Song Title: Dynasty
━─━─━──༺༻──━─━─━"Sudah-sudahlah nak jadi hero, Qayyum. Kau takkan dapat bayar kerugian business yang aku tanggung. Semua tu punca dari Fredella! Patutnya dari dulu aku dah bunuh dia!" Uqael merenung kosong Qayyum yang sudah lemah itu.
"Sedih aku tengok kau ni. Betul kau nak tahu apa yang aku buat dekat isteri kau tu?" Pipi Qayyum ditolak agar sentiasa menghadapnya.
"Aku upah orang untuk bunuh dia. Mayat dia? Takkanlah aku nak simpan dekat sini..."
"Mestilah aku campak bagi binatang yang makan." Sengaja Uqael mereka cerita palsunya sendiri. Dia tahu Qayyum tetap berkeras mahu Fredella bebas dari genggamannya.
Mulut Qayyum terkunci. Hatinya menolak kenyataan itu namun sedikit sebanyak dia sudah termakan dengan kata-kata Uqael.
"Ailen!" Jarinya dipetik sewaktu menyeru nama itu.
Ailen melangkah masuk melalui pintu gudang bersama dua tong besar di tangannya. Dia bersedia mahu menunggu arahan Uqael yang seterusnya.
"Tuang." Keadaan Qayyum yang lemah itu diperiksa sekilas.
Ailen terus menuang kesemua minyak yang ada di dalam tong tersebut. Dicurahkan ke sekeliling kawasan yang Qayyum duduk.
"Kau manusia paling tak guna Uqael!"
Tempik Qayyum kuat seolah memberontak. Uqael terus nyalakan pemetik api sebelum dihala pada curahan minyak yang dituang tadi.
Maka, nyalaan api yang besar terus mengelilingi kedudukan Qayyum. Sekelilingnya dipagar dengan api sahaja ketika itu.
Mata Qayyum yang berpinar sejak tadi semakin terbatas penglihatannya. Namun, dia sedar dia sudahpun dikelilingi dengan api. Terus bahang dan panas seluruh tubuhnya.
"Kau nak sehidup semati dengan perempuan malang tu juga kan? Ini tempatnya!" Uqael sambut kayu panjang yang dicampak oleh Ailen.
Bush!
Pukulan kayu itu menghinggap tepat di wajah Qayyum. Saat lelaki itu tersungkur ke lantai, Uqael dengan segera keluar dari lingkaran api tersebut.
━─━─━──༺༻──━─━─━
"RYKARL! Answer me!" Dalam keadaan kaki yang terluka parah, Fredella tempuh juga semak-samun hutan itu demi menuju ke gudang-gudang tersebut.
Dia buat pilihan yang betul untuk ke sini! Kereta Qayyum terletak tidak jauh daripada kawasan semak, begitu juga dengan truck UTK.
"Siapa yang sedang bercakap?" Bicara seseorang di dalam panggilan walkie-talkie yang dijumpai dalam kereta suaminya.
"Partner to Qayyum, 719."
"We hear you. Rykarl is on emergency due to cancelling the bome timer."
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...