"Hmm, taklah hebat mana." Faiz omel sendirian. Komputer riba ditenung. Apa yang tertera di skrin komputer ribanya adalah CV Aira yang baru sahaja diemelkannya tadi. Selepas sahaja dia pulang dari kerja, Aira sudah pun menunggu di hadapan rumah sambil tersipu-sipu. Agaknya dia sudah berada di depan rumah sejak lepas asar lagi kut.
"Ermm, Faiz. Saya dah emelkan CV saya. Nanti check eh."
"K," balasnya sepatah tanpa memandang Aira dan terus berlalu ke dalam rumah. Malas dia hendak bersemuka dengan jiran sebelah. Lebih-lebih lagi jika jiran sebelah rumahnya merupakan dua orang anak dara yang masih belum berpunya. Bukannya apa, takut kalau dia layan nanti naik pula ulat bulu dekat badan dia. Bukan sebab suka, tapi mungkin juga ulat bulu yang menyebabkan badannya panas. Ini kerana Faiz bukanlah seorang yang suka bercakap dengan perempuan.
CV Aira tadi diemelkan kepada orang atasan. Keputusan untuk terima atau tidak dibiarkan sahaja mereka uruskan. Yang penting dia dah buat apa yang dia perlu buat.
Bunyi ketukan pintu rumah membuatkan dia berhenti melakukan kerjanya dan menuju ke pintu. Pintu rumah dikuak luas.
"Yes?" Riaknya malas.
"Erm, saya nak bagi lauk ni sebagai tanda terima kasih."
Aira di hadapannya tersipu malu. Mukanya merona merah. Nak bagi lauk pun pakai mekap ke? Getusnya apabila terlihat pipi jirannya kemerahan. Lauk bertukar tangan.
"Thanks." Jawab Faiz sepatah dan terus menutup pintu rumah.
Aira pula hanya berdiri tanpa sempat memberi sebarang reaksi. Dia agak terkejut apabila Faiz melayaninya dengan sebegitu rupa.
Lauk yang diberi tadi diletakkan ke atas meja makan. Lauk apa pula hari ni? Asam pedas? Nice.
"Hoi, lauk apa pula kali ni!" Sergah Rifqi dengan kuat. Dia yang hanya bertuala keliling pinggang masuk ke dapur. Badannya masih lencun dengan air.
"Kau tak reti lap badan ke? Habis lecak rumah ni," omel Faiz. Tangannya laju menanak nasi. Tak sabar dia hendak merasa asam pedas anak dara itu.
"Wah, asam pedas! Aku ingat ayam masak kicap dengan ayam tiga ketul yang kecil." Soalan Faiz tadi tidak dihiraukan. "Kelakarlah dorang. Bagi ayam ciput. Besar ibu jari aku je dorang bagi. Tak tahu ke selera laki ni besar?" Kerusi ditarik dan dihenyakkan punggungnya.
Faiz jeling mata ke belakang. "Tak payah nak complain sangat. Kau dah makan dah pun. Manalah tahu ibu jari kau tu besar tapak tangan dorang. Bagi dorang ayam tu dah cukup besar." Ulas Faiz panjang lebar. Mahu sahaja dia mengetuk kepala Rifqi dengan sudip kayu.
"Iyolah Faiz, oi. Aku tak complain dah."
"Panggil Raid. Nasi tengah masak. Kau pula pergi pakai baju. Habis lecak dapur." Arahnya kepada Rifqi. Kakinya mengelap lantai dengan kain buruk. Sememangnya kalau di luar rumah, dia akan menghadkan percakapannya. Tapi kalau dalam rumah, lain pula ceritanya.
Rifqi tadi terus menghilang ke biliknya. Raid pula yang terhidu bau telur goreng keluar dari studio. Selesai sahaja menghidangkan lauk, Faiz terus duduk di sofa, menunggu sahabatnya bersiap. Tak sampai lima minit, Rifqi turun semula dengan laju. Sepuluh anak tangga dilompat terus ke bawah tanpa mengatur langkah satu persatu. Mukanya pucat lesi. Dia masih tidak berbaju. Kemeja T nya digenggam dengan kuat.
"Kau dah kenapa?" Soal Faiz. Faiz dan Raid pelik dengan kelakuan Rifqi yang tak ubah seperti dikejar hantu.
"Aku dengar orang menyanyi kat atas tadi."
Kening Faiz dan Raid terangkat tinggi. Perkataan mengarut terpacul dari mulut Faiz. Sudah masuk empat tahun mereka tinggal di situ dan tak pernah sekali dia terdengar apa-apa yang baru dikatakan Rifqi itu.
"Betul, aku tak tipu!"
"Aku makan dulu." Raid yang malas hendak melayan kerenah Rifqi beredar ke dapur. Perutnya sudah pun berkeroncong.
"Faiz, aku tidur bilik kau malam ni, eh." Baju kemeja T disarungkan ke badan.
"Suka hati."
![](https://img.wattpad.com/cover/324986890-288-k164211.jpg)
YOU ARE READING
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)