Chapter 43

117 7 0
                                    

Oh-ho. I'm still shock yang rumah asal Hattar ni dah macam istana.

Istana tak istana Arfa, kita kat sini nak bunuh bapak orang.

"Sure pasal ni?"

Laju aku mengangguk ke arah Hayden yang sedang berada di hadapan aku sambil sebelah tangannya menghulurkan sepucuk pistol kepadaku.

Aku menyambut pemberian tu lalu pandangan dihalakan ke arah kaki aku yang masih sakit ni.

Pergelangan kaki tersebut diliuk-lentokkan sebelum aku memang pasti yang tulang kaki aku ni dah retak.

Okay. Think about this later. Help Hattar first.

Hayden berjalan ke arah bonet kereta lalu dibukanya bonet tu dan bila tengok isi dalam dia, Masyallah. Aku rasa macam nak curi.

Di dalam bonet tersebut terdapat beberapa barangan terlarang macam pistol anak, pistol bapak, pisau and.....

Oh my god. Hand grenade pun ada.

Hayden mula memuatkan segala jenis senjata tersebut di setiap inci yang terdapat di tubuhnya. Selagi ada ruang kat celah-celah baju pun, dia selit je.

Aku mula memalingkan tubuh badan untuk menghadap ke arah rumah Hattar yang beberapa meter tidak jauh dari kami.

Ye lah, kene lah parking kereta ni jauh sikit kan? Karang tak pasal-pasal kereta Hayden pula jadi mangsa bom jugak. Cukup rumah mamat ni je lah kene bom.

Perlahan-lahan kami berdua berjalan mendekati rumah Hattar selepas tu.

And damn....there are really many corps yang tersadai di serata jalan untuk menuju ke pintu rumah utama istana ni. Bloody hell.....banyaknya lah muka mamat-mamat handsome yang terbazir dekat sini. Semuanya semata-mata nak cari duit dengan melakukan pekerjaan haram ayah Hattar ni.

"Arfa!"

Suara seseorang yang menjerit memanggil nama aku berjaya membuatkan kedua-dua belah tangan yang memegang sepucuk pistol ni terangkat selaras dengan mata.

Dan belum sempat sebuah tembakan dilepaskan, mata sempat menangkap kelibat Adrian yang sedang mengangkat-kedua-dua belah tangannya ke udara.

"Adrian!"

Entah kenapa aku rasa excited pula jumpa mamat tu, jadi aku terus berlari ke arahnya yang sedang berehat di hadapan pintu utama rumah ni. Seluruh tubuhnya sedang berlumuran darah. Darah dia atau darah mangsanya, kita fikir pasal perkara tu kemudian.

"Hattar? Where is he?"

"Kat dalam with Ariq. He said to wait outside."

Ah-ha. And he said that for you, so......

"Please step aside."

Namun Adrian lansung tak berganjak. Masih berada dalam posisi keras dia tu.

Aku memandang ke arah Hayden di sebelah. Memberi reak muka simpati. Mengharapkan belas kasihannya untuk membantu aku menghalau Adrian ni.

Hayden mengeluh panjang sebelum pistol yang digenggamnya sedari tadi dihalakan ke arah kaki Adrian lalu dia melepaskan sebuah tembakan.

Aku tersentak lalu terus menekup mulut sendiri.

"AGHHHHHH. WHAT THE F*CK HAYDEN?!!"

"Sorry bro. A wife need to see her husband right now."

Pandai kau melawak Hayden. Pandai sangat.

Disebabkan tindakan Hayden tadi, Adrian punya guard dah down lalu aku terus menyelit dari sebalik badannya dan terus melangkah masuk ke dalam rumah ni.

Tetapi, perkara pertama yang aku nampak adalah sesi tembak-menembak yang sedang berlansung tidak jauh dari kedudukan aku yang sekarang. Semua orang yang sedang menembak tadi terus mengalihkan pandangan ke arah aku disebabkan bunyi pintu yang berkeriut tadi. Termasuklah Hattar. Membulat jugalah mata dia bila mamat tu nampak kelibat aku. Yes honey, your wife is here.

Okay. Tapi Ini memang bala namanya.

Aku terus melompat ke belakang sebuah sofa yang dah banyak kesan tembakan. Mana-mana tempatlah. Janji aku ada tempat bersembunyi untuk sementara.

Dan selepas tu, bunyi tembakan beramai-ramai ke arah di mana aku tengah menyorok ni terus berlaku. Ada jugalah miss peluru yang terkena aku but they are just small cuts.

Tetapi disebabkan pihak lawan hanya fokus di mana aku berada sekarang ni, aku boleh dengar tembakan lain yang agak jauh kedudukannya dilepaskan. Menyebabkan suara ramai orang yang sedang menderita kesakitan dapat aku dengari selepas tu.

Aku mengintai sedikit di sebalik sofa ni. Memastikan sama ada perang kecil di bahagian ruang tamu yang luas ni dah berakhir atau tidak and yes. I only see Hattar from afar now.

Aku terus bangun lalu berlari ke arah mamat tu.

Dan entah apa yang tengah rasuk si Hattar tu, jin ke, syaitan ke, jembalang ke, tetapi yang pasti, muka dia macam nak baling aku dari tingkat 7 sekarang ni.

It's okay darling. I still love you. So....yeah. Bila dah nak sampai dekat depan Hattar, mestilah aku terus lompat ke dalam pelukannya dan nasib baiklah si Hattar tu tak terjatuh dalam menampung berat aku.

"OMAIGADDDD!!! YOU'RE NOT DEAD!!"

"Of course....I'm not."

Hattar membalas kata-kata aku sambil meleraikan pelukan kami.

"Yang penting sekarang ni.....KENAPA KAU ADA DEKAT SINI?!!!"

"Ooooo....."

Aku mengalihkan pandangan ke arah Hayden dulu yang awal-awal dah gelengkan kepalanya supaya aku tak bagitahu perkara yang sebenar sebelum fokus dialihkan kembali kepada Hattar untuk menjawab persoalannya.

"...Rumah Hayden kene bom."

"WHAT?!!"

Kali ni jeritan Hattar diiringi juga dengan suara Ariq. Oh, yes. He's here too.

Aku tersenyum kepada Ariq lalu melambaikan tangan kepadanya.

Dan Ariq pula hanya tergelak kecil dengan perlakuan aku ni. What? Lambaian aku ni lawak sangat ke?

"You're crazy."

Wow. Kau gelak sebab aku gila? Kau memang jahat Ariq.

"No no no no no no. You're not suppose to be here."

Hattar dah mula hilang arah. Mungkin disebabkan plan yang dia dah rangka selama beberapa bulan ni dah hancur hanya disebabkan kehadiran aku di sini.

Tapi takdelah hancur sangat. You're alive. Ariq's alive. Everyone's alive. So....yeah. You still got a chance.

"Hey hey hey hey. Pandang sini kejap."

Aku berkata seraya kedua-dua belah tangan dibawa ke pipi Hattar lalu perlahan-lahan memalingkan wajahnya untuk menghadap aku.

Dia pula mengangkat tangannya untuk menolak tangan aku ni tapi sudahnya tangan dia tu hanya tergantung lemah semasa masih mengenggam pergelangan tangan aku.

"Why...Kenapa kau dekat sini? I'm afraid.....I'm....just....afraid...."

His voice shaking helplessly. As if he really don't want this to haplen. Don't want me to be here. Don't want to risk any chances that I might die here while helping him.

But, Hattar. I'm your wife.

"At least tolong kau benda yang simple pun takpelah. So, please give me that chance."

Hattar sudahnya menolak tangan aku ke bawah lalu dia mula bermain dengan jari-jemari aku tersebut sebelum kepalanya diangkat untuk menghadap muka aku.

"Then. Just one job. Cut the power of this house. Can you do that?"

"Habis tu korang nanti macam mana?"

"We have that night vision goggles thing. So.....stay safe. Keep that gun close to you and please. I'm begging you. Tolonglah take care of yourself."

Aku hanya mengangguk. Jeez. Pandai-pandailah aku hidup, Hattar. Kau tu yang kene berani sikit to take down of your own father.

And bila kitorang dah mula nak part away, aku terus menjerit nama Hattar bila lelaki tu dah jauh.

"Remember, masa aku cakap yang I can't live with you? Well,...I can't live without you now, so...kau pun sama. Please, don't die. Okay?"

Hattar tersenyum kecil. Dia hanya mengangguk sekali sebelum langkahnya bersama Ariq diteruskan untuk menuju ke arah di mana ayah Hattar sedang berada sekarang ni.

Arhan HattarWhere stories live. Discover now