2

273 11 0
                                    

"Eh, Aira. Cuba kau tengok ni." Umairah yang sibuk skrol tetikus jerit memanggil Aira. Iklan yang memaparkan rumah sewa dengan harga yang berbaloi membuatkan dia teruja. Bibir terukir seringai besar.

"Apa? Apa?" Aira bergegas ke ruang tamu dengan sudip di tangan.

"Rumah ni. Sewa seratus sebulan. Murah kot. Try nak?" Riak gembira tertampal di Umairah.

"Tak tahu. Ikut suka kaulah. Tengok gambar." Aira terus bersila di sebelah Umairah. "Macam seram je."

"Macam seram, tapi tengok. 10 kilometer je dari Kuala Lumpur. Fully furnished pula tu." Nada Umairah semakin nyaring. "Senang sikit kau nak pergi kerja. Rumah ni pun lagi jauh kan?"

"Memanglah jauh. Tapi sinikan dekat dengan train station? Lagi bagus. Lagipun, rumah besar-besar ni nak buat apa? Kot-kot ada hantu."

"Janganlah cakap macam tu. Tengok. Lagipun orang ni nak caretaker untuk rumah ni. Baguskan? Alang-alang tu bolehlah aku kerja sementara tengah tanam anggur ni." Bibir Umairah mengukir sengih.

"Suka hati. Aku tak kisah. Tapi katakanlah kau jadi caretaker untuk rumah tu, kau tak takut ke?" Mata Aira masih tertancap pada skrin.

"Takut?"

"Yelah. Nanti aku pergi kerja, kau tinggal seorang. Kena bersihkan rumahkan tu sorang-sorang. Dahlah rumah tu besar. Kau tak takut ke? Bukan kau penakut ke?" Aira mengalih pandangannya pada Umairah.

Umairah kerling Aira dengan tajam. "Kau sengaja ke?"

"Taklah. Aku cakap je." Aira bingkas bangun dari duduknya dan terus bergegas ke dapur apabila terhidu bau hangit.

"Insya-Allah, boleh." Umairah mencapai telefon pintarnya dan terus mendail nombor yang tertera di skrin monitor.

-3-

Buat kali ke berapa hari tu dia mengeluh. Hampir ke semua yang menghubunginya sibuk bertanyakan tentang kerja. Tapi tidak ada satu pun yang mahu menyewa. Kalau ada pun, pekerja kilang. Yang kelakarnya, ada ke patut 80 orang satu rumah? Memang taklah jawapannya. Kalau nak, kena up sewa. Seorang RM 500.

Raid mengurut pelipisnya dengan perlahan. Berus di tangan mula dibawa ke permukaan kanvas. Belum sempat berus menyentuh kanvas, jeritan Rifqi menghentikan pergerakannya.

"Woi, phone kau bunyi!" Rifqi, salah seorang daripada tiga orang yang tinggal di rumah itu memekik. Kalau diikutkan, Raid yang paling tua dalam rumah. Manakala Faiz pula yang paling muda.

Rifqi, lebih selesa dipanggil Key, hanya bekerja sebagai despatch. Bila di rumah, dialah menyapu. Bab-bab mengelap lantai pula diserahkan kepada Faiz. Manakala tugas Raid pula hanya memasak. Mereka berdua masing-masing menawarkan diri untuk membuat kerja rumah memandangkan mereka tinggal di situ secara percuma.

Telefon pintarnya diangkat. Sebelum menjawab, dia sempat membetulkan tekaknya. "Hello."

"Hello," suara lunak seorang perempuan di sebelah talian kedengaran. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

"Ini Encik Raid ke?"

"Ye."

"Saya Umairah. Saya ingin bertanyakan tentang rumah sewa dan kerja caretaker tersebut."

"Ya, silakan." Raid melabuhkan punggungnya di sofa berhampiran.

"Rumah sewa dan kerja caretaker tu masih available ke?" Suara wanita itu lembut berbicara.

"Ye, ada lagi. Kenapa?"

MemoirTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang