"Warda, am.. ambilkan fail tu..." Sedikit saja pergerakan boleh membuatkan tubuhnya diserang kesakitan. Fredella terbaring dalam keadaan pehanya yang berbalut.
"Page 12." Tuturnya lemah. Kelopak mata hampir rapat terkatup.
"Then? What I need to do?" Soal Warda dan mula membaca satu-persatu maklumat di muka surat itu.
"Cari alamat yang bertulisan merah. Ha..hantar alamat tu pada Rykarl..."
"Jangan buang masa. Hantar sekarang.." Desak Fredella apabila Warda mengambil masa yang lama menilik fail tersebut.
Dia takut dia takda masa yang cukup untuk selesaikan benda yang tertangguh. Alamat itu perlu sampai jua pada Rykarl.
Lantas Warda menarik laptop di atas meja agar lebih dekat dengan kedudukannya. Jari-jarinya mula menekan papan kekunci laptop. Menaip dengan fokus setiap alamat yang tertera di muka surat itu.
━─━─━──༺༻──━─━─━
"Cuci tangan tu, Qayyum." Tegur Rykarl, tidak selesa bila tengok tangan Qayyum yang masih berbekas kesan darah.
"Kenapa Uqael tak bunuh aku je? Kenapa dia kena bunuh isteri aku.."
Terkejut Rykarl mendengar ayat itu. Mungkin kerana fikiran Qayyum yang kusut, lelaki itu dihanyut dengan pelbagai suara-suara yang negatif.
"Aku nak jawab apa dengan Allah, kalau aku gagal lindungi keluarga aku sendiri? Isteri aku, anak aku, abah dan ummi aku.." Langsung Qayyum tidak mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tangannya yang kotor itu saja direnung.
Berat ujian aku, Ya Allah...
Sekali lagi Rykarl terdiam. Tiada jawapan dari lelaki itu. Sebak juga. Kalau dia letakkan dirinya di tempat Qayyum, dia sendiri tidak sanggup kehilangan sekaligus orang-orang yang disayangi.
Ting!
Mendengar notifikasi itu, Rykarl mengecek apa-apa mesej yang masuk di telefon. Dia ingatkan ada info baharu daripada unit polis, tapi sebaliknya e-mail yang masuk. Dia tergerak hati untuk membuka e-mail itu memandangkan penghantarnya ialah 'unknown'.
Alamat yang tertulis dibaca dalam hati. Semakin kecil matanya maka semakin fokus lelaki itu cuba memahami apa yang tersirat di sebalik alamat tersebut.
Rykarl kembali memandang Qayyum. Dia rasa dia tahu kenapa e-mail itu dihantarkan kepadanya.
"Qay," Telefon bimbitnya dihulur pada Qayyum. Menyuruh lelaki itu untuk baca.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...