17

146 8 0
                                    

"Aira!" Jerit Umairah ketakutan, berlari masuk ke dalam rumah macam tak cukup tanah. Selipar dibiarkan bersepah di hadapan pintu masuk. Mukanya serupa macam ayam berak kapur. Pucat tak berdarah.

"Kau ni dah kenapa?" Bahu Umairah dipegang kuat. "Cuba tarik nafas dalam-dalam. istighfar sikit." Risau apabila melihat sahabatnya seperti dikejar pengutip hutang tak berlesen.

"Ta-tadi,"

"Tadi? Kenapa tadi?"

"Encik Raid. Dia buat aku takut!"

Aira menghela kelegaan. Aku ingat apalah tadi. "Itu je pun. Yang kau menggelabah sangat ni kenapa?"

"Bukan! Cara dia pandang aku tadi macam nak bunuh aku weh! Aku lagi sikit aku nak terkucil depan dia." Tangan Umairah menggenggam lengan Aira dengan kuat sehingga putih buku jari Umairah.

"Hah?!" Sempat Aira menepis tangan Umairah dengan perlahan. "Dia ada buat apa-apa tak elok ke dekat kau? Cuba kau duduk dulu. Bertenang. Dah tenang, baru cerita." Aira merangkul bahu Umairah dan menariknya ke sofa.

Umairah menarik nafas dalam dan memejam matanya buat seketika, cuba untuk menenangkan dirinya yang sedikit gelabah. "Macam ni cerita dia," Nafas ditarik dalam. "Ta-tadi masa aku masuk rumah dia, macam biasalah, nak kemas rumah dia semua. Sebelum masuk, aku dah bagi salam awal-awal. Kau pun tahukan, aku ni jenis yang bagi salam sebelum masuk ke rumah orang."

Aira mengangguk-angguk laju. Setia mendengar cerita Umairah. "Lepas tu?"

"Aku dah bagi salam banyak kali. Tapi tak berjawab sebab aku ingatkan dia tak ada. Lepas tu, elok je aku jejak kaki dalam rumah dia, terus dia tengking aku tanya kenapa aku masuk tak bagi salam. Nasib baik pundi kencing aku ni kuat lagi. Kalau tak, rasanya dah terkencing aku depan dia." Dalam takut, Umairah sempat bergurau.

Aira diam. Dia memandang Umairah dengan perasaan yang berbelah bahagi. Tak tahu sama ada nak rasa kesian atau mahu ketawa.. Dia tidak mampu menahan dirinya daripada tersenyum dan akhirnya Aira memilih untuk ketawa. Dia benar-benar geli hati apabila mendengar cerita Umairah.

"Tak lawaklah, Aira!" Umairah menarik muncung. Lengan Aira dipukul lembut. Muka pucat tadi kembali berwarna. "Orang tengah takut, kau boleh pula gelakkan."

"Okey, okey. Sorry." Aira menarik nafas dalam. "Aku rasa, mungkin dia stress kut. Tu yang dia moody tu. Kau tak payahlah peduli sangat dengan dia. Buat dek je."

"Aku cemburu dengan kau punya husnudzon tu. Aku rasa kau sesuai jadi isteri dia," balas Umairah yang masih dengan muncung panjangnya.

"Eh, tak. Yang jadi suami aku nanti Faiz. Encik Raid tu yang akan jadi laki kau," balas Aira diiringi dengan ketawa galak.

"Aira!" Tangan Umairah laju menampar lengan Aira dengan kuat. "Minta jauhkan."

"Kau tahu," tawa Aira masih bersisa. "Selalunya benda yang kau tak nak itulah yang akan datang kat kita. Lagi kau tak nak, lagi dekat dia dekat kau."

"Aira!"

~*~

Badannya terkaku beku. Sekujur tubuh Raid sedang lena dipandang dengan perasaan takut dan gementar membuak-buak. Peluh terasa seperti air hujan mengalir di tubuhnya. Air liur yang terasa seperti gumpalan bola gula-gula getah ditelan dengan berhati-hati. Takut kalau dia main telan, mungkin bunyi akan kedengaran.

Ah, sudah! Macam mana ni! Selalunya dia ada dekat dalam studio! Hatinya meronta. Matanya melilau sekeliling rumah. Macam mana ni! Kalau ada orang nampak memang mati aku! Penyapu yang dipegang diangkat perlahan. Kakinya dipusing menghadap pintu rumah semula. Kena blah cepat! Dah lah mood dia tengah tak baik sekarang! Kakinya berjengket-jengket dengan perlahan.

Dengkuran halus Raid kedengaran. Nafas dalam ditarik sebelum dilepaskan dengan perlahan dan lembut.

Umairah sekali lagi kejung. Hik! Dia dah bangun ke?! Ekor matanya mengerling Raid. Kakinya masih terjengket. Bagus! Dia tengah tidur lagi! Gerak cepat Mairah! Kakinya bergerak semula ke arah pintu masuk rumah. Sehinggalah dia terdengar bunyi esakan.

Encik Raid menangis? Kepala pusing lipat memandang Raid di sofa.

Tubuh Raid menggeletar.

K-kenapa dengan dia? Encik Raid ni okay ke tak? Langkahnya terarah semula ke sofa. Dia berdiri jauh di sebelah meja kopi yang terletak betul-betul di depan sofa. Badannya di bongkok sedikit ke arah Raid, cuba untuk melihat wajah Raid dengan lebih fokus. Dia menangislah.

Air mata mengalir perlahan ke pipi. Esakan makin jelas kedengaran.

Umairah kaget. Nak kejutkan ke?

Badan Raid menggeletar. Kali ini dengan air matanya mengalir deras.

Ah, apa nak buat ni!!! Dia berulang-alik di depan meja kopi. Masih lagi bertengkar dengan diri sendiri sama ada mahu kejutkan majikannya atau tidak. Kejutkan jelah.

Dia merapati tubuh Raid dengan perlahan. Air liur ditelan. Aku tak pernah pegang laki. Aih, cuak pula aku. Hujung jari yang lagi sikit mahu menguis Raid ditarik balik. Batang penyapu dicapai. Dia cucuk-cucuk betis Raid dengan perlahan.

"E-encik R-Raid?"

"."

"E-Encik Raid okey tak?"

"."

"Bangunlah."

Mata Raid terbuka luas.

Eeeek! Refleks membuatkan Umairah laju melompat ke belakang. Nasib baik jantungnya kuat. Kalau tak, memang dia mati kejung dekat situ. Tangan mengurut dada dengan perlahan. Fuh! Gila. Boleh kena sakit jantung aku.

Tubuh yang terbaring tadi bangun. Air mata dikesat kasar dengan lengan baju yang kelihatan seperti kimono. Kepala yang terasa berpusing, menunduk menghadap permaidani.

"E-Encik Raid okey?" Umairah soal dengan teragak-agak. Ni namanya memang cari pasal. Kau dah tahu kebelakangan ni dia moody, boleh pula kau kacau dia.

"Kenapa kau ada dekat sini?"

"Se-sepatutnya saya kena kemas rumah encik hari ni. Saya ada bagitahu semalam. Saya ingat encik tahu. Sebab tu saya-"

"You talk too much," suara Raid rendah dan bahaya. "Make it to one sentence." Matanya mencerlung tajam ke arah Umairah.

"Um, sorry." Umairah menunduk. Renungan dingin Raid betul-betul menusuk kalbu. Tanpa berlengah, dia melangkah keluar dari rumah dengan sepantas kilat. Kalau boleh dia tak mahu berdua dan lama-lama dengan majikannya. Baik aku blah dulu. Karang kalau dia mengamuk, lagi teruk jadinya.

Raid mendengus kasar apabila melihat pekerjanya beredar tanpa berkata apa-apa. Kepalanya digaru ganas. Serabut memenuhi kepala. Dia langsung tak faham kenapa mimpi yang sama boleh berulang. Dahlah mimpi buruk. Tambah lagi dengan pekerjanya melihat dia dalam keadaan macam tu. Lagi memalukan. Mak, orang nak mak! Nak peluk. Rindu...

Tanpa sedar, bening hangat terasa di pipi. Dia mula teresak.

Penat!

Esakannya makin kuat. Kalau ada orang dengar, dia dah tak peduli. Yang dia tahu perasaan serabutnya akan berkurangan. Tubuhnya dibiarkan rebah semula ke sofa. Matanya terkatup rapat.

Azan Zohor berkumandang. Matanya dibuka laju. Tubuhnya dibangunkan semula. Baik solat dulu. Kakinya melangkah ke tandas dan mengambil wuduk. Usai wuduk, dia menuju ke pintu rumah.

"Kau boleh kemas rumah." Ujarnya kepada Umairah yang sedang sibuk berkebun di rumah sebelah. Tanpa menunggu jawapan Umairah, dia bergerak keluar dari pagar rumah dan terus menuju ke masjid.

Umairah tercengang. 

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang