18

138 7 0
                                    

Raid yang hanya berseluar jean hitam dan berkemeja T lengan panjang hitam, mengikat rambutnya yang serabai. Telefon pintar di atas meja sisi katil diambil. Mesej dibaca.

Aku lagi setengah jam sampai.

Kalau kau dah sampai, telefon aku.

Mesej itu dibiarkan tak berbalas. Beanie yang tergantung kemas di penyangkut belakang pintu disarungkan ke kepala. Selesai bersiap, dia menuju ke Kembara miliknya.

Kehadiran seseorang di sebelah rumahnya membuatkan Raid memalingkan kepalanya ke arah tuan punya badan. Kening kanannya terangkat tinggi.

Umairah yang berdiri kaku dengan batang penyapu di tangan membalas renungan Raid dengan riak kaget. Laju dia memalingkan wajahnya ke tempat lain sambil menutur maaf sebelum beredar ke rumahnya.

Raid dihimpit rasa bersalah. Dia tahu, kelakuannya tempoh hari agak keterlaluan. Tetapi dia malas untuk meminta maaf. Kau buat dia takut. Lantaklah. Punggungnya dilabuhkan ke tempat duduk pemandu. Pemanduan untuk bertemu sahabatnya diteruskan.

Umairah bersandar di belakang pintu dengan cuak. Hilang sahaja kereta Raid dari laman rumah, terasa seperti beban yang menghempapnya hilang.

"Fuhh, lega." Umairah menghela kelegaan. Walaupun jelingan mata Raid masih menggerunkan seperti semalam, namun kekerasan itu sudah pun hilang. Aku tak tahu aku buat salah apa dekat dia tapi aku kena cepat minta maaf sebelum dia mengamuk kat aku lagi tanpa sebab.

~3~

"Umairah!" Jerit Aira teruja dan girang. Umairah dipeluk erat.

"Eh, eh. Kau ni dah kenapa?" Tempias bahagia Aira turut berjangkit padanya. Tersengih luas apabila melihat Aira terloncat-loncat seperti kera mendapat bunga. "Ada good news ke?"

"Ada!" Aira teriak nyaring.

"Apa dia?"

"Tekalah." Senyuman Aira bertukar seringai. Seringainya besar.

"Aku agak kau dapat kerja tu?" Umairah meneka sambil tersenyum lebar.

"Ya! Aku dapat kerja tu!" Aira mengangguk laju sambil terloncat-loncat.

Kali ini giliran Umairah pula menjerit keriangan. "Yay! Alhamdulillah! Tahniah Aira! Kau dah bagitahu mak dengan ayah kau?"

"Dah. dorang happy sangat. Mula-mula aku ingat dah kena balik rumah kalau tak dapat juga kerja bulan ni. Tapi Alhamdulillah, dapat juga kerja ni. Thank you sebab tolong aku." Sekali lagi Umairah dipeluk ketat.

Umairah membalas pelukan Aira dengan kuat. "You are welcome, dear. Jom, aku belanja makan. Nak apa? Nandos?"

"Betul ke ni?"

"Ye. Cepatlah. Jom, siap. Aku dah lapar dah ni." Tudung bawal disarungkan kepala.

"Eh, sekarang ke?"

"Yelah. Bila lagi?"

"Okey. Aku siap kejap. Tapi kalau aku nak makan lain boleh tak?" Aira tersipu-sipu.

"Boleh, adikku sayang. Siap cepat. Aku tunggu dekat luar," tutur Umairah sambil ketawa kecil.

Aira terus berlari ke bilik, manakala Umairah pula keluar dan duduk di pangkin di luar rumahnya.

Mata Umairah meliar ke kawasan rumah jirannya. Tengah tengok TVlah tu. Desis hatinya apabila terlihat ruang tamu jirannya terang.

Derapan tapak kaki kedengaran. Umairah memalingkan wajahnya ke arah bunyi itu. Faiz yang sedang berjalan menuju ke pintu rumah sebelah dipandangnya. Renungannya dibalas dengan kening kanan Faiz terangkat tinggi.

"Apa kau nak?" Suara Faiz memecahkan suasana suram di luar rumah.

"Tak ada apa. Aku cuma nak cakap thank you sebab tolong Aira. Dia dapat kerja tu." Senyuman kecil tertarik apabila teringat kembali wajah Aira yang riang dan senang.

"Oh..." Faiz diam sesaat. "Good for her then. Congratulations." Plastik yang mengandungi bungkusan makanan dialih ke tangan kirinya. Manakala tangan kanan pula memulas tombol pintu.

"Kau nak aku suruh dia belanja kau ke?" Sempat Umairah menyoal sebelum Faiz menutup daun pintu.

"No need," jawab Faiz ringkas sebelum menutup rapat pintu rumahnya.

Umairah tersenyum. Entah mengapa nalurinya kuat mengatakan bahawa Aira dan Faiz mempunyai chemistry. Aku rasa tak lama jadi laki binilah dorang ni.

"Dah siap. Jom!"

Jari Aira bermain dengan penyedut minuman itu. Wajah Umairah ditenung kosong. "Jadi, dah berapa lama kau elak dari bertembung dengan Encik Raid?"

"Don't spoil the mood. Aku tak suka betul dengan dia tu. Menjengkelkan sungguh." Umairah oleng mata. "Tapi dekat seminggulah juga. Masa dia duduk studio, aku kemas rumah. Bila dia duduk dekat ruang tamu, aku balik rumah."

Aira hanya melopong sambil mengangguk perlahan apabila mendengar cerita Umairah. "Lepas tu yang kau cerita dia nak pergi Paris tu, bila pula?"

"Minggu depan." Umairah tersenyum simpul. "Seronoklah aku macam ni. Boleh relax-relax sikit."

"Relax, relax juga. Jangan sampai tak buat kerja pula."

"Ye. Aku tahu."

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang