Minggu yang ditunggu telah pun tiba. Malam semalam Umairah terlihat Rifqi dan Faiz menghantar Raid ke lapangan terbang. Nampaknya Raid sudah pun berlepas ke Paris.
Penyapu dan mop sudah sedia berada dalam genggamannya. Kali ini dia lebih bersemangat untuk memulakan kerjanya hanya kerana majikan bengis itu tiada di rumah. Bagi Aira pula, dia sudah pun memulakan kerja di tempat kerja baru, syarikat sama dengan Faiz. Umairah tumpang gembira atas rezeki sahabatnya.
"Hari ni nak kemas stor," omelnya sendirian.
"Cop!"
Suara lelaki yang sangat dikenalinya menerjah gegedang telinga.
Rifqi melompat ke hadapan Umairah tiba-tiba sambil mendepang tangan, seperti mahu menghalang Umairah daripada masuk ke dalam rumah. "Raid kata sepanjang dia tak ada ni, kau tak payah kemas rumah."
"Eh? Dah kenapa pula?"
"Dia suruh kau selesaikan bil-bil elektrik, air, sewa. Duit, dia kata dia dah bank in. Resit semua macam biasa, kau save dalam laptop atau kau pegang dulu." Helmet yang berada di atas rak kasut dipakai.
"La... Habis tu aku nak buat apa ni?"
"Entah." Rifqi tersengih. "Baliklah kampung." Balasnya sebelum beredar ke tempat kerja.
Umairah berdiam, memikir apa yang baru sahaja dikatakan Rifqi. Betul juga tu. Aku pun dah lama tak balik rumah.
"Umairah ke?"
Seorang wanita yang sangat elok paras rupanya menyapa dari luar pagar. Umairah yang ketika itu sedang sibuk menyiram pokok bunga di laman tercengang buat seketika. Kepala paip ditutup dan dengan cepat dia membuka pagar. Wanita itu dipelawa untuk masuk ke dalam. "Ya saya. Ada apa-apa saya boleh bantu?"
"Raid ada bagitahu tak yang saya nak datang ambil painting hari ni?"
"Painting?" Umairah biul. Tiba-tiba dia teringat yang Rifqi ada pesan bahawa seseorang akan datang ke rumah untuk mengambil sesuatu petang itu. "Oh, ada, ada. Sekejap ya. Saya bukakan pintu untuk Cik." Pintu rumah Raid dibuka.
"Terima kasih." Wanita itu tersenyum.
Senyuman daripada wanita itu membuatkan Umairah tersipu malu. Cantiknya! Senyuman kecil terkuntum. "Sama-sama."
Rumah Raid dimasuki.
"Saya tak tahu dekat mana Encik Raid letak painting tu," kata Umairah dengan perlahan. "Studio dia pun saya tak pernah masuk."
"It's okay. Dia ada bagitahu saya dekat mana dia letak painting tu." Senyuman manis masih tertampal di wajah cantik Sarah. Dia menuju ke satu sudut di bahagian bawah tangga rumah di mana semua catan yang tidak disukai Raid diletakkan. Erti kata lain, rejected artwork. Tapi rejected pun, ada juga yang masih menghargai karya Raid.
"Cik minat seni ke?" Soal Umairah spontan.
Sarah tersenyum. "Suka. Terutama sekali Raid punya. Sebab semua karya dia saya dapat rasa apa yang dia rasa. Dia pandaikan luahkan perasaan dia atas kanvas. Contoh," Sarah mengambil salah satu kanvas yang tersusun dan menghalakan ke arah Umairah. "Based on this painting, apa yang awak boleh faham?"
Umairah memandang catan itu lama. Warna gelap yang agaknya menjadi tema catan itu ditatap dengan tekun dan serius. "Saya... tak... pasti. Mungkin sedih? Atau marah? Depression?"
Sarah sekali lagi tersenyum. "Mungkin." Kanvas itu diletakkan semula ke tempat tadi. "Tapi kesimpulan yang dapat dibuat adalah perasaan Raid ketika dia buat painting ni adalah perasaan negatif. Don't you think?"
Giliran Umairah pula tersenyum. "Boleh saya tanya?"
"Tanyalah."
"Cik ni girlfr-"
"Oh, no." Sarah cepat memangkas ayat Umairah. "Saya cuma kawan yang suka karya dia je. Saya dah kahwin pun. Suami saya pula peminat dia. Saya cuma tolong ambilkan painting je."
"Oh...." Itu sahaja yang terkeluar dari mulut Umairah. Entah mengapa hatinya, tanpa sebab berasa lega apabila mendengar kenyataan Sarah. "Boleh saya tahu nama Cik?"
"Sarah." Sarah menghulurkan tangan dan berjabat tangan dengan Umairah. "Nice to meet you."
"Nice to meet you too." Umairah senyum lebar.
Sarah kembali mencari hasil catan yang dimahukan. Akhirnya, catan yang dicari dijumpai.
Umairah membantu Sarah membawa catan itu ke keretanya.
"I've found what I'm looking for. Thanks ye, Umairah. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi."
"Okey." Umairah tersenyum gembira.
"Nanti saya suruh Raid belanja awak. He got a nice house caretaker. And beautiful too. Assalamualaikum." Sempat Sarah mengusik sebelum berlalu pergi.
Umairah terkedu. Salam Sarah dijawab perlahan. Tangan menepuk pipinya dengan kuat sehingga kemerahan. Aku cantik? Pertama kali dia dipuji oleh orang asing yang cantik. Dan ini juga kali pertama, pujian yang diberikan kepadanya kedengaran sangat ikhlas. Dan berjaya meninggalkan kesan dalam dirinya. Umairah tersenyum kecil. "Thank you, Cik Sarah."

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)