"Aku takut." Jari Umairah menguis hujung tudungnya dengan cemas.
"Apa yang ni ditakutkan? Interview je."
"Interview je kau kata? Macam mana kalau tiba-tiba dia tak nak aku kerja dengan dia? Macam mana kalau dia tiba-tiba tak suka aku?" Muka Umairah makin cemas.
Aira oleng mata ke langit. "Apa yang kau merepek ni? Pergi jelah." Aira perlahan menolak belakang Umairah masuk ke dalam kawasan rumah dua tingkat di hadapan mereka.
Kehadiran mereka disambut dengan dua orang jejaka yang tinggi susuknya. Seorang dengan senyuman menawan tertampal di muka. Manakala seorang lagi dengan mukanya yang agak blur dan mengantuk. Umairah dan Aira tersengih.
"Assalamualaikum," Umairah dan Aira serentak memberi salam kepada dua orang jejaka tersebut. Salam mereka kemudian disambut.
"Siapa yang nak interview?" Lelaki yang tersenyum tadi bersuara.
Umairah terus mengangkat tangan. Dengan harapan orang yang akan menemu ramahnya ialah orang yang tersenyum itu. Tapi malangnya tidak.
"Kalau macam tu, awak kena ikut dialah. Yang nak tengok rumah, sila ikut saya."
Aira mengangguk.
Umairah pula hanya berdiri macam tunggul.
Bahunya ditolak sedikit oleh Aira. "Cakaplah something. Takkan kau nak diam je." Bisik Aira dengan geram.
"Umm, maaf ya. Boleh saya tahu nama encik berdua?" Orang yang berdiri di sebelah lelaki tersenyum itu hanya menjeling mata dan beredar dari situ. Aik, apasal dia jeling kat aku? Aku cuma tanya nama je pun.
"Why don't you introduce yourself first?" Lelaki yang berwajah blur tadi bersuara setelah sekian lama berdiam diri.
Umairah dan Aira tersentak.
"Umm, sorry. Saya Umairah. Yang ni pula kawan saya, Aira. Saya minta maaf sebab tak kenalkan diri tadi." Umairah tersengih. Cuak gamaknya dengan perangai Raid yang sombong dan garang semacam.
"Aku Raid. Dia Rifqi-"
"Boleh panggil Key." Rifqi sempat mencelah.
"Yang nak interview ikut aku."
Oh, dia ke Encik Raid? Umairah hanya mengikut dari belakang dan masuk ke dalam rumah milik lelaki yang dikenalinya sebagai Raid.
Aira pula telah hilang mengikut lelaki yang bernama Rifqi tadi.
Masuk sahaja ke dalam rumah milik Raid berjaya membuatkan dia terdiam. Hiasan dalaman dalam rumah itu sangat rustic dan baginya ia sesuatu yang sangat menarik bagi seorang yang bujang untuk tinggal di situ. Itu pun kalau betul dia bujang. Lelaki tadi terus mempelawanya duduk di sofa sementara dia menyediakan air untuknya. Mata Umairah sempat meliar ke sekeliling kawasan rumah. Matanya tertancap pada kawasan di mana lelaki tadi sedang membuat air untuknya.
Itu dapur ke cafe? Lawa gila! Mulut Umairah hampir terlopong melihat rekaan dalaman dapur milik lelaki itu.
"Latte, cappuccino, americano, espresso. Which one?"
Suara serak basah lelaki itu menghentikan lamunannya. "Eh? Um... Latte." Jawabnya teragak-agak. Sesekali Umairah mengerling ke arah tuan rumah. Fuhlamak, tu mesin kopi ke? Dia ni barista ke apa?
Kurang dari lima minit, Raid muncul dengan dua cawan di tangannya dan diletakkan di atas meja kopi.
Fuyoo, cawan dia pun glamor semacam! Gerutu hati Umairah. Teruja dengan secawan latte yang dihidangkan.
![](https://img.wattpad.com/cover/324986890-288-k164211.jpg)
YOU ARE READING
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)