Sudah lama dia terfikir untuk lakukan sesuatu dekat kolam kering di laman rumah. Sejak berpindah ke sini, Umairah langsung tidak sempat untuk membuat apa-apa dengan kolam kering itu. Kalau diikutkan, mahu saja dia buat kolam ikan. Tapi kolam itu terlalu besar untuk dijadikan kolam ikan. Tambahan pula, banyak kerja perlu dilakukan.
"Aira, kalau kolam kering tu kita isi air, lepas tu buat kolam renang nak? Boleh berendam." Tanya Umairah tanpa mengalihkan pandangan dari kolam itu.
Aira pula yang sibuk memikirkan jalan untuk mengalahkan Umairah dalam permainan catur hanya mengiakan sahaja. Walaupun Umairah kelihatan bodoh-bodoh sikit, tapi kalau dalam catur, dia dikira hebat. Kalau tak tengok papan pun, dia boleh menang. Umairah dahulu merupakan juara peringkat sekolah dalam pertandingan catur.
Umairah membuat bermacam-macam ekspresi muka ketika memikirkan apa yang hendak dan perlu dilakukan dengan kolam itu. Otaknya mula berfungsi dengan kelajuan penuh.
"Dah, turn kau pula."
Umairah yang sedang duduk bersila, betul-betul di sebelah pintu lungsur mengerling sekejap ke arah papan catur itu. "Jalankan untuk aku."
"Hah? Dekat mana?"
"Queen, D5. Checkmate."
"Ehh...?" Aira terkejut. Dia langsung tak sangka yang Umairah akan menang dalam masa yang singkat. "Hmf, menyampah. Susah betul aku nak menang."
"Train lah lagi," balas Umairah selamba. "Petang ni tolong aku bersihkan kolam. Boleh kita berendam." Umairah tersengih.
Aira pula mencebik. "Ahh, malas! Buat sendiri." Buah catur tadi disimpan ke dalam kotak.
"Alaa, anggaplah ni balasan sebab kalah." Umairah menarik lengan Aira dengan mengada-ngada.
"Kita tak buat apa-apa bet pun tadi kan."
"Alaa..." Semakin kuat Umairah merengek.
"Fine." Akhirnya Aira mengalah. Dia langsung tidak boleh tahan dengan perangai Umairah yang kebudak-budakan. "Aku harap nanti kau dapatlah jumpa suami yang boleh tahan dengan perangai kau." Kata Aira sebelum beredar ke biliknya.
"Doakan!"
"Fuyoo, apa ni?" Rifqi yang keluar dari rumahnya menyampuk. "Fuyoo, fuyoo." Sengaja Rifqi buat demikian untuk menarik perhatian kedua gadis genit itu.
"Kita orang nak bersihkan kolam. Lepas tu isi air. Boleh berendam," balas Umairah sambil tersengih. Hujung tudungnya mengelap dahinya yang dibasahi peluh. Mereka mula selepas zohor tadi. Habis lencun baju dibuatnya. Sekarang waktu sudah pun masuk pukul 4.30 petang.
"Bolehlah aku join korang." Rifqi sengaja bergurau.
"Boleh, boleh. Kalau kau perempuanlah," balas Umairah diselangi tawa.
"Eh, jap. Before that, kau dah minta izin Encik Raid ke? Dah lah ni rumah dia." Aira yang sibuk membilas dinding kolam mencelah. Umairah dipandang dengan kening terangkat tinggi.
"Dah. Dia okey je. Dia kata buat je apa yang kita nak."
Rifqi yang sedang mencangkung di tepi kolam hanya mendengar. Mukanya masih dengan sengihan tadi. "Apasal tiba-tiba nak bersihkan kolam?" Dengan spontan dia masuk ke dalam kolam kering itu dan turut serta membersihkan dinding kolam yang sudah berlumut itu.
"Saja je. Nak bagi rumah ni nampak ceria sikit. Tak adalah nampak suram sangat." Kata Umairah. Aira hanya mengangguk setuju.
Rifqi hanya melopong dan mengangguk perlahan.
"Apasal korang biarkan kolam tu kosong? Tak ada nyamuk bertelur ke kat situ?" Umairah meneruskan perbualan.
Rifqi menggeleng kepala. "Kolam tu kering. Macam mana nyamuk nak bertelur? Lagipun semua malas."

ANDA SEDANG MEMBACA
Memoir
RomanceKisah tentang caretaker rumah dah majikan artisnya. Bahasa: Melayu Rating: T Tema: Umum, Percintaan, Hubungan, Kekeluargaan, Fiksyen,Perkahwinan, Kehidupan, Persahabatan Status: Lengkap (Self-publish)