DELLAUQAEL' S POV
"Cantik tak!" Fredella berjalan penuh ayu dihadapan Uqael. Dia mengenakan dress bewarna krim dengan potongan tangan yang sedikit kembang bermanik. Baju yang ditempah mengikut cita rasanya.
"Of course." Bibir Uqael mengukir senyuman nipis. Dia menyilang tangan, memeluk tubuh. Bebola matanya naik memandang gadis itu atas hingga bawah.
"Tak sabarnya besok—" Air muka Fredella penuh dengan teruja.
"Dell, sini.." Uqael menepuk ruang duduk disebelah yang masih kosong. Dia menghabiskan masanya untuk bersama Fredella hari ini.
Tanpa membantah, Fredella laju mendekati kerusi baldu yang diduduk oleh lelaki itu. Kerusi tersebut tersedia khas di dalam butik lokasi mereka sekarang.
"Kenapa tu?" Fredella membetulkan lebihan hujung bajunya yang meleret dibawah kaki sana.
"Saja. Nak tengok you yang cantik ni." Masih belum memudar senyuman nipis Uqael.
"Mama I mesti lagi tak sabar untuk hari esok." Tambahnya lagi sambil merenung anak mata hazel Fredella.
"InsyaAllah. Hopefully everything goes smoothly." Tenang gadis itu menjawab. Tak jemu rasanya dia menghadap wajah jejaka ini. Sungguh lengkap.
"Qael.." Suara Fredella berubah sedikit perlahan. Seperti ingin menyampaikan sesuatu yang tersirat di dalam hati.
"I harap you akan lebih kenal diri I, after our engagement day." Dia takut. Takut jika sikap tegasnya dapat menyakiti hati Uqael. Takut jika 'kasarnya' tak dapat diterima oleh Uqael juga.
"Don't you said that, cuma kita perlu tahu sesuatu. Yang ujian semasa tempoh pertunangan itu benar-benar berlaku pada orang lain." Ucap Uqael penuh maksud.
"No, Dell taknak benda buruk jadi—" Sekelip mata wajah tenang Fredella bertukar muram, seperti resah.
"Kita hadap sama-sama, dear." Cantas lelaki itu laju. Memujuk resah Fredella.
"Janji?" Terangkat kening halus Fredella.
"Keep this promise until we get married?" Dia benar-benar berharap Tengku Uqael adalah lelaki yang tepat. Yang jujur. Serta mampu untuk tabah hadapi segala masalah mahupun ujian ketika tempoh pertunangan nanti.
"I will, Fredella.."
Respon dari Uqael sebenarnya tidak mencapai tahap jangkaan, namun Fredella pasti akan 'semuanya' tentang jejaka itu. Janji tidak dibalas tetapi hanya menurut dengan kata-kata hati yang kian berbunga.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...