15

161 9 0
                                    

"Aira, bila kau punya temuduga dengan syarikat Faiz tu?" Soal Umairah sambil menyumbat kerepek pisang ke dalam mulutnya.

"Lusa." Jawab Aira sepatah.

"Nervous tak?" Sengaja Umairah mengusik Aira sambil menyeringai besar. Seronok rasanya bila dapat mengusik sahabatnya sejak dari universiti itu.

"Gila kau tak nervous. Mestilah nervous." Butang alat kawalan jauh televisyen ditekan berkali-kali.

"Nanti kau pergi dengan Faiz ke? Atau kau pergi sendiri?"

"Pergi sendirilah. Apasal pula aku nak pergi dengan dia? Dia dah tolong aku dapatkan temuduga ni pun dah kira bagus." Bantal Doraemon dipeluk kuat.

"Well, good luck then."

"Good luck kau tu macam tak ikhlas je bunyinya."

"Habis tu nak ikhlas macam mana lagi?" Balas Umairah sambil tertawa kecil. Manakala Aira pula mendengus perlahan.

Aira yang lengkap berpakaian formal sudah pun bersedia di pintu rumah. Muka Umairah yang sedang tersenyum kambing itu ditenungnya dengan geram. Aira tahu, mesti Umairah ingin mengusiknya. "Apa pandang-pandang? Ada hutang?" Aira cebik.

"Of courselah pandang sebab kau nampak lawa sangat. Nak pergi bertemudugalah katakan." Seringai di wajah Umairah semakin melebar. "Mesti Faiz tergamam tengok kau lawa macam ni."

"Umairah!" Lengan Umairah dicapai dan dicubit kecil. Giginya diketatp kuat, tahan geram dengan Umairah. "Kau memang sengaja nak bagi aku nervous kan? Dan Faiz tak ada kena mengena pun dalam hal ni!"

"Adoi! Okey, okey. Sorry. Aku nak cakap good luck je. Tak ada niat nak tambahkan lagi nervous kau tu." Lengan yang dicubit Aira tadi digosok-gosok perlahan untuk menghilangkan rasa perit.

"Hmph!" Aira mencebik. "Thanks! Bye-bye." Kata Aira dengan geram sambil menghentak-hentak kaki bergerak ke skuternya seperti budak-budak.

"Aira!" Teriak Umairah dari pintu rumah. "Balik ni aku belanja kau makan! Jadi, buat betul-betul temuduga tu!" Jeritnya sambil melambai-lambai tangannya ke arah skuter Aira yang sudah pun keluar dari pagar rumah.

"Okey! Thank you, and I'll do my best!" Balasnya sambil membalas lambaian tangan Umairah.

Umairah hanya tersenyum apabila melihat skuter Aira hilang dari pandangan matanya. Senyumannya lesap apabila terdengar suara garau dan dalam berdehem dari rumah sebelah. Tangannya dengan lekas membetulkan tuala di atas kepalanya. Encik Raid ni dah kenapa?

Kelihatan Raid yang hanya berkemeja T hitam dan berseluar tiga suku sedang bersandar di jenang pintu sambil melihatnya dengan sinis. "Dah pukul 8.30. Bila nak mula kerja?" Nadanya sama seperti renungan yang diberikan. Sinis dan rendah.

Umairah tersipu-sipu. "Err... sorry Encik Raid. Saya siap sekarang," Ujarnya dan terus berlalu masuk ke dalam rumah.

Raid hanya menjeling matanya apabila Umairah menghilang di sebalik daun pintu rumah. Pelipisnya diurut perlahan. Need more caffeine.

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang