4

196 15 3
                                    

Kereta yang penuh dengan barang berhenti betul-betul di hadapan rumah sewa yang akan didiami mereka. Mereka berdua tidak sabar untuk duduk di rumah baru mereka. Akhirnya! Rumah yang besar, sewa yang murah dan paling bagus, berdekatan dengan pusat bandar. Apa lagi yang lebih bagus dari ni? Mereka rasa merekalah yang paling beruntung pada masa ni.

"Meh sini aku tolong." Kotak yang berada di tangan Aira diambil oleh Rifqi yang datang entah dari mana.

Aira terkedu buat seketika. Bila masa pula dia datang? "Thank you, Key."

"You are welcome. Tak gentle lah kalau lelaki biarkan perempuan angkat barang sorang-sorang." Katanya sambil menayangkan barisan giginya yang putih. Senyumannya dibalas Aira.

"Aira tolong! Aku kena barang ni nak jatuh!"

Jeritan Umairah dari belakang kereta membuatkan kedua mereka tersentak. Aira dengan Rifqi laju menuju ke arah Umairah. Kelihatan Umairah sedang berdiri betul-betul di sebelah kereta dengan sebelah lutut ditongkatkan ke belakang but kereta. Dua kotak besar yang diletakkan di atas ribanya hampir terjatuh ke lantai. Rifqi dan Aira hampir tergelak.

"Cepat! Dalam ini ada barang kaca!"

"Ya Allah! Apa yang kau buat ni?"

Kotak yang hampir terjatuh diangkat oleh Rifqi, sementara barangan kecil yang berterabur di kaki Umairah dialihkan oleh Aira.

"Aku nak angkat barang-barang ni. Aku ingat dia ringan. Rupanya berat yang amat. Nasib baik dia tak jatuh. Kalau jatuh, habis penyek kaki aku." Mulutnya berceloteh seperti burung murai. Mukanya yang pucat tadi berwarna semula.

Ketawa yang ditahan Rifqi akhirnya terburai. "Sorry, sorry. Lawaklah korang ni." Tangan menutup mulut, menahan tawanya dari terburai. "Banyak juga barang korang ni. Nanti aku panggil Faiz tolong sekali."

"Faiz?" Umairah dan Aira serentak menyoal apabila terdengar nama lelaki yang tak pernah disebut Rifqi sebelum ini.

"Housemate aku."

"Eh?" Mereka berdua pening.

"Aku ingat kau dengan Encik Raid je yang duduk dekat sini?" Soal Umairah dengan pelik.

"Korang tak pernah tanya," balasnya dan terus menghilang di sebalik daun pintu.

Mereka berdua berbalas pandangan.

"Aku harap si 'Faiz' ni handsome," ujar Umairah selamba sebelum menyambung semula kerjanya.

"Tak habis-habis dengan handsome kau tu." Aira omel sendirian.

Kurang dari lima minit kemudian, Rifqi muncul dari pintu rumah dengan seorang jejaka yang tidak dikenali berada di belakangnya.

Kelibat jejaka di belakang Rifqi berjaya membuatkan kedua-dua gadis itu terdiam seribu bahasa dengan merah mewarnai pipi masing-masing. Secara spontan, perkataan 'Handsome' terpacul dari bibir mereka.

"Ni lah Faiz." Rifqi memperkenalkan Faiz yang tersangatlah elok wajahnya kepada kedua-dua gadis sunti itu. "Faiz, ni Umairah," Ibu jari Rifqi dihala ke arah Umairah. "Ni Aira." Jarinya dihala pula ke arah Aira. "Dua-dua gadis kecil molek ni nanti jadi jiran kita."

"Assalamualaikum." Perlahan suara Faiz memberi salam. Tangannya pula hanya dibiarkan dalam kocek seluar. Mukanya langsung tidak terukir senyuman.

"Waalaikumussalam," balas mereka dengan perlahan. Perwatakan Faiz yang cool membuatkan Umairah dan Aira tersipu malu.

Rifqi hanya memerhati dengan geli hati. "Dahlah tu. Sampai bila nak tercegat kat sini? Dah, jom punggah barang."

Kerja mereka disambung semula. Kali ni dengan bantuan lelaki kacak yang dikenali sebagai Faiz.

-3-

Buat kali kesepuluh Aira menghela nafas bahagia. Di wajahnya terukir senyuman kecil. Jejaka yang bernama Faiz tadi berjaya meninggalkan kesan dalam dirinya. Tapi bukan Aira sahaja yang terkesan, Umairah pun sama.

"Faiz tu handsome kan?" Suara Umairah memecahkan suasana sunyi di dalam rumah.

Aira tersedar dari lamunannya. Senyuman kembali terukir di wajahnya yang comel itu. "Ha'ah. Handsome sangat. Tadi, banyak kali dia tolong aku. Setiap kali aku nak angkat barang, dia terus ambil dari tangan aku." Muka Aira semakin gembira.

"Untunglah kau. Lepas Rifqi pergi je, tak ada sesiapa nak tolong aku. Faiz tadi nampak macam nak tolong aku. Tapi dia sendiri busy tolong kau."

"Kau jealous ke, Umairah?" Aira sedikit terganggu dengan apa yang baru dikatakan Umairah.

"Taklah. Tak ada maknanya."

Aira melepaskan keluhan lega.

"Tapi aku cuma geram dengan Encik Raid tu. Macam hampeh."

"Kenapa dengan dia?" Aira membetulkan letak duduknya untuk mendengar cerita Umairah dengan lebih jelas.

"Dia tu bangang. Ada ke patut dia pandang je aku? Padahal masa tu dahlah aku tengah terhegeh-hegeh angkat barang berat. Bukannya nak tolong aku." Umairah mendengus geram.

"Dia tengah busy kut masa tu."

"Busy amende. Masa tu dia tengah merokok depan rumah dia. Dahlah mula-mula aku ingat dia tengah kencing."

"Haa? Kenapa pula?" Aira semakin pelik.

"Rupa-rupanya aku yang salah pandang.Dia tengah siram pokok masa tu. Ada ke patut dia letak getah paip tu celah kangkang dia. Memanglah nampak macam dia tengah kencing."

Apa yang dikatakan Umairah membuatkan Aira mengekek. "Yang tu lawak. Macam manalah kau boleh salah pandang. And one more thing, kau kantoi do skodeng orang kencing." Ketawa Aira masih lagi bersisa.

"Pedulilah pasal tu. Yang buat aku bengang tu, bukannya dia nak tolong aku. Bongok betul. Tak gentle. Dahlah tak handsome. Aku syak mesti dia ni malas mandi. Lepas tu, bau dia mesti kuat dengan bau rokok. Bwekkk." Umairah buat-buat muntah.

Kening Aira terangkat tinggi. "Mana kau tahu dia malas mandi?"

"Yelah. Cuba kau tengok. Dahlah rambut dia tak sikat. Orang kalau rambut panjang tu cubalah ikat sikit bagi kemas. Lepas tu baju dia tu. Kotor. Penuh dengan cat. Tukarlah baju lain kalau ye pun." Seloroh Umairah dengan geram. Sememangnya dia sangat menyampah dengan lelaki yang bakal menjadi majikannya itu.

"Dah, dah la tu Mairah. Beringat sikit kalau nak kutuk orang. Sekali tengok dia tu sebenarnya jodoh kau. Lagipun kau tak boleh paksa kalau orang tu tak nak tolong kau."

"Eiii, kau jangan doakan aku dengan dia. Kalau dengan Key ke, Faiz ke, aku tak kisah."

Aira jelir lidah sambil buat muka jelik. "Uwekk! Faiz aku punya."

Almaklumlah, kedua-dua gadis ini masih anak dara dan tidak berpunya. Jadi perkara seperti berebut lelaki sudah pun menjadi rutin bagi mereka.

"Kau ambil Faiz, aku ambil Key. Deal?"

"Deal." 

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang