Aira gundah. Sejak kebelakangan ini, dia betul-betul terasa malas sungguh untuk ke pejabat. Bukan malas sengaja. Tapi bersebab. Dia sengaja bangun lambat dan bergerak dengan perlahan. Malasnya makin membuak-buak.
"Aira, kau dah lambat! Cepat sikit gerak tu! Kau bukan sloth." Sergah Umairah dari pintu bilik yang terkuak luas. Umairah yang masih dengan berbaju kelawar dari malam semalam, berdiri seperti mak-mak yang sedang memarahi anaknya yang lambat ke sekolah.
"Aku nak pergilah ni," omel Aira perlahan. Muncung ditarik sedikit. Bahunya jatuh. Kakinya melangkah ke pintu rumah dengan perlahan.
"Kau kenapa ni, Aira? Selalunya aku tengok kau laju je ke tempat kerja. Seronok je aku tengok. Kebelakangan ni kau macam tak suka pergi kerja pula. Kenapa? Ada apa-apa jadi ke kat tempat kerja?" Aira dihantar ke pintu rumah. Tuala dililitkan di kepalanya.
"Hmm... adalah. Balik nanti aku cerita. Kau pun. Cubalah berbaik-baik dengan Encik Raid tu. Manalah tahu dapat naik gaji ke." Usik Aira dan menuju ke skuternya.
"Nope. We're talking about you right now. Raid tu boleh pergi mati. Malas aku nak layan." Umairah mencebik apabila mendengar nama Raid.
Aira tersenyum. "Yelah, yelah. Tak payahlah risau pasal aku. Bye, Assalamualaikum."
Umairah melambai dari pintu rumah. Keluhan ringan dilepaskan apabila kelibat skuter Aira hilang. "Harap dia okey jelah kat tempat kerja tu. Dia tu bukan cepat mengalah. Ni mesti ada something yang jadi dekat tempat kerja dia ni."
Aira menghela nafas panjang. Nampaknya lelaki mulut longkang dan otak kuning itu tiada di tempatnya. Tak datang kot. Bagus. Tak payah datang. Buat semak office je.
Tak sampai sepuluh minit dia membuat kerja, bahunya digenggam dengan lembut dari belakang. Jelas intonasi gatal dalam genggaman itu. Bulu roma Aira meremang. Badannya serta merta kaku. Peluh sejuk mula merembes di belakang tubuhnya.
"Dah sampai mana kerja tu?"
Suara garau dan miang itu menyapa dengan lembut yang kedengaran sangat gatal. Berbulu telinga dibuatnya. Tangan lelaki miang itu sempat mengurut-urut bahunya. Dengan lekas Aira menolak kerusinya ke belakang, menjarakkan lelaki gatal itu jauh darinya. Tanpa menoleh, dia meminta diri untuk ke pantri.
Bibirnya digigit kuat sehingga terasa pedih. Tangannya menongkat tubuhnya di kaunter pantri. Akhirnya, air mata yang ditahan jatuh. Dia takut. Dia terlalu takut untuk berhadapan dengan situasi yang baru dihadapinya tadi. Masakan tidak, lelaki miang itu merupakan penyelianya yang sudah pun berkahwin. Malah, sudah mempunyai dua anak.
Sudah bermacam-macam cara dia cuba untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku tetapi gagal. Ikutkan hati mahu sahaja dia berhenti. Tetapi dia baru sahaja masuk sebulan bekerja. Bukannya mudah untuk mendapat pekerjaan zaman sekarang. Sepatutnya dia bersyukur dengan pekerjaannya sekarang. Bukannya berhenti. Air matanya diseka dengan lengan baju kurungnya.
"Are you alright?"
Suara rakan sepejabatnya membuatan Aira menampal fasad tenang di wajah. Gadis berbangsa Cina itu mendekatinya apabila dia terlihat Aira seperti sedang sedih. "Yeah, I'm alright. Thanks," balas Aira, cuba untuk senyum. Harap dia tak nampak aku menangis.
"If you need anything, just tell me ya. Don't keep it to yourself," balas Chin dengan senyuman ikhlas. "Want some coffee?" Tangan Chin sibuk membuka sepaket kopi segera.
Aira menggeleng perlahan. "No, thank you. I'm full already. Just had coffee this morning."
"Okie dokie," balas Chin dan bergerak semula ke kubikelnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomantikKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)