"Umairah, aku ada bad news ni." Muka Aira yang kelihatan pucat dan kaget terus menuju ke arah Umairah dengan tergesa-gesa.
"Apa dia?" Umairah menggelabah dengan perangai Aira yang tergopoh-gapah. Komputer ribanya diletakkan ke atas meja kopi di sebelah.
"Tapi cerita dia panjang." Beg tangan Aira diletakkan di sebelah komputer riba.
"Dah tu? Pergilah mandi dulu. Lepas tu chill, relaks. Dah relaks baru cerita." Umairah cuba menenangkan sahabatnya.
Aira mengangguk perlahan. Betul apa yang dikatakan Umairah. Apa yang cuba diceritakan nanti adalah berita penting. Tak boleh gopoh sangat. Dia menarik nafas dalam. Tudung bawalnya dilucutkan. "Okeylah. Kalau macam tu aku mandi dulu. Lepas mandi, makan. Eh, By the way, kau dah masak makan malam ke?" Aira sempat menyoal sebelum bergerak ke biliknya.
"Dah. Ayam masak lemak dengan sambal belacan je. Dah, pergi mandi," balas Umairah, matanya masih tertancap pada televisyen.
Aira pula terus menghilang di tingkat atas.
Usai sahaja makan malam, mereka berdua terus mengambil tempat di hadapan televisyen second hand yang dibeli online. Aira yang hanya berseluar panjang dengan berkemeja T lengan pendek bersila di atas sofa. Manakala Umairah yang berbaju kelawar hanya duduk di lantai sambil bersandar di sisi sofa bersebelahan dengan Aira.
"Apa cer?"
"Itulah... benda yang aku nak cerita ni takut akan menyusahkan kau." Hujung baju dikuis-kuis.
"Tak cerita lagi mana aku nak tahu. Tapi Insya-Allah, kalau boleh tolong, aku tolong."
"Macam ni. Minggu ni last aku kerja-"
"Haa?!" Belum sempat Aira menghabiskan ayatnya, Umairah menjerit. "Kenapa?"
"Sebab syarikat aku dah nak bankrap. Tu yang dorang mula buang pekerja. Jadi, aku adalah antara pekerja yang dibuang."
"Laa... hm... itulah. Nak buat macam mana lagi." Umairah memerhatikan wajah sugul Aira.
"Sorry tau. Aku takut aku menyusahkan kau." Giliran Aira pula memandang Umairah. Dia berharap sangat Umairah tidak kisah dengan apa yang dilaluinya sekarang.
"Eh, apa kau merepek ni? Kau tak menyusahkan aku pun. Kau ingat tak masa aku tanam anggur dulu pun kau yang tolong aku. Aku tak kisahlah Aira. Kitakan kawan?" Tangan Aira dicapai dan digenggam kuat dengan harapan ia dapat memberikan semangat kepada sahabatnya.
Aira tersenyum kecil.
"Hari ni first gaji aku masuk. Jom. Kita makan piza. Aku belanja."
"Tapi dah pukul 9.30. Sempat lagi ke? Lagipun kita baru je lepas makan."
"Sempat. Kita call je."
Sedang sibuk mereka melahap piza, tiba-tiba satu rumah terputus bekalan elektrik. Spontan Aira dan Umairah menjerit dengan kuat.
"Aah, Umairah! Aku tak nampak!" Jerit Aira nyaring.
"Aira, aku takut!" Tangan Umairah meliar-liar mencari sesuatu untuk dipaut. Tangannya menggenggam Aira dengan kuat.
"Jom kita duduk kat luar!" Aira terus menarik Umairah menuju ke pintu rumah.
"Eh, tudung!" Umairah dan Aira hanya sempat mencapai tuala dan kain batik dan terus dililitkan ke kepala mereka. Sebenarnya, bukan blackout yang membuatkan mereka berdua kaget, tetapi apa yang terjadi sebenarnya adalah, beberapa saat selepas blackout itu terjadi, mereka terdengar seperti ada sesuatu di dapur mereka. Berderau darah dibuatnya.
"Korang kenapa?" Pintu rumah sebelah terbuka. Rifqi yang berseluar tiga suku dan berbaju kemeja T keluar di muka pintu. Matanya terkebil-kebil.
"Tadi masa blackout, kita orang terdengar macam ada benda kat dapur. Tu yang kita orang cuak." Umairah gelabah.
Aira pula mengangguk laju, mengiyakan apa sahaja yang dikatakan Umairah. Kedua-dua mereka pucat dan cuak.
"There's nothing to be afraid of. Tadi aku terlanggar tingkap cermin rumah dapur rumah korang. Lain kali jangan tutup tingkap malam-malam. Biarkan ada benda masuk," perli Raid. Tangan ditekup ke dahi yang sedikit terluka.
Raid dan Faiz yang datang dari laman rumah Umairah keluar dengan muka bengang.
"Eh, apa yang Encik Raid dan Faiz buat dekat laman rumah kami?" Umairah cuak dan pelik.
"Nothing," jawab Faiz selamba. "Betulkan something kejap." Mukanya selamba. "Lagipun, aku ternampak rakun tadi. Tu je."
"Ooh." Umairah melopong.
"R-rakun?" Aira cuba mendapatkan kepastian. Tidak sedar yang dia sedang merenung tepat ke arah Faiz.
Spontan Faiz mengangkat tinggi kening kanan, membalas renungan Aira. "Ha'ah," jawabnya sepatah. Matanya dibiarkan sahaja membalas pandangan Aira. Tetapi kali ini renungannya lebih tajam dan bibirnya pula terukir senyuman kecil yang agak sinis.
Aira serta-merta mengalihkan pandangannya ke arah Umairah. Mukanya merona merah padam apabila renungannya dibalas Faiz. Yang aku tenung dia apa pasal? Bongoklah kau Aira.
"Lain kali, tutup semua tingkap, pintu bila malam. Beringat sikit," tegur Raid dengan nada rendah.
Umairah dan Aira hanya membungkam. Tak pasal-pasal kena marah dengan tuan rumah. Salah mereka juga sebenarnya sebab lupa untuk menutup tingkap dapur. Dua-dua tertunduk. Rumah tadi yang gelap terang semula.
Rifqi yang tadi berdiri di pintu muncul di hadapan pintu rumah kedua gadis tersebut. "Sorry, tak minta izin masuk rumah. Masa korang sibuk kena marah tadi, aku betulkan distribution box," kata Rifqi sambil tersengih-sengih.
Umairah dan Aira biul. Sejak bila Rifqi masuk ke dalam rumah mereka pun mereka tak sedar.
"By the way, cantik baju tidur." Rifqi tersengih sekali lagi.
Kali ini Faiz dan Raid turut menguntum senyum. Senyuman cuba ditutup dengan memandang ke tempat lain.
Umairah dan Aira terkaku.
"Ah, tidak!" Umairah dan Aira laju menghilang di sebalik pintu rumah.
Ketiga-tiga jejaka tadi hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)