12

162 11 1
                                    

Umairah hanya menunggu hujan berhenti dari dalam rumah. Titisan air yang mengalir di cermin tingkap diamati dengan leka. Hujan telah pun turun sejak subuh tadi. Sambil matanya leka, sambil itu fikirannya tertanya-tanya apakah hukuman yang bakal diterima. Walaupun sudah dua hari dia bekerja, namun dia langsung tidak bersemuka dengan Raid. Dia terfikir sama ada Raid akan kenakan dia atau tidak hari ini.

"Hujan dah berhenti. Moh le kita buat kerja," omelnya sendiri sejurus sahaja hujan berhenti. Aira pula sedang lena dibuai mimpi. Tambah-tambah pula dengan sejuk hari hujan. Lagi lena dibuatnya.

Kalau ikut perancangan, hari ini dia perlu mengemas loteng rumah sebelah kerana sudah lebih dari sebulan dia menangguhkan kerja akibat daripada dirinya yang penakut. Keluar sahaja dari pintu rumah, Umairah terserempak dengan Rifqi. Rifqi, seperti yang disangka, melemparkan senyuman manis kepadanya.

"Morning, Mairah."

"Pagi." Umairah membalas senyuman.

"Kerja?"

"Ha'ah. Hari ni nak kemaskan rumah korang," balas Umairah sambil melihat Rifqi menyarungkan topi keledarnya. "Kau? Kau kerja apa, eh, Key?"

"Aku despatch. Aku tak hebat macam Raid dengan Faiz."

"Eh, kenapa cakap macam tu? Eloklah tu. Kerja halalkan." Umairah memberi semangat. Kalau diikutkan, Umairah sendiri bukan seorang yang positif. Tetapi sejak dia berkawan dengan Aira, positive vibenya pun berjangkit kepadanya.

Rifqi tersenyum manis. "Betullah apa yang kau cakap tu. Thanks. Aku gerak dulu." Enjin motor dihidupkan dan berlalu pergi.

Tidak seperti Raid dan Faiz, Rifqi lebih peramah dan peramah. Dia lebih gemar berbual dengan Rifqi berbanding dengan dua mamat sombong itu. Kalau Key jadi boyfriend aku best juga. Dah lah gentle. Handsome pula tu. Ceh, cakap macam nak je dia dekat kau. Hatinya terkekek kecil. Peralatan mengemas dibawa ke rumah sebelah.

"Assalamualaikum." Pintu rumah diketuk. "Assalamualaikum, Encik Raid. Saya nak-" Belum sempat dia menghabiskan ayat, pintu rumah dikuak perlahan.

"Waalaikumussalam." Jawabnya seakan-akan berbisik. "Apa?"

"Saya nak kemas rumah encik hari ni."

"Loteng?"

"Ha'ah. Saya kemaskan hari ni juga. Tapi kena ada orang temankan." Jawab Umairah sambil tersengih.

Raid pula menjeling mata. "Loteng kemas tengah hari nanti. Kau kemas yang lain dulu," balas Raid sambil melepaskan ikatan rambutnya. Serabai. Macam orang gila.

"Um, encik duduk dekat luarkan?"

"Dalam bilik. Aku nak tidur." Jawabnya selamba dan meninggalkan Umairah bersendirian di hadapan pintu.

Umairah memandang belakang Raid yang sedang bergerak dengan perlahan ke bilik dengan pandangan kosong. "Okey." Takpe, nanti bila nak kemas loteng, aku ajak Aira temankan.

"Oi."

Belum sempat Umairah memulakan kerja, Raid menyergah dari pintu biliknya, yang betul-betul terletak di sebelah ruang tamu. "Ye?

"Kau tahu masak tak?" Matanya cuba dibuka luas akibat perasaan terlalu mengantuk yang teramat sangat.

"Tahu. Tapi tak expert sangat. Setakat-"

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang