"Awak kalau tak ikhlas nak tolong saya, tak perlulah kesini Qay." Fredella meletakkan fail hitam tebal ke atas meja secara kasar. Dia dan Qayyum berada di dalam bilik mesyuarat. Atau lebih terperinci disebut aras 7, khas bagi unit atasan bangunan RSE.
Qayyum mengurut pelipis dahi. Dia pandang sekilas jam tangan. Sedar yang dia lewat untuk kesini. Itupun kerana dia dapat panggilan dari abah di kampung. Beritahu tentang keadaan umminya yang kesihatan sedang tidak baik. Bila lah agaknya aku nak dapat balik Kelantan ni?
"Maaf, Cik Della." Qayyum bangun dari duduk serentak menundukkan sedikit wajahnya. Dia menunggu gadis itu duduk dahulu sebelum dia kembali menyusul.
"Tak apalah. Saya minta Warda yang tolong." Tanpa senyuman Fredella menutur ayat. Laju jari jemari runcingnya menilik setiap helaian kertas. Tanpa memandang wajah Qayyum.
Qayyum menghela nafas berat. Mengeluh panjang. Memang dia berjanji dengan Tuan Mudanya untuk bantu apa yang patut buat gadis ini tetapi apakan daya. Takkan dia nak bagi alasan lambat sebab abahnya telefon?
"Cik Della.." Qayyum menyapa lembut. Dia membuka zip beg galas untuk mengambil sesuatu.
Dan satu alat kecil bewarna hitam dikeluarkan. Wayar halus yang berserabut kembali dikemaskan sebelum Qayyum hulur ke arah gadis itu.
"Apa ni?" Fredella mula mengangkat wajah. Dia pandang alat itu kemudian beralih memandang Qayyum. Terangkat alis keningnya.
"Cik Della lupa? Cik Della email saya. Untuk sediakan fingerprint door lock. Sebab lepasni bilik peribadi Cik Della tu hanya Cik Della dan Uqa—" Terhenti seketika penjelasannya apabila sedar ada yang tidak lengkap.
"Hanya Cik Della dan Tengku Uqael yang boleh masuk." Cepat-cepat Qayyum betulkan. Renungan Fredella dibalas tenang. Tunjuk gelabah buat apa? Sedikit pun dia tak rasa bersalah.
"Ohh—" Ternaik sebelah bibir Fredella. Senyum senget yang taktahu zahirnya ikhlas atau tidak.
Alat itu diambil dan setiap incinya ditilik. Nasib suruhan yang satu ini dapat juga diselesaikan oleh Qayyum. Dia hampir malas hendak menyambung tugasnya disebabkan kelewatan jejaka itu tadi.
"Kalau katakan fingerprint kami berdua satu hari nanti tak boleh diguna pakai dah dengan benda ni, kena buat apa?" Soal Fredella sebelum kembali mendapatkan wajah beku Qayyum.
"Guna code." Balas lelaki itu serentak meraup rambutnya kebelakang. Dia perlahan menyandarkan tubuh.
"Tetap terbuka jugalah pintu jika saya gunakan code tu?" Nada suara Fredella jelas kedengaran hendak tahu.
"Boleh, Cik Della." Sedikit lega Qayyum apabila wajah yang tanpa senyuman tadi itu tampak jauh lebih baik.
"Apa code nya? Senang saya nanti takut ada apa-apa berlaku." Fredella seperti sudah bersedia hendak menerima jawapan Qayyum. Dia menyelesakan kedudukan.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
AcciónKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...