Jeritan dari studio membuatkan darah Rifqi dan Faiz berderau turun. Masing-masing bertukar pandangan. Tengah seronok tengok Harry Potter dekat ruang tamu, tiba-tiba jeritan yang serupa ngauman bergema dari studio. Peluh sejuk merembes di belakang kedua-dua lelaki itu.
"Kenapa dengan dia? Art block lagi ke?" Nada Rifqi rendah menyoal Faiz di sebelah. Dia yang sedang duduk malas, menegakkan belakangnya.
Faiz geleng laju. "Aku tak tahu." Muka Faiz seperti Rifqi, pucat semacam. "Kau berani tengokkan dia?"
Giliran Rifqi pula menggeleng laju. "Tidak. Aku tak sanggup. Kau tak ingat ke aku dulu pernah ke simbah dengan turpentin masa aku kacau dia dulu? Tak nak aku lalui benda tu lagi. Serem." Tangannya mengurut lengan berkali-kali. Bila teringat semula insiden tu, memang meremang bulu romanya. Muka bengis Raid yang tersangat menakutkan muncul kembali dalam kepalanya. Sebijik macam Tengu. Kepalanya masih menggeleng laju.
Faiz mengeluh kecil. Risau memang risau. Nak dibantu, takut dia pula yang dipulau. Apa yang dia patut buat sekarang dia pun buntu. Bila ditanya kalau-kalau dia ada tanda-tanda depresi, Raid hanya menggeleng. Katanya tu perkara kecil. Tapi kalau tengok perangainya pula... Haih, dia pun pening.
"Aku cuba tanya dia kejap," tutur Faiz perlahan sambil bangun dari duduknya di lantai dan bergerak ke depan pintu lungsur studio.
"Go Faiz! You can do this!"
"Diam." Mata dijeling ke belakang. Pintu diketuk perlahan. "Err, Raid. Kau- kau okey?" Dia sedikit gagap. Takut juga kalau tiba-tiba Raid buka pintu lepas tu disimbahnya dia dengan turpentin. Tak turpentin, spirit. Air liur yang terasa bergumpal di tekak ditelan. Derapan tapak kaki dari bilik sebelah kedengaran.
Rifqi di sofa menonton dengan kaget. Kalau dia mengamuk, aku ciao dulu.
"Apa?" Suara yang terlalu dalam dan berbahaya bak Mariana Trench bersuara dari celahan pintu lungsur yang dibuka sedikit. Walaupun sebelah dalam studio gelap, namun renungan maut yang menusuk jantung masih dapat dilihat dengan jelas.
Eeeek! Faiz pucat serupa mayat. Peluh makin laju mengalir. Aku takut! Faiz tersengih cuak. Bulu tengkuk yang meremang di urut-urut. Jantungnya terasa seperti diketuk-ketuk.
Rifqi pula pusing lipat kepalanya memandang televisyen semula. Seperti Faiz, peluh sejuk makin laju mengalir, jantung makin laju berdegup. Aku tak boleh tolong Faiz! Maafkan aku!
"K-K-Kau okey? T-tadi aku dengar kau j-jerit." Perasaan gugupnya tidak dapat disorok lagi. Kalau renungan maut Raid itu sesuatu yang fizikal, memang dia dah mati dekat situ. Lagi menakutkan dari hantu dia ni.
"Jangan ganggu aku." Amaran perlahan dan bahaya dituturkan dengan intonasi membunuh, disertakan pula dengan jegilan mata Raid yang seperti mahu menikamnya tepat di jantung. Pintu ditutup dengan perlahan.
"B-baik!" Jerit Faiz dengan spontan berdiri tegak dan berjalan semula ke ruang tamu. Menakutkan! Menakutkan! Menakutkan! Punggungnya dilabuhkan ke lantai. Kedua tapak tangannya bergenggaman, dan digosok-gosok dengan kasar. Aura dingin membeku Raid sedikit sebanyak terkena kepadanya. Lagi sikit nak kena frostbite. Matanya kosong merenung ambal kelabu di ruang tamu itu.
"Kau okey?"
Geleng laju.
"Aku rasa baik lepas ni jangan ganggu dia lagi."
Angguk.
"Seram."
Angguk.
Dua-dua melepaskan keluhan dengan perlahan. Perkara yang berlaku tadi dilupakan, Jangan main-main dengan art block. Getus mereka serentak. Harry Potter yang ditayang ditonton dengan senyap dan sunyi.
Di sebelah dalam studio pula, lain ceritanya. Raid yang sedang duduk terbongkok sambil memeluk lutut menderum kuat. Dia sendiri tak tahu apa yang sebenarnya jadi dekat diri dia sendiri. Tapi yang pasti, semuanya berpunca daripada art block.
Dah macam-macam cara dilakukan tapi yang dia jumpa hanya jalan mati. Satu pun idea atau inspirasi tidak datang kepadanya. Kepalanya digaru kasar. Kanvas kosong yang terletak elok di kekuda di campak ke dinding tanpa sebab. Jeritan penuh amarah terhambur keluar.
Badannya berpeluh tanpa sebab, jantungnya berdegup kencang. Peluh sejuk membasahi tubuhnya. Dengan lemah, tubuhnya baring terlentang. Matanya memandang rusuk atap dengan kosong. Nafas yang kucar-kacir dibetulkan semula.
Tenang.
Pejam mata.
Tidur.
Kau lupa istighfar.
Kelopak mata dibuka semula. Tangan meraup wajah dengan kasar. Bibirnya beristighfar berulang-kali. Apa yang aku buat ni?
Ambil wuduk.
Isyak.
Kau dah solat ke belum?
Tubuhdibangunkan. Kakinya melangkah ke pintu lungsur dengan perlahan. Pintu lungsurdibuka. Faiz dan Rifqi di ruang tamu tidak dihiraukan. Dia mendaki tangga ketingkat atas. Wuduk diambil, sejadah dihampar. Solat dimulakan. Bagi aku tenangkan diri sekejap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomansaKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)