Skrin komputer dipandang kosong. Kepala tak gatal digaru. Serabut memikirkan apa yang perlu diletak untuk mengiklankan rumahnya yang untuk disewa. "Kenapa, eh? Tak ada orang nak ke?" Raid mengomel kecil. Mata tertancap pada skrin komputer itu. Kedengaran pintu rumah dibuka.
Kening Faiz terangkat tinggi. Pelik apabila kepulangannya disambut dengan muka serabai Raid.
Giliran Raid pula mengangkat kening apabila terlihat lembaga yang berdiri di hadapan pintu rumah. Sepertinya mereka sedang berkomunikasi melalui riak wajah.
"What?" Soal Faiz selamba sambil menanggalkan kasut kulitnya dan menyusun rapi di rak kasut di sebelah kanan pintu.
"RM 100 sebulan mahal sangat ke?" Soalan dibalas soalan.
"Untuk apa?"
"Sewa rumah." Kepala mengikut pergerakan Faiz dari pintu ke tangga rumah.
"Kau kira macam mana? Satu kepala ke satu rumah?"
"Satu rumah."
"Murah sangat." Tali leher ditanggalkan. Beg galas di bahu diletakkan di anak tangga.
"Dah tu, kenapa tak ada orang nak sewa?"
Faiz terus melabuhkan punggungnya di tempat letak tangan kerusi Raid. Dia memerhatikan kandungan dalam skrin komputer riba itu. "Kau ada letak gambar tak?"
"Ada." Jawab Raid sepatah. Jarinya laju skrol tetikus itu ke bawah dan menunjukkan gambar yang dimaksudkan Faiz.
Faiz memerhatikan gambar dengan teliti. "Kau letak gambar macam ni memanglah tak ada orang nak. Dahlah rumah kau ni macam rumah hantu."
Raid tidak beriak. Dia masih pelik. Yelah, rumah dekat Kuala Lumpur, RM 100 sebulan, dua tingkat, takkan tak ada orang nak kut?
Skrin yang tertulis;
Rumah untuk disewa, RM 100 sebulan.
Berminat, sila telefon 0123456789 untuk maklumat lanjut.
Faiz mengeluh. "Kau ingat orang nak sewa ke kalau description dia pun macam ni?"
"Background aku bukannya bisnes." Jawab Raid selamba.
"Lepas tu, gambar yang kau letak pun macam rumah hantu aku tengok." Jawapan Raid tadi dipekakkan.
"Dah memang macam tu. Nak buat macam mana?" Raid semakin biul. Apa lagi yang perlu diubah? Dah memang rupanya macam rumah hantu. Nak buat macam mana lagi?
Sememangnya rumah Raid memang sebijik macam rumah hantu. Yelah, rumah dia rumah semi-D yang lama. Semua rumah semi-D sekeliling rumahnya tidak berpenghuni. Kecuali rumahnya. Cadangnya, mahu robohkan dinding yang membahagikan kedua rumah tersebut. Tapi yang sempat hanya dinding pengadang di bahagian parkir rumah. Itu pun bahagian depan sahaja.
Apa yang buatkan rumahnya seperti rumah tinggal adalah keadaan sekelilingnya. Pokok ara yang besar sekelilingnya menambahkan lagi efek seperti rumah tinggal. Ditambah lagi dengan lalang yang setinggi pinggang tumbuh meliar di laman rumah sebelah langsung tidak menunjukkan di rumah itu boleh dihuni. Nasib sahaja tidak ada penagih dadah yang membuat sarang dekat rumah sebelah. Takut kot. Rumah yang terletak di lereng bukit itu mungkin membuatkan orang tidak beberapa minat dengan rumah itu, walaupun sewanya murah.
"Aku cadang kau renovate dulu rumah tu. Tak payah renovate bagai nak rak. Kau buat ala kadar je. Cat dinding, letak jubin. Kalau nak jimat, letak tikar getah. Lepas tu, letak terus furniture." Faiz mencadang.
Raid biul. "Tang furniture tu pula macam mana pula?" Komputer ribanya diserahkan kepada Faiz.
"Kau beli second hand."
"Kat mana?"
"Nanti aku tolong. And don't forget about the utilities."
"Yeah, right." Raid bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Tangannya meletakkan serbuk kopi ke dalam mesin espresso. Maklumlah, dia ni peminat kopi. Hampir setiap jam dia minum minuman berkafein itu. "Nak upah ke?" Soalnya kepada Faiz sebelum meneguk air kosong.
"Tak payah. Duduk kat sini free pun dah kira okey."
"Okay then." Cawan kecil diambil dan diletakkan di bawah espresso spout. "Kau nak?"
"No thanks. Too much coffee is not good for your body, ya know?" Mata Faiz masih tertancap pada skrin komputer riba milik Raid.
"Yeah, but I need my daily intake of caffeine."
"But in proper amount. Ini tak. Dah macam ketagih."
"Memang pun." Kerusi tinggi ditarik dan diduduki. Matanya memandang kosong apa sahaja yang berada di hadapannya.
Apa yang buatkan dia tergerak hati untuk menyewa rumahnya adalah apabila dia terdengar ceramah di masjid tempoh hari. Katanya, rumah tidak elok dibiarkan tidak berpenghuni dalam tempoh yang panjang. Kalau nak diikutkan, rumah sebelah yang juga miliknya sudah hampir lapan tahun dibiarkan tidak berpenghuni.
Selepas sahaja pemergian arwah mak, rumah itu langsung tidak dijaga dan dijenguk memandangkan dia lebih gemar menghabiskan masanya di studio. Might as well hire a caretaker for the house. Hatinya sempat berdesis sebelum dia meneguk espressonya sehingga habis.
-3-
Rumah untuk disewa.
RM 100 sebulan.
Lengkap dengan perabot.
10 km ke pusat bandar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 0123456789
"Okey tak?" Faiz mengangkat kening sambil menunggu reaksi Raid.
Setelah hampir dua bulan menunggu rumah itu untuk disiapkan, barulah rumah itu sedia untuk disewa.
"Okey kut. Aku tak tahu." Raid berbasa-basi. Dia langsung tak tahu taktik pemasaran. Yang dia tahu nanti rumah tu akan berpenghuni. "Nanti tambah caretaker needed."
"Huh? Caretaker? For what?"
"Jaga rumahlah."
"Kalau dah ada penyewa, takkan nak ada caretaker?"
"Hmm...."
"...."
Dua-dua biul.
"Caretaker untuk jaga rumah, bersihkan, bayarkan urusan bil bagai."
"Kenapa kau tak buat sendiri?"
"Busy."
Faiz hanya mengeluh. "Fine. Your house." Komputer riba yang berada di hadapan Raid diambil semula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomansaKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)