21

161 11 2
                                    


Hari ni Raid pulang dari cuti dua minggu. Perasaan Umairah bercampur baur. Seronok kerana akhirnya dia ada kerja hendak dibuat. Tak seronoknya apabila dia terpaksa bersemuka dengan majikan bengis. Termasuk minggu ini, sudah hampir sebulan dia tidak bersemuka dengan Raid. And so far, so good. I'd like to keep it that way.

Kembara milik Raid yang dipandu Rifqi masuk ke perkarangan rumah. Umairah hanya memerhati dari dalam biliknya dengan tekun. Ah... dia dah baliklah.

Jantung berdebar. Semua kerana dia agak gementar untuk bersemuka dengan Raid. Kau tahu, aku penatlah rasa macam ni. Apa kata aku buat macam biasa je. Layan dia macam biasa. Buat macam tak ada benda jadi antara aku dengan dia.

Rambutnya yang beralun lembut diikat kemas sambil bergerak ke dapur. Malas dia hendak memikirkan hal tentang majikannya. Esok-esoklah fikir. Masak lagi bagus.

Keesokannya, tepat pukul 8.30 pagi, Umairah sudah pun berada di hadapan pintu depan rumah Raid. Lengkap dengan senjata mengemas. Apa yang perlu dia lakukan hari ini, cuma bagi salam, minta izin untuk kemas rumah sebelum memulakan kerjanya. Senang. Jadi tak perlulah dia bersemuka dengan majikannya. Nafasnya ditarik dalam.

"Assalamualaikum, Encik Raid! Saya nak kemas rumah ni!" Sengaja Umairah menjerit supaya perkara lepas tidak berulang lagi.

"Don't shout," ujar Raid perlahan sambil menguak pintu rumahnya. Riak bengang bercorak di wajah. Jengkel dengan perangai Umairah.

Umairah pantas memalingkan pandangannya ke jenang pintu. Sebolehnya tidak mahu bertentang mata dengan majikannya. "Erm, saya nak kemas rumah."

"Ye, aku tahu," jawab Raid ringkas sebelum mengunci dirinya di dalam studio.

"Tch, annoying punya majikan. Menyampah aku," omelnya perlahan. Dia mula mengemaskan rumah Raid yang sedikit bersepah.

Sepanjang membuat kerja, kelibat Raid langsung tidak kelihatan. Hal ini membuatkan Umairah senang hati. Namun, senang hatinya terbantut apabila Raid yang datang entah dari mana muncul di belakangnya tanpa sebarang bunyi ketika dia sedang menyidai karpet di ampaian belakang dapur.

Bahu disandarkan ke jenang pintu dapur, merenung Umairah dengan pandangan yang sama. Bosan dengan mata yang sentiasa kelihatan mengantuk. "Oi."

"Arghhhh!" Umairah menjerit kuat dan nyaring. Badannya terloncat.

Raid spontan mengecilkan matanya apabila mendengar jeritan nyaring Umairah.

Umairah mengurut dadanya yang terasa seakan-akan mahu pecah. Raid dijegil lama. Giginya mengetap kuat sehingga rahang terasa ngilu. Geram apabila Raid muncul tanpa memberi salam. "Ye, Encik Raid? Ada apa-apa boleh saya tolong?"

"Buatkan aku kopi."

"Tak nak. Nanti coffee machine tu rosak, saya juga yang kena tanggung." Alas kaki yang baru dibasuh disidai. Permintaan Raid diabaikan.

"Sarah ada ambil painting hari tu?" Kata-kata Umairah dibuat pekak. Sengaja mahu memulakan perbualan.

"Sarah?" Umairah terpinga. "Oh, Cik Sarah... Ada. Dia ambil sehari lepas encik ke Paris. Kenapa?" Umairah memandang Raid sekilas. Tangannya masih sibuk membuat kerja.

"Saja tanya. Takut kau tak buat kerja," balas Raid sambil kembali semula ke dalam dapur dan membuat kopi segera. "Nak kopi?"

"Tak apa. Saya tengah diet kafein sekarang."

"Heh... yelah tu," Raid mengejek. "Sarah ada suruh aku belanja kau. Kau nak makan apa?"

"Ha?" Umairah betul-betul ingat Sarah bergurau. "Tak apa. Tak perlu belanja. Sebab tu memang kerja saya."

"Bukan guna duit aku. So, it's fine. Ni duit dia. Dia insists nak belanja kau."

"Oh, kalau macam tu, saya nak kek je." Bakul kosong disusun rapi di sebelah dinding dapur. Dia mula menapak ke rumahnya melalui laman Raid. Dia akan cuba elakkan diri dari berada di dalam rumah kalau Raid ada sekali.

"Lepas ni siap. Kita pergi cari kek. Kau tahu bawa manualkan? Kau drive."

Umairah mendengus.

"Sepotong cukup ke?" Umairah yang sedang menjamah ditenung dengan geli hati sambil menongkat dagu. Bibirnya terukir senyuman nipis. "Aku dengar dari kawan kau yang kau ni kuat makan."

Hampir tersembur semua kek yang baru dikunyah. Aira! Balik ni kena kau! "Mana ada! Memandai je Aira. Saya sepotong pun dah cukup." Nafi Umairah bersungguh.

Hujung kanan bibir Raid terangkat tinggi. Dia sedikit terhibur dengan keletah gadis genit di hadapannya. Gelas berisi air kosong diteguk. Matanya masih lagi tertancap pada Umairah yang sedang menikmati keknya dengan perlahan. Bibirnya masih dengan senyuman sama.

Kepala Umairah semakin menunduk sehingga hampir menyembam meja. Mukanya merona merah padam. Ini semua berpunca daripada renungan sinis dan selamba daripada majikannya. Dia ni! Pandanglah tempat lain. Tak selesa aku nak makan.

Raid masih lagi merenung Umairah tanpa berkelip. Dilihat sahaja Umairah memaling mukanya ke arah lain. Senyuman tadi melebar. Dia tahu Umairah segan apabila direnung. Pipi Umairah yang merah padam jelas kelihatan oleh Raid dan masa ini jugalah masa yang paling sesuai untuk mengusik pekerjanya itu. "Your first time going out with a man?" Ayat yang kedengaran seperti soalan dan penyata pada masa yang sama, dituturkan dengan agak sinis dan jelas.

"Eh?" Umairah memandang Raid sekilas sebelum memalingkan wajahnya ke arah lain dengan laju. Pipinya semakin merah. "T-taklah. Saya selalu je keluar dengan boyfriend saya dulu." Tipu! Tu semua tipu! Aku tak pernah ada boyfriend. Jerit hatinya. Umairah menipu hanya untuk menyelamatkan dirinya daripada menjadi bahan usikan Raid. Dan nampaknya penipuannya langsung tidak dimakan Raid.

"He~h... ye ke?" Kening kanan Raid terangkat tinggi. "Aku bet, sepanjang kau keluar dengan boyfriend kau, mesti kau macam nenek kebayan."

"N-nenek kebayan? Kenapa pula?" Umairah bingung.

"Macam sekarang, terbongkok, tertunduk. Muka kau tu macam dah nak tersembam kat meja tu. Am I that handsome that you're too embarrassed to look at me?" Senyuman mengusik makin melebar.

Umairah terkesima. Baru dia sedar, apa yang baru dikatakan Raid ada betulnya. Handsome juga Encik Raid ni. Walaupun rambut dia panjang macam orang gila. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dari jejaka kacak di hadapannya. "Siapa je yang tak malu kalau dah ditenung sampai macam tu? Mungkin kalau Encik Raid pandang tempat lain, saya boleh makan dengan tenang." Jelasnya dengan teragak-agak.

"Betullah tu aku handsome."

"Hmf! Suka hati encik lah." Umairah mendengus. Malas hendak melayan perangai Raid. Kalau dilayan, makin teruk dia diusik.

"By the way Umairah," Umairah ditenung dengan serius.

Bagi Umairah pula, ini kali pertama dia mendengar Raid menyebut namanya. Selalunya Raid akan memanggilnya dengan panggilan 'Oi.'

"I'm sorry for making you scared. Didn't mean it," tuturnya ikhlas dan ringkas.

Eh? Umairah tergamam. Matanya berkelip beberapa kali. "Takut? Oh, masa tu ke? I-it's okay. Saya pun bersalah juga sebab ganggu encik masa tu. Aira pun ada cakap yang kadang-kadang saya ni clumsy. Sorry Encik Raid." Mata Umairah hanya tertumpu ke arah pinggan kek yang hampir kosong itu. Aku langsung tak sangka yang Encik Raid ni senang minta maaf. Dia lagi bagus dari kau dalam bab-bab macam ni. Shame on you, Umairah .

"It's okay. Aku tahu kau clumsy," balas Raid sebelum meneguk habis airnya.

That it's! Dia ni memang! Bongok punya Encik Raid. Aku tarik balik apa yang aku baru cakap tadi. Umairah mendengus sambil merenung Raid dengan tajam.

"Dah, jom. Aku nak beli barang rumah kejap. Kau tolong aku."

MemoirWhere stories live. Discover now