Untuk kali ketiga dalam minggu itu, dia berjumpa dengan wanita di hadapannya. Wanita yang mempunyai rupa paras yang tersangatlah elok direnung tanpa perasaan. Bibirnya yang mungil, hidungnya yang mancung dan kulit yang cerah membuatkan mana-mana lelaki yang melihatnya bergetar tulang rusuk. Kecuali dirinya.
"Janganlah macam ni Raid." Wanita itu merehatkan sikunya di atas meja makan. "If you need to talk about anything, you can always tell me. I'm all ears. Jangan pendam. Aku pernah dengar, orang yang suka pendam ni senang kena sakit jantung." Wanita yang dikenali sebagai Sarah itu memujuk.
Sarah dan Raid mula berkenalan ketika mereka menuntut di universiti di Perancis. Sarah yang memulakan perbualan dahulu apabila dia terlihat Raid sedang leka melukis. Akhirnya, sehingga sekarang mereka masih lagi bersahabat. Tahun ini sudah pun masuk tahun kesepuluh.
"Kalau kau tak cerita, macam mana aku nak tolong kau?" Pipi gebu anaknya diusap lembut. Sarah sudah pun berkahwin dan suaminya pula merupakan peminat karya Raid.
"Entahlah," Raid membungkam. "I don't know what's wrong with me. Aku penat."
"Kau penat sebab kau tak kahwin ni. Cuba cari isteri, Insya-Allah, you will feel better." Sarah senyum mengusik.
Raid menjeling mata. "Tch. Banyaklah kau."
"Tak banyak. Satu je." Sarah ketawa kecil. "Aku gurau je. Jangan ambil serius apa yang aku cakap tadi. Tapi betul ke kau okey ni?"
"Ye... kut."
"Ataupun, kau boleh pergi jumpa psychologist or psychiatrist? Kalau kau betul-betul rasa down, macam tak ada semangat nak teruskan hidup, aku rasa baik kau jumpa psychologist or psychiatrist. Aku bukan expert dalam hal-hal macam ni. Tapi kalau kau nak pinjam telinga aku, aku okey je." Riak risau tertampal di wajah mulus Sarah. Risau dengan keadaan sahabatnya.
"Yeah, you're right. Mungkin aku cuma anxious. Tapi buat masa sekarang, aku tak adalah rasa sampai macam tu. Mungkin aku penat." Raid senyum segaris.
"Mungkin. That's why you need a vacation. Kau pun ada cakap kau nak pergi Paris kan? Minggu depan?" Soal Sarah sambil tersenyum simpul.
"Yup. Kenapa? Nak beg lagi?"
Sarah tersengih kerang busuk. "Nanti aku bayarlah balik. Alaa, macam biasa."
Raid mengeluh perlahan. Namun, dia langsung tak kisah dengan permintaan Sarah. Memang setiap kali dia ke Paris atau ke Eropah, Sarah akan pesan sesuatu. "Okey."

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)