Serbuk kopi kegemarannya dimampatkan ke dalam espresso spout. Fikirannya sekali lagi melayang ke alam lain. Malam tadi sekali lagi dia dihantui mimpi buruk. Dia cuba untuk memahami mimpi itu, namun gagal. Kebelakangan ini mimpi buruknya makin menjadi-jadi. Kadang-kadang arwah maknya muncul, dan kadang-kadang dia bermimpi tentang sesuatu yang amat kejam.
Raid menggeleng kecil, cuba menghilangkan fikiran serabutnya. My anxiety is getting worse. Need to take a break from everything for awhile. Espresso diteguk dengan sekali harung. Cawan dicampakkan ke dalam sinki dan bergegas terus ke studio. Langkahnya terhenti apabila Umairah muncul di hadapannya tiba-tiba.
"Apasal tak bagi salam?" suara naik seoktaf.
Umairah terkedu apabila Raid tiba-tiba menengkingnya tanpa sebab. Mukanya pucat. Jantungnya berdebar ketakutan. "U-um, sorry Encik Raid. Tadi saya ada bagi salam tapi tak ada orang jawab. Tu yang saya masuk. Sebab saya ingat encik tengah sibuk dekat studio." Jawab Umairah sedikit tergagap.
Raid diam. Bersalah apabila mendengar Umairah tergagap. Keluhan perlahan terlepas. Tengkuknya diurut. "It's okay. Sorry, my bad," tuturnya perlahan sebelum bergerak ke studionya. "And one more thing,"
"Y-ye?"
"Tolong tempahkan flight ke Paris, bulan depan untuk aku," sambung Raid sebelum menutup pintu lungsur studionya dengan cepat.
Sekali lagi Umairah tercengang. Eh, sejak bila aku jadi P.A dia pula? Ah, lantaklah! Gerutu hatinya dan terus menyambung membersihkan rumah majikannya.
"Encik Raid," pintu studio Raid diketuk perlahan. "Encik Raid," Sekali lagi Umairah memanggil majikannya dengan lembut. Takut kalau menjerit akan ditengking pula. "Oh~ Encik Raid."
"Nak apa?" Pintu studio ditolak sedikit, menampakkan separuh muka Raid.
"Erm... saya nak tanya pasal tempahan tu. Bila tarikhnya? Saya jumpa beberapa flight yang quite affordable. Tapi-"
"First to 14th. I don't care which airline is it as long as it is good and comfortable. And I want first class. I'm not that broke," nadanya sinis, seperti sedang memerli Umairah.
"O-okey." Umairah mengangguk perlahan. Sedikit terkilan dengan nada dan apa yang baru dikatakan Raid tadi. Nak kata aku miskinlah tu. "T-tapi saya perlukan Encik Raid punya detail semua."
"Semua detail yang kau nak ada dalam laptop yang kau guna tu. Cari." Pintu lungsur studio terus ditutup rapat.
Umairah berdiri tegak di hadapan pintu studio Raid tanpa sempat memberi sebarang reaksi. Cebikan menyampah tercoret di wajah. "Jerk."
Pintu studio Raid sekali lagi diketuk buat kali ke berapa pada hari itu. Walaupun sudah hampir seminit dia mengetuk cermin pintu studio majikannya, namun dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Tidur ke dia ni? "Assalamualaikum, Encik Raid. Saya dah book flight. Semua saya simpan dalam laptop encik."
Tiba-tiba pintu studio dibuka perlahan. Hanya ruang kecil sahaja dibiarkan terbuka.
Umairah hampir terkucil apabila melihat Raid sedang merenungnya dengan padangan membunuh. Eeeep! Dia ni okay ke tak? Aku takut! Umairah serta-merta melangkah dua tapak ke belakang.
"Balik."
Suara Raid yang rendah dan curam yang sangat menggerunkan itu menerpa masuk ke telinga Umairah. "H-hah? S-saya-"
"Balik."
Renungan mata Raid yang tajam seperti pedang itu bagaikan sedang menikam dirinya tanpa belas kasihan.
"Esok, kau datang balik. Jangan ganggu aku sampai petang."
"B-baik!" Umairah, seperti lipas kudung, berlari pulang ke rumah. Jantungnya berdegup deras. Dia takut kalau Raid tiba-tiba memukulnya. Majikan aku ni menakutkanlah!
![](https://img.wattpad.com/cover/324986890-288-k164211.jpg)
YOU ARE READING
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)