik dah nangis tu." Airi memandang ke arah Aini yang sedang menangis.

"Adik tu, tak habis-habis dengan anak patung barbie dia. Meluatlah tengok." Pertahan Ammar.

"Eleh. Abang tu. asyik dengan pistol je. Tak pula meluat tengok." Amboi, anak dara sorang ni boleh tahan melawan. Baru berusia 4 tahun dah pandai bertekak dengan abangnya.

Airi hanya melihat telatah anak-anaknya. Senyuman terukir dibibir Airi. Bahagia rasanya.

"Oi!" Sergah Haris ke telinga Airi.

Airi terkejut. Kurang ajar betul bagi orang terkejut. Kalau ada masalah jantung ni. On the spot mati terus.

"Masuk rumah dulu bagi salam boleh tak?" Perli Airi.

"Abang dah bagi salam tadi. Tapi tak ada yang jawab. Rupa-rupanya isteri abang tengah tersengih sorang." Balas Haris sambil mempertahankan dirinya.

Airi mencebik. Ingatkan dah berubah sikap dulu, sama je sekarang.

"Tengoklah anak-anak kita. Asyik gaduh je." Airi mengeluh lemah. Tiap-tiap ada je masalah.

"Abang tahu. Kena tambah sorang lagi barulah tak gaduh." Jelas Haris. Kena bagi adik ni. Tak selalu gaduh sangat. Bukan Haris yang hadap. Selalu busy kat pejabat.

Airi mencubit lengan sasa. "Gatal"

Haris gelak lalu melangkah ke arah tangga. Sama je dengan Ammar suka menyakat orang.

"Anak-anak dah tidur?" Soal Haris bila melihat Airi keluar masuk ke bilik Aini dan Ammar. Dorang berdua asing bilik.

Waktu malam biasanya Haris meluangkan masa dengan anak-anak sebelum mereka masuk tidur. Tapi kali ni tak sempat pula, awal mereka berdua masuk bilik untk tidur. Selalu selepas pukul 9 dah tidur.

"Dah, awal pula mereka tidur malam ni." Komen Airi sambil memanjat katil.

"Mereka bagi chance kat kita nak dapat adik baru." Haris kenyit mata nakal. Nampak macam lelaki miang pun ada. Aduhai.

"Ada lagi abang mention pasal tu. Tak bolehlah." Malas betul melayan kalau Haris dah naik miang. Bagi kuali ketuk kepala, pengsan.

Mata Haris tajam memandang pipi Airi. Airi perasan akan Haris. Apa ni pandang macamtu.

"Gila ka?" Tanya Airi.

"Tak, kat pipi sayang tu ada kesan merah. Sian kena gigit nyamuk." Tegur Haris.

Airi memuncungkan bibirnya dan sepantas kilat bibir itu menjadi mangsa ciuman Haris.

"Eee, Haris. Ambil kesempatan!"  Airi menampar lembut paha Haris bila bibirnya dilepaskan  oleh bibir Haris. Haris tersengih. Rezeki depan mata takkan nak biar macamtu je kan.

"Dahlah malas layan." Marah Airi. Airi terus baring. Tubuhnya mengiring membelakangi Haris. Ha sudah. Merajuk pulak.

"Sayang." Pujuk Haris. Tak reti nak pujuk perempuan merajuk ni.

"Sayang." Panggil Haris sekali lagi. Bahu Airi disentuh . Airi sengaja mengeraskan diri. Merajuk der.

"Tak baik membelakangi suami." Bisik Haris. Sengaja dia menakutkan Airi.

Airi menoleh ke arah Haris. Menyampah. Suka betul kacau Airi.

Tangan Haris memegang tangan Airi lalu dicium.

"Sayang, I really love you so much. Thanks bagi anak-anak comel. Susah payah je mengandung selama 9 bulan. Walaupun kita kahwin kena tangkap basah. Tak sangka kita dapat bertahan sampai sekarang. Banyak cabaran kita hadapi sepanjang alam perkahwinan ni. I love you again my wife." Luahan perasaan Haris yang ikhlas.

Degupan jantung Airi makin laju. Tadi normal je dupdap. Sekarang berganda dupdap.

Haris masih menunggu jawapan keluar dari mulut Airi.

"Aku pun sayangkan kau. Tu je." Ujar Airi

Tu je? tak sweet langsung Airi.

Haris menepuk dahinya. Potong stimlah Airi. Try jadi sweet sikit.

"Cakaplah i love you too. Tu pun kena ajar ke? Lepas tu, jangan guna aku kau lagi. Guna abang sayang ke apa . Aku tak suka. Correction abang tak suka sayang guna perkataan tu." terang Haris. Aih. Sentiasa blur.

"I love you sayang again. Sayang pelengkap hidup abang." Bisik Haris di telinga Airi sambil mencium dahi Airi lama.

"I love you too , abang. Abang segala-galanya buat Airi." Balas Airi membuka matanya sekejap sebelum menutup kembali lalu memeluk erat pinggang Haris.

The end
Tu je aku mampu buat. Sorryla kalau cita ni bosan. Haraplah readers kesayangan nana suka. Jangan lupa vote and komen muahhh❤️‍🔥

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now