Tangan Qayyum meraba-raba ruang tidur disebelah. Berkerut dahinya apabila susuk tubuh si isteri tiada. Dek kerana masih mengantuk dia kembali terbuai dengan lena.
"Wake up! Harini awak kerja." Fredella menampar lembut belakang badan Qayyum.
"Awal lagi, Awish ngantuk ni." Hanya itu respon Qayyum. Langsung dia tak endahkan isterinya.
"I need Qayyum. Bukan Awish, cepat bangun." Suara wanita itu berubah meninggi. Plaid blazer disarungkan ke tubuh sambil mengejut Qayyum.
"Ngantuk ni sayang.." Qayyum mengiring pula menghadap Fredella. Dia menayangkan wajah mengada.
Fredella melepaskan keluhan. Dia tak ingat ke harini hari apa? Idea nakal muncul dalam otak secara tiba-tiba. Fredella membongkokkan tubuh. Dia mendekatkan bibir ke telinga Qayyum.
"My dearest 719.. you look handsome enough even if you're still sleepy. Tapi, awak lagi nampak hensem kalau awak bangun dan terus mandi." Bisik Fredella dengan penuh nada menggoda. Bibirnya mengoyak senyuman nipis.
Melihat Qayyum yang masih lagi tiada tanda-tanda untuk bangun, Fredella hampir putus asa. Beberapa saat kemudian dia kembali hendak menegakkan tubuh.
"Argh!" Nyaring jeritan Fredella apabila Qayyum bertindak menariknya kuat. Tersembam ke atas dada jejaka itu.
"I've woken up from sleep Fredella. Thanks for the temptation." Nada suara Qayyum jelas kedengaran masih mengantuk. Kelopak mata dibuka perlahan sebelum tatapan mereka bertemu.
"Ma-mana ada saya goda awak!" Fredella mengeraskan badan. Dia masih belum dilepaskan. Qayyum telah mengunci pergerakannya.
"Wanginya.." Spontan komennya.
"Awak masuk RSE ke harini?" Soal Qayyum mendatar.
"Saya kerja separuh hari je. Cepat lah bangun, pergi siap." Fredella mengawal nafas sebaik mungkin.
Terbit senyuman di bibir Qayyum. Akhirnya dia lepaskan juga wanita itu. Sungguh berbeza penampilan Fredella ketika hendak bersiap ke kerja. Her outfit looks expensive.
"Cepat tau. Saya tunggu awak sementara saya nak pakai tudung." Pesan Fredella sebelum menerpa ke arah vanity table.
Qayyum mencecahkan kaki ke lantai sebelum terus bersiap mandi. Ketika dia hendak melangkah ke bilik persalinan, matanya sempat menangkap cara Fredella memakai shawl. Helaian shawl itu hanya diselempangkan ke atas bahu kanan dan kiri. Tudung tersebut tidak melepasi paras dada.
"Fredella—"
Terhenti seketika tangan yang sibuk membetulkan tudung. Renungan tajam suaminya dibalas seperti biasa. Qayyum mendekati Fredella bersama wajah yang beku.
"Kenapa Qay?" Soal Fredella terpinga-pinga. Apa yang pelik dengannya sekarang? Lain macam saja reaksi Qayyum.
"Awak... ubah cara pakai tudung yang lain boleh? Saya tak suka macamni. It doesn't suit you." Tangannya ringan menjatuhkan kembali helaian shawl Fredella.
"Wear it properly. Saya sayang isteri saya." Tanpa menunggu wanita itu memberi respon, Qayyum terus beredar lalu menuju ke bilik persalinan.
Fredella masih terpaku dan tidak bergerak walaupun sesaat. Tersentuh mendengar arahan suaminya yang terselit dengan teguran. Atau lebih kepada nasihat.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...