°∘∘39∘∘°

10.7K 943 26
                                    

"Kamu buat apa dekat luar? Siapa yang tengokkan Harizz main dekat pool?" Siasat Tengku Rossa sambil menjenguk pintu utama rumah agamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kamu buat apa dekat luar? Siapa yang tengokkan Harizz main dekat pool?" Siasat Tengku Rossa sambil menjenguk pintu utama rumah agamnya.

"Err... takda siapa yang tengokkan. Rizz memang main sorang-sorang tadi," Harizz menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Aik? Abang Fareez kamu mana?" Takkan takda siapa yang awasi Harizz di luar tadi? Tak silap dia, ada anak buah Khalaf yang lain ditugaskan untuk mengawal rumah agamnya.

"Fareez? Dia ada dekat sini, mama?" Terangkat sebelah kening Qayyum mendengar nama itu disebut. Sedangkan batang hidung lelaki itu pun tak muncul dari tadi.

"Rasanya la. Sebab semalam, Farrel yang suruh dia datang sini.." Beritahu Tengku Rossa seraya meneruskan langkah ke pintu utama.

"Tapi mama tak nampak si Fareez dari tadi. Qay tolong—" Tangannya bergerak membuka pintu itu namun wajah masih menghadap Qayyum.

"Morning Ros," Suara seseorang mencelah perbualan mereka sebaik sahaja pintu dibuka.

Tengku Rossa dan Qayyum sama-sama terdiam. Bebola mata Tengku Rossa tepat memandang sosok wanita yang berada di depannya. Dari atas, sehingga bawah dia perhatikan.

"Sofi?" Beberapa saat selepas itu barulah Tengku Rossa bersuara. Tangannya cekap memegang lengan Harizz.

"Oh, morning.." Sengaja senyum nipis diukir. Walaupun wanita itu bertindak membatalkan urusan perniagaan bersama Tengku Sofi, tapi dia masih menjaga hubungan baiknya.

Qayyum yang berada di samping ibu mertuanya hanya fokus memerhatikan 'tetamu' yang paling tidak digemarinya itu. Dia memang tak boleh berfikiran positif dengan Tengku Sofi. Lihat saja tadi, awal-awal lagi Harizz dah mengadu macam-macam.

"Lama tak jumpa you Ros. I think, I would like some time to chit chat with you. It's been a long time, right?" Bicara Tengku Sofi penuh mesra. Dia tahu dia sedang direnung tajam oleh Qayyum. Namun dia tak endahkan lelaki itu.

"Sure, Sofi. Tapi kenapa you datang mansion I? Are you urgent for something?" Bukan setakat terkejut mahupun hairan dengan kehadirannya. Bermacam-macam agenda yang bermain di kepala Tengku Rossa.

Rumah agamnya tidaklah seketat sekuriti di rumah agam anak-anaknya yang lain. Pengawal yang diarahkan untuk mengawasi keadaan rumah inipun tidak ramai. Sebab Tengku Rossa sendiri tak suka dia hidup seolah-olah bertahta sultan yang perlukan banyak peraturan dan protokol.

Tetapi apa yang membuatkan dia curiga sekarang, bagaimana Tengku Sofi boleh terpacak di hadapan pintu utama rumahnya tanpa dia tahu bila dan bagaimana wanita itu tiba di sini.

"No I'm not. Kebetulan I nak pergi jumpa client dekat area sini kejap lagi. Maaf ganggu you pagi-pagi," Sambil-sambil itu, Tengku Sofi terfokus pada budak kecil yang berdiri di sebelah rakan lamanya. Ahh, this boy again? Senyumannya bertukar sinis membalas renungan Harizz.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now