Chapter 42

110 7 0
                                    

"Weyh Hayden. Bangunlah. Jangan macam ni weyh. Walaupun aku benci kau, aku still tak nak tengok kau mati woi."

Hayden tak sedar juga. Agaknya kalau aku mencarut, dia bangun tak?

Okay. Jom try. Aku tarik nafas, hembus.

"Eh panta-"

Kata-kata haram aku ni tak dapat nak dihabiskan bila tiba-tiba ada sebuah tembakan dilepaskan.

Dan tembakan tu hampir kene telinga aku.

Woah....berdesing telinga aku ni Ya Allah.

Dan diiringi dengan bunyi tembakan tu, maka muncullah beberapa orang yang bersenjata melangkah masuk kawasan rumah yang tak berapa nak rumah ni menerusi pintu hadapan yang dah hancur.

Wow. Really? Tadi bom. Lepas tu mamat-mamat bersenjata pula? Aku teka lah kan, ni mesti angkara ayah Hattar.

Maybe dia dah tahu yang Hattar sedang buru dia so dia pergi hantar pula orang bawahannya untuk bunuh aku.

Oh-ho. Such a coward move old man.
Nak bunuh sangat aku marilah! Berdepan macam jantan. Ni tak. Pergi main hantar-hantar orang pula.

Salah seorang yang bersenjata tu mula menghalakan muncung pistolnya ke arah aku.

Dengan keadaan diri yang masih bersimpuh, aku menaikkan kedua-dua belah tangan ke udara.

Aku pasrah je lah macam ni. Aku memang nak mati pun sejak dulu. But.....

Hidup Hattar pula macam mana nanti? Dia je pernah cakap ayat cliche macam 'you die, I die' lah, 'you jump, I jump' lah. Ini kalau mamat tu tahu aku kene tembak dengan orang bawahan ayah dia, mahu diterjun gaungnya terus.

Bunyi clutch dari pistol mereka mula kedengaran. Aku mengalihkan pandangan ke bawah sebagai tindakan refleks.

Tapi belum sempat aku nak mengucap, membulat mata aku bila ternampak tubuh badan Hayden yang layu tadi kini dah bangun lalu sepucuk pistol dikeluarkan dari poket belakang seluarnya. Belum sempat mamat-mamat bersenjata tu mengambil tindakan, Hayden terlebih dahulu melepaskan tembakannya. Satu tembakan untuk setiap seorang dan tembakan mamat ni boleh tahan hebatnya.

Semua terkena tepat di dahi mereka and yes, di hadapan kami berdua sekarang hanya tinggal mayat.

"Wow. You are a great shooter, I admit that."

"Dude? Kau perlekehkan aku ke selama hari ni? Then why Arhan hantar kau kat aku, huh? Cuba fikir sikit."

Ewah mat salih ni. Sedap hati je mengata otak aku bodoh. Karang aku bagi ceramah pasal agama tak pasal-pasal kau jadi saudara seIslam aku nanti.

"Let's-Ugh!"

Ha....tengok. Balasan tu ada je.

"Kau tu cedera teruk. Tak yah nak tunjuk macho sangat kat sini."

"Arfa. Call Arfan."

"Eh? Tapi hari ni dia bekerja. Mesti dia sibuk-"

"Just call him!"

Okay, okay. Jeez. Macam mana lah aku boleh dikerumuni lelaki yang panas baran?

Mula-mula Hattar, kau, lepas tu Adrian. And then siapa lagi? Arfan?

Eh, nah....mamat tu terlalu baik untuk naik baran depan aku.

* * *
"What the hell is wrong with you two?!!"

Okay, nope. Arfan definitely ada rosak skru level marah kat otak dia tu jugak.

"Janganlah mara-"

"Kepala otak kau aku tak marah! Ini, ini apahal sampai luka teruk ni?!!"

Arfan membalas kata-kata aku sambil menekan keras luka di bahagian abdomen Hayden.

"B*BI lah kau. Tak yah lepaskan marah kat aku kot."

Eh...mat salih ni dah pandai cakap bahasa mencarut Malaysia. Ni mesti pengaruh Ariq.

"Arfa. Kau pulak, ada sakit kat mana-mana?"

Arfan bertanya kepada aku sambil membalut luka Hayden yang dah di rawat tu. Termasuk sekali luka dekat dahinya juga dirawat tapi si mamat Hayden hanya menggunakan plaster besar instead of pembalut. Dah kenapa? Luka punya besar kat dahi tapi guna plaster je.

Aku memandang ke arah Arfan lalu menggelengkan kepala. Walaupun memang kaki aku sakit sekarang ni tapi rasanya terseliuh je kot. Duduk sekejap okay lah ni.

And nasib baik aku pakai stokin hari ni kalau tak Arfan dah nampak kot lebam kat pergelangan kaki aku.

"So....care to explain kenapa aku terpaksa tinggalkan pesakit aku and kene datang kat korang pulak?"

"Kene bom."

"What?!!!"

Hayden, Hayden. Mulut mu memang main lepas lah. Tengok si Arfan, dah macam orang kene strok aku tengok mukanya tu. Terkejut sangat agaknya.

"Jangan risau. Bom kecik. Kau tengok aku. Sihat-"

"TAPI HAYDEN DAH SEPARUH NYAWA, ARFA."

Hayden dah berbalas pandangan dengan aku. Takut agaknya dengan panas baran Arfan ni.

Okay. Understand. Zip mulut.

"Hattar? Dia pergi mana? Ariq hari ni pun tak datang kacau aku kerja."

Arfan bertanya sambil mengemas peralatan medicalnya.

Eh, kejap. Datang kacau? Si Ariq tu kan, memang kebudak-budakan betullah. Aku tak tahulah apa jadi nanti kat girlfriend dia kalau ada dia ada satu nanti.

"Diorang berdua....tengah jalankan plan gila diorang tu. Ariq pun ikut sama. Oh, and Adrian akan jadi backup diorang nanti."

Wow. Too much information Hayden. Too much. Kau tahu kan risaunya si Arfan ni dekat Hattar macam risaunya ibu susuan kepada penyunya?

Okay. Sorry. Melalut sekejap pasal penyu tadi. Entah kenapa tiba-tiba teringat penyu.

Hmm....kalau si Hattar tu dah balik nanti aku nak minta bela penyu lah.

Arhan HattarWhere stories live. Discover now