°∘∘17∘∘°

20K 1.6K 342
                                    

"Della?"

"Nak kemana tu? Awal lagi ni." Tuan Hafiz mendekati pintu rumah. Kelibat Fredella baru saja ingin melangkah keluar.

"S-Saya nak balik dah. Lagipun esok saya kerja." Automatik kepala gadis itu menoleh kebelakang. Beg baju dipegang kemas. Dia segan bermalam disini. Cukuplah sehari, tujuan utamanya sudahpun selesai.

Tuan Hafiz menghentikan langkah didepan Fredella.

"Si Qayyum dah tahu ke kamu nak balik ni?" Soalnya sekilas memandang beg baju Fredella. Patutlah, beg pun kecil. Mungkin memang nak bawa baju sikit hanya untuk semalaman.

"Awish tahu. Ni nak pergi hantarkan dia separuh jalan." Entah dari mana muncul Qayyum tercegat diluar rumah. Jejaka itu menghulur tangannya, memberi isyarat untuk ambil beg baju Fredella.

"Nah." Fredella hulur dengan senyuman nipis.

Selesai itu Qayyum terus menjauh meninggalkan mereka berdua.

"Makcik mana? Boleh Della jumpa dia sebelum nak balik?" Dari tadi kelibat Puan Salima tidak terlihat. Haruslah bersemuka dengannya dahulu sebelum pulang. Kalau tidak, tak sopan pula.

"Makcik pergi merewang dekat rumah jiran. Katanya ada kenduri. Takpalah, nanti Pakcik sampaikan dekat dia. Ya?" Balas Tuan Hafiz teringat akan keberadaan isterinya. Memang itulah yang akan dibuat setiap kali hujung minggu. Isterinya suka merayap kesana-kesini.

"Takpa ke? Kalau macamtu saya tunggu sampai—"

"Eh jangan.." Potong Tuan Hafiz laju.

"Lama tu, belum tentu magrib nanti Si Ima nak balik. Jangan risau. Nanti Pakcik sampaikan dekat dia." Dia cukup hafal dengan 'waktu balik' Puan Salima. Mana tidaknya, dah selalu sangat.

"Meh keluar." Tuan Hafiz memberi ruang untuk Fredella keluar.

"Terima kasih.." Fredella menyorok kekoknya dengan sengihan. Dia terus melangkah keluar apabila di-ajak.

Tuan Hafiz turut menyusul keluar. Dia ingin menumpang sama melihat gadis itu bertolak pulang.

"Cukup dah semua, Awish?" Soal Tuan Hafiz apabila Qayyum selesai memasukkan semua barang kedalam kereta Fredella.

"Cukup dah—" Qayyum menerpa ke arah abahnya.

"Abah, Awish nak minta izin boleh?" Dia balas renungan Fredella dengan isyarat mata.

"Apa dia?" Silih berganti Qayyum dan Fredella dipandang.

"Bila Awish balik sana nanti, Awish nak selesaikan beberapa perkara dengan Della. Maksud Awish, nak minta izin abah untuk bawa Della keluar beli apa yang patut." Nada suara Qayyum perlahan tapi masih jelas ditutur. Dia meminta izin kerana takut abahnya pandang serong.

"Kalau kamu berdua tak main-main, memang bersungguh nak halalkan hubungan..."

"..abah izinkan." Dari pandangan mata anak tunggalnya terhadap Fredella, segalanya sudah ditafsir oleh Tuan Hafiz.

"Tapi Awish kena ingat, keizinan dari orang tua Della juga perlu." Kalau sebelah pihak, tiada gunanya. Ahli keluarga Fredella pun dia masih belum tahu siapa. Apatah lagi orang tua gadis itu.

"Nanti saya bagitahu mama saya, yang Awish nak culik saya. Sebab dia tak reti jadi penyabar." Dalam ayat yang dilontarkan, ada benda yang diselit. Qayyum kalau boleh nak kahwin semudah abc. Sedangkan dia, masih belum beritahu apa-apa dengan Tengku Rossa.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now