Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Umairah hanya membungkam. Apa yang terjadi ketika mereka membeli-belah tadi membuatkan hanginnya terhadap Raid makin menjadi-jadi.
Perkara pertama yang membuatkan moodnya hilang adalah apabila dia terserempak dengan rakan sekelasnya dahulu. Perkara kedua pula, apabila rakannya mula berbual panjang dengan Raid. Habis kesemua cerita tentang dirinya dibongkarkan. Kalau yang baik-baik tak apalah. Tapi semua yang diceritanya, cerita yang tak berapa nak baik. Siot betul!
Ketika itu dia sedang leka menolak troli, membuntuti Raid dari belakang. Tak semena-mena bahunya ditepuk kuat oleh rakan sekelasnya dahulu dan mula berbual. Raid pula, yang datang entah dari mana, memasukkan barang ke dalam troli tanpa membuat sebarang bunyi. Umairah langsung tidak sempat melarikan diri daripada situasi itu.
"Eh, suami kau ke?"
Soalan rakannya membuatkan Raid dan Umairah dua-dua terkedu. Mereka berbalas pandangan.
"E-eh, bu-bukan-"
"Suami dia." Raid terlebih dahulu menjawab sambil tersenyum. "Kawan Umairah ke?"
Soalan Raid itu yang membuat mereka galak berbual. Rakannya kelihatan gembira apabila mendengar khabar tadi.
Umairah langsung tidak sempat membetulkan apa yang dikatakan Raid tadi apabila rakannya terus meminta diri dan beredar ke tempat lain. Umairah kantu.
Sempat juga rakannya mengucap tahniah sebelum beredar meninggalkannya dan Raid.
Umairah merenung Raid dengan pandang membunuh. "Kenapa. Encik. Buat. Macam. Tu?!" Giginya diketap kuat. "Tak baik, tahu tak!" Tangannya menggenggam penumbuk dengan kuat. Mahu sahaja dia menumbuk muka Raid yang masih tersenyum seronok.
"Tadi, kawan kau cakap kau penyanyi sekolah. No wonderlah suara tu nyaring semacam," ungkap Raid tanpa mengendahkan kata-kata Umairah tadi. "I'd like to hear you sing sometimes."
"Hmf! Suka hati encik lah. Saya gerak dulu." Sakit hatinya makin menjadi-jadi. Kurang ajar betul! Tak hingin aku jadi bini dia. Aku rela jadi andartu. Dahlah tak semenggah!
"Marah lagi?" Suara serak basah Raid menyoal.
Umairah tarik muncung. Malas hendak melayan kerenah Raid.
"Manalah tahu, kau betul-betul jadi isteri aku suatu hari nanti."
"Tak hingin!" Suara Umairah naik seoktaf. "Saya lagi rela jadi anak dara tua dari kahwin dengan lelaki macam encik ni! Dahlah selebet!" Umairah merengus kasar. Hambik kau! Mati aku. Lepas ni mesti dia anti dengan aku. Tapi peduli apa aku.
Kali ini, giliran Raid pula tergamam buat seketika. "Selebet?" Raid tersenyum sinis. "Are you talking about yourself?" Raid memulang paku buah keras.
Mata Umairah terbuntang luas. What?! Raid direnung dengan tajam. Kalau matanya boleh mengeluarkan pancaran laser, sudah lama meletup kepala Raid dibuatnya. Tangannya memeluk tubuh dan menghadap ke arah pintu. "Biarlah kalau saya selebet pun. Saya bukannya nak impress sesiapa. Kan saya dah cakap yang saya lagi rela jadi anak dara tua. Therefore, there's no need for me to be pretty to impress anyone. Faham?" Balas Umairah senafas. Dia bengang. Ni first dengan last aku keluar dengan dia. Lepas ni, lantak kaulah. Aku tak nak tolong apa-apa dah. Aku cuma akan buat kerja yang ada dalam job scope aku je
Raid yang sedang memandu di sebelahnya hanya berdiam diri. Sengaja dia memekakkan telinganya daripada mendengar bebelan Umairah. "Tch, try hard macam mana pun, kau takkan nampak cantik," omel Raid perlahan. "Ugly."
Buruk. Perkataan itu berjaya membuatkan air mata Umairah jatuh bercucuran. Jahat! Tak pernah sekali dia terasa terhina sampai macam ni. Dengan cepat dia menyeka air matanya supaya tidak dilihat Raid. Kepalanya ditala ke luar tingkap.
Raid mengerling ke arah Umairah dari ekor matanya. Aduh, dia nangislah pula. Siapa suruh cari pasal dengan aku? Kan dah kena sebijik. Padan muka. Geram dan bersalah bercampur. Geram kerana kenyataan Umairah tentang dirinya yang selebet. Manakala bersalah pula kerana dia berjaya membuatkan gadis itu melelh air mata. Namun, perasaannya tidak diendahkan dan terus fokus pada pemanduannya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)