°∘∘26∘∘°

21.7K 1.7K 103
                                    

Langsung tidak berhenti jari-jari Fredella menaip. Dia sanggup skip breakfast dengan Qayyum semata-mata untuk menyiapkan kerja di RSE.

Rossa Elzahra's company.

Fokusnya sedikit terganggu tatkala iPhone secara tiba-tiba berdering. Kertas kerja yang berselerak dia alihkan ketepi. Tercari-cari akan iPhone yang tersorok disebalik timbunan kertas.

"Ya, Bang?" Terus Fredella letakkan iPhone tersebut ketepi telinganya.

Khalaf: "Tolong aku boleh?"

Terangkat alis kening Fredella. Sejak bila pula abang dia reti minta tolong ni? Siap minta izin pulatu.

"Tolong apa?"

Khalaf: "Ambilkan Harizz dekat sekolah dia. Bawa dia pergi makan dulu, lepastu baru hantar dekat rumah mama,"

"Kenapa pula ni? Fareez atau Aaren tak boleh ambilkan ke?" Mana pergi anak buah kesayangan yang lain? Bukan selalunya diaorang yang ambilkan Harizz ke? Secara jujurnya... dia bukan taknak tolong, cuma dek kerana kesuntukan masa dan sibuk aje.

Khalaf: "Diaorang busy. Tolonglah aku, Della. Aku urgent... nak bawa Aisy pergi baby checkup,"

Wait a minute.....! Baby checkup?!! Terbuka luas mulut Fredella, dan suara nyaringnya sudah bersedia nak jerit.

"WHAT?!" Kemungkinan besar telinga Khalaf pekak selepas adiknya melepaskan jeritan.

"Boleh! Boleh! Takpa Bang, pergilah. Biar Della ambil Harizz!" Terus dia matikan panggilan tersebut tanpa menunggu respon Khalaf.

Beg tangan dicapai bersama sunglasses. Segala kertas mahupun fail yang berselerak di atas meja kerja dia biarkan dalam keadaan yang sama tanpa dikemas. Wanita itu menyusun langkah keluar dari bilik peribadinya dengan senyuman lebar.

Pertambahan anak buah?! Kita lurve!

Pertambahan anak buah?! Kita lurve!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Okey... sekarang bagitahu Kak Dell, Rizz nak makan apa?" Lengan Harizz dipegang erat. Iris hazel Fredella berkeliaran memandang setiap sudut didalam mall itu.

"Rizz nak makan ayam goreng dengan nasi putih. Macam yang selalu Mama buat tu—" Harizz mendongakkan wajahnya, memandang Fredella yang tinggi menjulang dek kerana heels 3 inci yang dipakai.

Dah agak dah. Bawa lah pergi restoran mahal sekalipun, hanya ayam goreng dan nasi putih yang menjadi. 'comfort food' Muhamad Harizz.

"Anything for you," Rambut budak itu diusap lembut. Fredella membawa Harizz menuju ke food court.

━─━─━──༺༻──━─━─━

"Kak Dell tak makan? Tak lapar ke?" Bersama mulut yang dipenuhi makanan itu Harizz menyoal.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now