"Hey, buddy!" Fareez menerpa ke arah Qayyum yang kelihatan tergesa-gesa tiada hala tuju.
"Stay away from me Xaviell." Bagai tiada orang di hadapannya. Qayyum melajukan langkah, bebola mata hanya tertumpu ke arah pintu gerbang markas.
Terus hilang senyuman dari bibir Fareez. Dia ingatkan Qayyum berjalan laju-laju macam itu sebab nak jumpa dia. Manalah tahu, dah selesai meeting dengan Tuan Muda ke...
Kalau dilihatkan dari sini, baru Fareez perasan akan air muka Qayyum. Garang. Tegang! Apa yang terjadi dalam perbincangan mereka itu tadi agaknya ya?Ah tak boleh jadi! Aku kena tahu jugak. Fareez bermonolog di dalam hati.
"STOP HIM!" Semua orang yang sedang sibuk berkerja disitu terkejut dengan jeritan Fareez. Anak-anak buah lain yang sedang rancak berbual pun terus terdiam.
"Kau orang tengok apa?! Jangan bagi Qay keluar!" Tajam renungan Fareez melihat bodyguard yang sambil lewa menjaga pintu gerbang itu.
"Got him, bos!" Salah seorang dari mereka sempat menahan Qayyum.
Mendengar sahaja respon itu, terus Fareez berlari ke arah Qayyum. Takut jika sahabatnya berjaya meloloskan diri.
"Lepaslah, bodoh!" Akibat sekaligus dua orang yang memegangnya dengan kuat, Qayyum tidak boleh bergerak walaupun setapak.
Fareez langsung tidak beri peluang untuk Qayyum keluar dari kawasan markas. Beku wajah jejaka itu sebaik sahaja tiba di hadapan Qayyum.
"Stop yelling, Qay." Dia mahu menenangkan Qayyum dari memberontak. Susah kalau nak bercakap dengan orang yang tengah marah ni.
"AKU NAK KELUAR DARI SINI!" Makin kuat adalah Qayyum tengking. Berombak dadanya pada waktu itu. He had reached the limit where he could not control it.
"Kau apahal ni? Cuba sabar sikit. Yang nak blah cepat sangat ni kenapa?" Ikutkan hati Fareez, dia boleh aje tengking dua kali ganda kuat dari suara Qayyum. Tapi kalau dua-dua sama naik, memang sampai kesudah lah bergaduh.
"Aku takda apa-apa urusan dekat sini. Aku nak balik. No one need my service! Faham?" Masih kasar cara Qayyum menjawab. Tetapi jauh lebih tenang dari tadi.
Berkerut dahi Fareez. Dia terlebih fokus pada perkataan 'no one need my service' itu. Dah kenapa kawan aku ni? Mana mungkin Qayyum bergaduh dengan Tuan Muda atau Inspektor Rykarl. Dia sendiri pun tak berani cari pasal dengan dua orang tu!
Ke...... Qayyum gaduh dengan Cik Della? Oh man! Is the same problem happening again?
"Sekarang ni, kau lepaskan aku. I want to be alone, Reez!" Dia benar-benar merayu pada Fareez agar segera melepaskannya.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...