bab 17 | each other

1.6K 99 3
                                    

Cinta Yang Terakhir

Nobody perfect in
the world.

🌎🌍🌏

    Malam itu, Airi membuat pilihan pulang awal atas urusan keluarga. Itu pun disuruh oleh Haris untuk pulang awal.

Airi melihat kereta milik Haris sudah ada di perkarangan rumahnya. Selalunya Haris balik akhir sebelum dia datang. Mungkin adanya Ammar. Segala-galanya berubah.

Airi meletakkan keretanya di tepi kereta Haris. Dia mengambil phone yang tengah bercharge (?).

Dia mempercepatkan langkahnya. Dia perlu memasak untuk malam ni. Begitu sibuknya kehidupan dia. Tiada masa nak berehat atau bermain game.

Airi membuka pintu dengan perlahan. Aih pintu ni boleh buka. Tak berkunci pun. Ni mesti Haris tak ingat ni. Bahaya betul.

Mata Airi meliar mencari kelibat Haris dan Ammar.

"Ammar!" Laung Airi. Hilang. Airi berjalan menuju ke dapur. Pun tak ada. Aih pelik betul. Kereta ada diluar.

Rumah ni pun satu besar sangat. Lenguh kaki nak cari bilik satu persatu. Airi dah give up nak carikan lagi. Pulang kerja pastu berjalan satu rumah besar. Eh memang tak ah.

"Baik aku tidur dulu. Nak rehatkan diri." Dengan malas Airi pergi ke arah tangga.

"Mama!"

Dibahagian paha Airi terasa orang yang memeluk dari belakang. Pendek dan comel. Pantas Airi memusing ke belakang lalu mendukung Ammar. Menyerlah muka gembira Ammar.

"Jom kita makan luar." Ajak Haris. Penampilan Haris sudah kemas. Dia mesti tunggu Airi pulang.

Didalam kereta, Ammar duduk car seat. Itu wajib untuk tahun ni. Kalau tak kena saman.

"Ammar, okay tak duduk kat situ?" Tanya Airi.

"Okay mama." jawab Ammar.

Airi menoleh ke tepi. Haris diam je dari tadi. Nak tegurlah. Macam tunggul Airi.

"Haris, bila masa kau beli car seat tu? Sempat juga eh."

"Petang tadi." Balas Haris sebaris.

Macam malas je dia nak layan Airi. Memang kena sepak. Ya Allah. Berdosa nya dia. Tak boleh buat macam tu. Tak cium bau syurga.

Airi mengucap sambil tangannya mengusap dadanya.

Haris memandang pelik. Tiba-tiba je Airi mengucap.

45 minit kemudian, Haris mengambil keputusan nak makan di tempat western. Terasa tekak nak makan.

Selepas selesai order makanan, Ammar asyik berkepit dengan Airi. Rindu katanya. Time ni Haris langsung tak dipedulinya. Bertuah punya anak.

"Airi, pagi esok kau ambil cuti. Lepas tu kau kemas barang aku dan Ammar pergi bercuti." Ujar Haris tenang. Matanya tidak lepas memandang Airi. Makin cantik bini dia sekarang. Baru perasan. Eheks.

Love Is Cruel ✔️Where stories live. Discover now