°∘∘49∘∘°

5.1K 556 21
                                    

Song title: Mercy by Shawn Mendes
━─━─━──༺༻──━─━─━

Song title: Mercy by Shawn Mendes━─━─━──༺༻──━─━─━

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Bagus. Tapi kau kena ingat tau, sekarang bukan setakat diri kau je perlu dijaga. Tapi tu..." Jari telunjuk Khaleef halakan ke arah perut Fredella.

"Anak kau pun." Sambungnya lagi. Jauh dari sudut hati, Khaleef pun tak sanggup nak hukum Fredella seteruk ini. Sebab dia tahu kandungan adiknya juga penting.

"Aku ada satu permintaan," Fredella tarik nafasnya dalam-dalam. Air matanya dikesat perlahan menggunakan lengan baju.

"Apa?"

"Selama aku takda, aku nak kau pantau keadaan abah dengan ummi aku dekat kampung. Aku tak kira, Kelantan tu jauh ke dekat." Mungkin Khaleef tidak percaya yang keselamatan abah dan umminya terancam disebabkan Uqael. Tapi Fredella takkan biarkan lelaki itu sambil lewa saja dengan permintaannya.

"Okey.." Ringkas jawapan Khaleef.

"Aku pergi dulu.." Dengan berat hati, Fredella menyusun langkah menjauhi abangnya.

Namun langkahnya semakin terasa berat apabila dia terpaksa berhadapan dengan Qayyum. Fredella tahu suaminya sentiasa memandang ke arahnya. Tetapi kesanggupan wanita itu untuk membalas tatapan Qayyum tiada lagi. Dia meneruskan perjalanan walaupun hati sedang menjerit mahu dimaafkan oleh Qayyum. 

"You left me and that destroyed me," Bicara Qayyum bila Fredella sudah selesai melepasinya.

Terhenti langkah Fredella mendengar ayat itu. Wajahnya ditunduk. Sekali lagi air matanya mengalir dengan laju.

Saya tak boleh patah balik, sayang. I deserve this. Bisik hati Fredella.

"I left you because I was destroying you.." Balasnya sambil meraup wajah yang basah. Fredella percaya, dengan cara ini mungkin dia akan dapat redakan keadaan. Lagipun kesalahan yang baru dia lakukan bukannya kecil, tapi besar...

Tidak lama kemudian, Fredella meneruskan langkahnya dan meninggalkan Qayyum.

Apabila Qayyum sedar isterinya sudahpun berlalu pergi, tangan kanannya automatik naik menekup mulut. Dia menahan sebak yang hebat ketika itu.

Lack of communication is hurt. It's hurt so much.

"Maafkan aku. Aku buat semua ni bersebab." Bahu Qayyum diusap oleh Khaleef. Dia tahu Qayyum tetap risaukan kandungan Fredella walaupun wanita itu telah menyakitinya.

"Lagipun selama ni dia dah belakangkan kau. Selalu melulu nak buat sesuatu tanpa izin. Her action affected all of us. It's not only you." Kalau Khaleef dah lama tahu yang Fredella suka bertindak dengan bodoh macam ni, dari awal lagi dia akan masuk campur.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now