24

186 7 4
                                    

"Kau dengan Encik Raid macam mana? Dah okey?"

"Boleh tak jangan cakap macam aku ni bini dia? Rimaslah," balas Umairah geram. Keropok dalam tin biskut diratah dengan lahap.

Aira tersenyum. "Janganlah macam tu Umairah. Encik Raid tu kan majikan kau. Kau kenalah elok-elok sikit dengan dia tu."

"Huh, tak kuasa aku! Ada ke dia cakap kat kawan aku yang aku ni bini dia? Bodoh betul," omel Umairah dengan geram.

Aira ternganga. Hampir terkeluar semua keropok yang baru dikunyah. "Bila?! Aku tak tahu pun cerita ni!"

Umairah mencebik. Dia lupa yang perkara itu tidak sepatutnya diceritakan kepada sesiapa. Tapi disebabkan geram, habis semua cerita terbongkar. "Masa hari aku gaduh dengan dia hari itulah."

"Ye~ ke? Kau tak cerita pun." Aira memandangnya sambil tersenyum sumbing. Kening diangkat tinggi.

"Aku skip part tu sebab kalau boleh aku tak nak cerita kat orang. Buat malu aku je." Umairah menjeling matanya ke arah televisyen.

Aira pula masih tersengih macam kerang busuk. "Alang-alang dah terlepas cakap tu, apa kata kau cerita je dekat aku." Aira menyeringai. Tak sabar mendengar cerita Umairah.

Umairah melepaskan keluhan berat. Terpaksa ceritalah jawabnya.

Sebelum Aira bergerak ke tempat kerjanya, sempat dia mengusik Umairah dengan majikannya. Usikan Aira tepat mengena sasaran apabila Umairah hampir menghadiahkan debikan kuat di belakangnya.

Aira ketawa besar. "Jaga laki kau tu elok-elok tau!"

"Bongoklah kau Aira! Tak hingin! Uuweekk!" Umairah jelir lidah sambil buat-buat muntah sehinggakan tekaknya betul-betul terasa loya. Hampir sahaja dia termuntah di pintu rumah.

"Tolong aku."

"Hah?" Umairah terkejut dengan kemunculan Raid. Sejak bila dia ada kat situ? Dia ni ninja ke apa? Aku langsung tak dengar bunyi dia. Muka Umairah merona merah. Aku harap dia tak dengar apa yang Aira cakap tadi dengan tak nampak yang aku buat-buat muntah tadi.­ "Tolong apa?"

"Bayarkan semua bil bulan ni dan betulkan kepala paip kat dapur. Dah bocor."

"Bil boleh settlekan. Tapi paip tu tak boleh. Saya bukan plumber."

"Then call one. Senang," balas Raid sebelum menghilang di sebalik pintu rumahnya.

Sejak insiden di pasaraya itu, hubungannya dengan Raid semakin dingin. Namun dia langsung tidak kisah kerana ini yang dia mahukan.

Rifqi yang keluar dari pintu menguntum senyuman kepada Umairah. Handsome!

"Pagi Mairah."

"Pagi Key. Awal kau kerja hari ni? Lama tak borak dengan kau sejak kau buat food delivery ni." Umairah mulakan perbualan.

"Itulah. Nak buat macam mana. Lagi enam bulan aku dah nak nikah. Kenalah cepat-cepat cari duit," tutur Rifqi sambil menyarungkan topi keledarnya.

"Kau dah bertunang? Bila? Tak tahu pun." Umairah terkejut. Disangka jejaka kacak itu masih bujang tetapi sudah mempunyai suri hati. Umairah sedikit kecewa. Tetapi tidaklah terlalu kecewa sangat kerana dari pertama kali mereka berjumpa, dia sudah dapat mengagak bahawa Rifqi sudah berpunya.

"Dah lama dah. Dah setahun. Nanti aku bagi kad kahwin dekat korang. Datang, jangan tak datang." Rifqi duduk di atas motosikalnya.

"Okey, okey. Aku mati-mati ingat kau single lagi sebab kau rajin melayan kita orang borak."

Sengihan Rifqi tidak lekang dari wajahnya yang tampan itu. "Sorry kalau buat korang salah faham. Aku memang suka berbual. Kau pun tahu aku macam mana kan?"

"Betul juga tu. Anyway, tahniah." Umairah tersenyum. "Aku tumpang gembira."

"Eh, belum lagi. Jangan ucap tahniah dulu. Kau doakan je aku dengan dia selamat bernikah." Sengih Rifqi. Enjin motor sudah pun dihidupkan. Motor diundur.

"Okey. Babai, Key."

-3-

"Rumput dah panjang. Bila nak potong?" Suara dalam Raid menyapa.

Umairah yang sedang sibuk memeriksa paip di bawah sinki dapur hampir terhantuk kepalanya di sinki apabila Raid, seperti biasa, muncul tanpa memberi salam. Umairah menggeram. "Esok. Esok saya buat."

"Kenapa esok?"

"Sebab saya dah buat jadual." Jawab Umairah ringkas. Tangannya memusingkan perangkap botol.

"Apasal kau tak panggil plumber? Kau tahu ke buat kerja ni?"

Umairah mendengus kasar. Ada juga yang aku sumbat mulut dengan bottle trap ni. Bising! "Tahu, sebab saya pernah buat benda ni semua."

"Tapi yang rosak kepala paip. Bukan bottle trap."

"Encik Raid boleh tak bagi saya buat kerja dengan tenang? Saya tahulah nak buat apa." Suara Umairah naik seoktaf. Dia berang apabila ada orang mengganggunya membuat kerja. Kalau tolong tak apa. Ni menyibuk je kerja. Dari cepat siap jadi tertangguh.

Nada Umairah yang kedengaran kurang ajar membuatkan Raid terdiam sekejap. Namun, langsung tidak terkesan dengan nada Umairah. "Do you have a nice dress?"

Apa pula kali ni?! Dia ni tak faham bahasa ke? Umairah betul-betul terasa nak merengek dan menghentak-hentak kakinya ke lantai. Dia juga mahu menggoncang kepala Raid supaya apa yang baru dikatakannya tadi masuk ke dalam telinga.

Umairah mengoleng mata. Dia terus duduk bersila di hadapan sinki sambil memandang Raid dengan jelik. "Kenapa tanya? Setakat baju kurung adalah."

"Esok. Ikut aku pergi Balai Seni. Aku ada exhibition dekat sana."

"Ajaklah orang lain. Sayakan buruk. Nanti ada pula yang terkejut tengok perempuan buruk macam saya ni dengan Encik Raid. Lagipun saya caretaker rumah. Bukannya personal assistant." Ulasnya panjang lebar dengan harapan Raid faham yang dia tak mahu mengikuti Raid ke majlis itu. Seal tape diambil. Kerjanya diteruskan. Selamba badak je arah-arah aku macam aku ni PA dia. Ptuihh.

Raid tersenyum kecil. Macam budak-budak. Sikit-sikit merajuk. "I'll buy you a nice dress. Esok ikut. Tu arahan. Bukan permintaan."

"Naikkan gaji saya baru saya ikut." Umairah masih tidak mahu mengalah.

"RM 2500 a month. Caretaker cum Personal Assistant. Agree?" Raid memulakan sesi rundingan.

"Nope. Tak nak. Tak berbaloi." Kepala Umairah yang masih berada di bawah sinki bersuara.

Raid mengeluh kecil. Dia mencangkung di sebelah Umairah. Tengkuknya diurut perlahan. "Habis tu kau nak berapa? RM 5000?"

"Entah. Tak tahu. Tak nak."

"Apa yang kau tak tahu, apa yang kau tak nak?" Raid runsing mendengar jawapan Umairah.

"Saya tak tahu nak berapa. Saya tak nak jadi P.A Encik Raid." Soalan Raid dijawab ringkas dan tepat.

"Haih, susahlah macam ni." Raid mengeluh perlahan. Dia langsung tak sangka yang dia perlukan seorang personal assistant. Sebelum ini elok sahaja dia buat semua kerjanya sendiri. Tapi baru-baru ni dia tersedar yang dia sering mengajak Sarah menjadi temannya jika ada apa-apa majlis dijalankan. Sudah tentunya dengan keizinan suami Sarah. Kiranya Sarah P.A tak berbayarlah. Cadangan mengambil P.A itu dicadangkan sendiri oleh Zaid, suami Sarah. Mungkin kerana Zaid tidak gemar melihat isterinya keluar dengan lelaki lain, walaupun tiada perasaan terlibat dalam hal ini.

Muka Umairah direnung. Walaupun wajahnya ditenggelami bayang-bayang, namun masih dapat melihat dengan jelas. Matanya yang bulat, bulu keningnya yang teratur dan kemas, bibirnya yang sedikit munggil dengan gigi yang sedikit tidak teratur dan hidungnya yang tak terlalu mancung dan tak terlalu pesek. Just nice. Cantik juga minah ni. Kali ini dia tidak menafikan apa yang difikirnya.

Lamunannya hilang apabila pancutan air dari paip bawah sinki memancut tepat ke muka hingga hampir membuatnya lemas.

Tawa Umairah terburai. "Siapa suruh duduk situ! Hahahah!"

MemoirWhere stories live. Discover now