Hari ni kira hari official aku jadi caretaker untuk rumah ni. Bisik hati Umairah. Tangan kanannya yang menggenggam mop menunjukkan yang dia telah pun bersedia untuk memulakan kerjanya sebagai seorang caretaker. Aira sudah pun meninggalkannya berseorangan di rumah. Dengan hanya berseluar track, berkemeja T lengan panjang dan bertudung bawal yang diikat di hujung, dia sudah bersedia untuk memulakan kerjanya.
"Yosha!" Jeritnya dengan kuat. Rancangan hari ni, bersihkan luar rumah, sapu dan mop lantai. Tanpa sedar, seorang lelaki yang dia tidak suka berada di sebelah rumah. Umairah tersengih macam kerang busuk apabila dia tersedar Raid berada dia sebelah rumah. Berapa lama dia ada kat situ? Malunya! Dengan cepat dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain untuk menutup malunya yang semakin menjadi-jadi.
Raid yang berada di sebelah rumah hanya termenung kosong. Macam sebelum ni, dengan gaya macam tengah kencing berdiri sedang siram pokok sambil merokok. Kening Raid terangkat tinggi. Apa benda budak ni terpekik terlolong macam orang gila? Pelik dengan perangai jiran barunya. Baru pukul 7:30 pagi dah terjerit macam orang kurang siuman. Aku tahu hari ni hari first day dia kerja. Tak payah lah excited sangat.
Pandangannya ditala semua ke arah pokok bunga seri pagi yang ditanam oleh arwah maknya. Dia bukanlah mat bunga, tetapi bunga-bunga yang ditanam oleh arwah maknya adalah satu-satunya harta yang paling disayangi mak. Walau apa pun yang terjadi, pokok-pokok yang ditanam arwah mak akan didahulukan.
Baginya, semua pokok yang yang ditanam dan dibela mak ada banyak ceritanya. Mula-mula dulu memanglah dia pelik kenapa arwah mak sangat sukakan pokok bunga. Kalau diikutkan, ada lebih dua puluh spesis bunga raya dan lebih empat puluh spesis bunga anggerik yang ditanam berhampiran dengan studio dan belakang rumah.
Herba-herba barat pun ditanam dan dijaga dengan baik. Pokok pudina, thyme, basil, rosemary makin banyak tumbuh meliar di kebun belakang dapur. Lepas beberapa tahun menjaga pokok-pokok itu, baru dia sedar bahawa ia memberikan dia ketenangan dalam jiwa.
Keluhan kecil dilepaskan. Teringat arwah mak. Matanya memandang bunga berwarna ungu itu dengan lembut. Rindu...
"Encik Raid?"
"Hm?" Mata separuh lelap mengerling pekerja barunya dari ekor mata. Senyuman janggal yang terlukis di wajah gadis itu membuatkan keningnya terangkat tinggi. Kenapa dengan dia ni?
"Encik nak saya kemas rumah encik hari ni? Atau encik nak saya buat kerja lain dulu?" Sengihan tadi masih ada. Dia bergerak rapat ke dinding pengadang yang memisahkan rumah mereka. Tangannya pula dibawa ke belakang sambil tangan kanan menggenggam tangan kiri. Seperti gaya seorang ayah berjalan.
"Apa maksud kau kerja lain?" Soalnya rendah dan datar. Entah kenapa, tiba-tiba ada sesuatu yang terbit dalam dirinya apabila dia melihat pekerjanya tersenyum. Apa tu? Macam pelik je. Rasa macam menyampah. Tapi rasa ringan pun ada. Ke dia lebih kepada perasaan mahu mengusik?
Erk. Apa aku nak cakap ni? Dia terkaku. "M-mungkin, um... kemas kawasan rumah saya dulu? Yelah, sebab ni kan rumah encik jugak. Semalam saya tengok, kat belakang pun banyak benda yang perlu dikemaskan."
"Iye?" Suaranya sinis seperti sedang memerli. Keningnya terangkat tinggi.
Ha? Giginya diketap kuat. Encik Raid ni memang nak cari gaduh ke? Aku cakap elok-elokkan tadi? "Ya, betul." Jawabnya dengan sedaya upaya menjaga nadanya supaya tidak kedengaran kurang ajar.
"Then, do whatever you need to do." Perlahan suaranya bertutur. Kepala paip ditutup, getah paip digulung dan disangkut ke kepala paip. "I'm going to sleep. Jangan ganggu aku sampai esok."
Mata separuh lelap itu mengerlingnya dengan kosong. Rahang Umairah terjatuh sedikit. Terkejut beruk dia bila majikannya baru mahu masuk tidak ketika waktu sudah hampir masuk pukul sembilan pagi. Patutlah eyebag tebal semacam. "Er, Encik Raid?"
Baru selangkah kaki pijak ke dalam rumah, dia berhenti. Kepalanya menoleh sedikit. Menyoal dengan kerlingan mata.
"Encik Raid dah sarapan? Saya ada beli sarapan tadi. Tapi roti canai jelah." Tangan mengurut tengkuk yang terasa lenguh tanpa sebab.
"Lebihan makanan ke tu?" Nadanya sinis.
"Tak. Saya memang beli lebih untuk Encik Raid." Kau ingat aku ni teruk sangat ke sampai nak bagi lebihan makanan aku dekat orang? Teruk betul. Mukanya cuba dimaniskan. "Tapi kalau tak nak tak apa."
"Aku tak makan roti canai."
"Oh, kalau macam tu tak ap-"
"Kau boleh bagi Key. Dia belum pergi kerja lagi."
"Okey. Saya ambil kejap." Dengan lekas dia masuk semula ke dalam rumah dan merentap beg plastik yang mengandungi bungkusan roti canai. Plastik tadi dihulurkan kepada Raid yang berada di sebelah dinding pengadang. "Nah."
Huluran Umairah disambut tanpa berkata apa-apa. Matanya pula terasa semakin berat. This is what happen when you pull an all nighter. Mengantuk tahap gaban! Pintu rumah ditutup tanpa menunggu reaksi Umairah.
Sebaik sahaja pintu rumahsebelah ditutup, Umairah mencebik sambil mengerut kening dengan sepenuh tenaga.Menyampah benar dengan perangai tuan rumah yang tahapahapa. Salty yang amat.Dah lah. Baik aku buat kerja.
YOU ARE READING
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)