"Khalaf? Kau buat apa dekat sini?"
Sebab nak bunuh kau. Hehe, devil laugh. Bisik Khalaf di dalam hati. Dia kemudiannya menarik sebuah kerusi yang berhadapan dengan kedudukan Uqael.
"Saja," Ringkas jawapannya seraya menyelesakan duduk.
Uqael dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena pada Khalaf. Yelah, logik ke bapak orangni nak datang tempat-tempat macamni?
"Ingatkan nak bawa bini sekali.." Niat Uqael hanya mahu bergurau. Tetapi dia sengaja mahu melihat reaksi Khalaf.
"Kau? Tak kahwin lagi? Ingatkan jumpa perempuan yang lagi elok daripada adik aku," Memang silap lah kalau nak ajak Khalaf berlawan ayat siapa yang paling pedas. Dah tentu dia counter dua hari dua malam. Dapat Khalaf lihat senyum Uqael memudar.
"Oh... cakap pasal Dell,"
"Dia macam mana sekarang?" Kali ini Uqael bukan sengaja nak menyakitkan hati Khalaf. Tapi dia memang betul-betul nak tahu perkembangan Fredella.
"Well.. she got a very healthy relationship, and get a husband who sacrifices everything for her," Ujar Khalaf serentak mengukir senyum nipis. Dia ulas perkara yang benar, kan? Jadi kena lah nampak senang hati.
"Wow! That's good. Taknak kenalkan suami dia dekat aku ke?" Suara Uqael jelas dengan alunan mengejek.
Tidak lama selepas itu, terangkat sebelah kening Uqael apabila Khalaf menghamburkan ketawa. Kelakar ke soalan dia?
"Nanti kau kenal lah.. orang biasa-biasa je dia tu.." Bicara Khalaf sambil menghabiskan sisa-tawanya. Biasa sangat, hahah!
"Okay let's move from this nonsense topic.." Sambung Khalaf lagi dan menegakkan tubuhnya. Gelak macam orang gila karang nampak fake sangat. Aku ni bukan psiko macam si Firas. Kalau dia gelak boleh meremang bulu tengkuk.
"Takda JAIS ke JAWI yang kacau restoran kau malamni?"
Automatik wajah tenang Uqael hilang. Soalan itu benar-benar mengganggu konsentrasinya. Adakah itu niat sebenar Khalaf Farrel jejakkan kaki kesini? Mahu memberi amaran atau ingin memulakan sesuatu yang dia tidak tahu?
"Kau... macam tahu sesuatu, Khalaf—" Pandangan Uqael sekarang tepat ke anak mata hitam Khalaf. Dia sentiasa bersedia dengan tindakan jejaka itu.
"I'm just asking," Khalaf sengaja mendepankan lagi tubuhnya. Sekarang, barulah permainan akan menjadi lebih seronok.
"Tenang pula ya suasana restoran ni. Takda polis buat kacau lagi ke?" Biarlah Uqael nak fikir apa sekalipun. Nak tuduh semua itu rancangan dia? Lagi senang kerjanya.
"Well.. you ask a good question. Malam ni binatang-binatang tu tak berani masuk tempat aku. And let me tell you something,"
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...