Pemandangan laman sebelah rumah dilihat dengan keningnya terangkat tinggi. Gelagat Umairah yang sedang menari sambil terloncat-loncat sedikit membuatkan Raid menggeleng kepalanya. Dia hanya memerhati dalam diam. Nak tengok tarian apa lagi yang akan ditarinya. Mungkin zapin? Atau tap dance? Getah paip di tangan dibiarkan sahaja menyiram pokok bunga seri pagi. Lepas ni, pokok di belakang dapur pula perlu disiram sebab sudah dua hari dia tidak menjenguk ke taman belakang dapur.
Umairah yang sedang leka memberus lantai konkrit di hadapan rumah bahagian tempat parkir dipandang. Damn, headbanging pulak kali ni. Raid tercengang sebelum ketawa kecil terburai. Hatinya terusik dengan gelagat pekerjanya. Budak ni dah kenapa? Tengah dengar lagu rock ke tu? Raid menonton dengan setia. Diikutkan hati, mahu saja dia menyiram pekerjanya tapi disebabkan pekerja itu sedang melakukan kerjanya dengan bersungguh, dia batalkan sahaja niat itu. Nak tegur ke? Ke nak biarkan je?
Lantai yang diberus dan disental dengan sepenuh tenaga itu dikerling. Bibirnya terjuih sikit, kepalanya mengangguk perlahan. Boleh tahan bersihnya. Not bad. Getus hatinya. Kagum juga dia dengan kesungguhan pekerjanya ketika membuat kerja. At least, aku dapat tahu yang dia buat kerja dengan betul.
Satu perkara yang dia sedar adalah sejak Umairah menjadi caretaker rumahnya, rumahnya kelihatan teramatlah bersih sehinggakan sebutir habuk pun sukar untuk dijumpai. Semuanya bersih dan teratur. Cuma yang perlu diperbaiki adalah kemasan laman rumahnya. Dinding pengadang rumah di bahagian parkir yang membahagikan rumah mereka juga telah pun dibina semula. Tapi apa yang paling mengejutkan dan buatkan dia terkejut dengan pekerja adalah, dinding pengadang itu dibina sendiri oleh Umairah tanpa bantuan sesiapa. Semuanya dibuat sendiri. Barangan untuk membina tembok pengadang itu juga dibelinya sendiri. Bagus dia ni. Tak sia-sia aku bayar gaji tinggi.
Setelah hampir sepuluh minit menonton siaran langsung rancangan 'Tarian Umairah', akhirnya dia berjaya mendapatkan perhatian gadis itu. Heh~ kantoi. Raid menguntum senyuman meleret.
"Seronok menari?"
Pergerakan terhenti seketika. Lagu Nothing Helps oleh One Ok Rock yang dimainkan di corong earphone, dengan kekuatan maksimum membuatkan adrenalin rushnya mencanak naik. Tubuhnya mula menari-nari ikut rentak rancak lagu itu. Badannya digerak-gerakkan, kepalanya pula dihayunkan sedikit ke depan ke belakang, membayangkan dirinya sedang berada di konsert kumpulan rock Jepun kesukaannya. Tangannya pula bergerak mengikut rentak lagu, menyental lantai dengan berus. Seluruh tenaga yang disalurkan ke dalam sentalannya membuatkan tangannya sedikit lenguh. Mati kuman! Mati! Hambik kau!
Hampir lima minit menyental lantai dengan kuat sehingga membuatkan berus lantainya kembang, Umairah berhenti sekejap. "Fuhh, lenguh tangan." Dia menarik nafas panjang sebelum menoleh ke kiri kanan. Tanpa sebab, bulu tengkuknya tiba-tiba meremang. Dia kaget. Ada orang ke? Umairah menoleh ke belakang.
"Seronok menari?" Suara sinis majikannya di sebelah rumah menyoal dengan nada terhibur. Seperti biasa, dengan gaya kencing berdiri dan rokok yang dikepit bibir.
"...."
Raid angkat kening.
"...."
Umairah tergamam. Lidahnya masih terkelu. Sukar untuk dia bertindak balas dengan situasi sekarang. Mukanya dibiarkan tidak beriak seperti tiada apa yang berlaku. Sedangkan dalam hatinya pula..... Dia nampak! Aku ingat tak ada orang! Kuang aja Encik Raid. Muncul tak bagi salam. Lagipun tadikan tak ada orang! Cool, Mairah. Cool. Buat selamba je.
"Seronoklah jugak." Jawabnya selamba. Dengan harapan malunya tadi cepat lesap. Tapi entah mengapa, wajahnya tiba-tiba kepanasan. Janganlah blushing!
"Bagus. Tapi jangan sampai orang ingat kau tak siuman." Sindir Raid sambil menutup kepala paip. Mukanya sinis. "You are lucky that I'm the only one that saw your weird dance. Kalau orang lain nampak, takde siapa nak jadikan kau bini."
Umairah mencebik. Kenapa suka menyibuk dengan hal peribadi aku? Suka hati akulah nak menari ke head banging ke. Tak payah sibuk. "Salah tu Encik Raid. Saya rasa lagi elok kalau orang nampak saya macam ni. Jadi peluang saya nak dijadikan isteri tu, tak ada lah. Itu yang saya nak." Katanya dengan nada 'jangan-sibuk-dengan-hal-peribadi-saya' dan kenyataan itu berjaya membuatkan majikannya terpempan. Tahu pun kau. Sibuk je
"Saya masuk dulu, ye. Nak bersihkan tandas pulak." Umairah mengemaskan barangnya dan beransur ke dalam rumah. "Ah, sebelum tu," Dia menghentikan langkahnya. "Saya bukan nak merungut atau apa, tapi saya minta maaf kalau saya cakap yang saya betul-betul tak tahan dengan bau rumah encik. Bau rokok dia terlalu kuat sampai buatkan saya mual. Bau dia menusuk-nusuk. Cuci, bersihkan macam mana pun, bau tu tak hilang. Sorry ye encik," tuturnya sebelum masuk ke rumah.
Raid masih lagi terpana. Mungkin apa yang baru dikatakan Umairah sedikit sebanyak buatkan dia terasa. Yelah, dalam rumahnya, dialah perokok tegar. Faiz tak merokok, manakala, Rifqi pula perokok sosial. Dengan spontan, kolar baju kemeja T nya ditarik ke hidung. Kuat sangat ke? Rifqi dengan Faiz tak pernah cakap apa pun. Ah, mungkin sebab nak jaga hati kut. Dia menghidu sekali. Ergh, boleh tahan jugak kuat dia. Walaupun hidungnya sudah lali dengan bau itu, tapi dia mengaku bau rokok itu terlalu kuat. Raid mengeluh. Hah, nampaknya terpaksalah kurangkan merokok. Tak pun berhenti terus.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)