❗️Bab ini mengandungi aksi-aksi yang menggunakan kekerasan, dan adegan yang melibatkan senjata.❗️
"Aku tahu kenapa kau ada dekat sini sekarang." Semakin dekat langkahnya mendekati Ailen, maka belatinya sudahpun dipegang dengan kemas.
"Jantan bodoh tu suruh kau bunuh aku, kan?" Fredella mengukir senyuman nipis.
"Tak rugi pun kalau aku bunuh kau. Lagipun disebabkan kau lah Li' Moscow hancur." Bidas Ailen. Dia hairan kenapa Fredella semakin dekat dengannya sedangkan ditangannya ada senjata sekarang. Memang jual nyawa ke?
"Kenapa? Kau hilang job ke kalau Li' Moscow hancur?"
Dengar sahaja wanita itu provoke, Ailen terus halakan mata pisaunya ke perut Fredella.
Fredella dengan cekap menangkap tangan Ailen yang memegang pisau itu. Dia genggam pergelangan tangan Ailen lalu disentak kuat sehingga gadis itu rapat ke tubuhnya. Fredella bertindak berdiri di belakang Ailen, dengan pantas dia mengunci pergerakannya.
"Macam ni ke assassin?" Bibirnya dirapatkan di tepi telinga Ailen. Sementara itu, tangan Ailen yang digenggam tadi dibawa rapat ke wajah gadis itu. Giliran dia pula menghalakan pisau tersebut kepada Ailen.
"Kalau haritu, memang aku kalah dengan kau. Tapi bukan malam ni... Fredella," Lagak Ailen walaupun pisau itu hanya jarak seinci saja dari wajahnya. Disebabkan pergerakan terbatas, Ailen menggunakan kakinya menendang Fredella di belakang.
"Urgh!" Fredella hilang kestabilannya pada waktu itu dan menyebabkan Ailen terlepas dari pegangannya.
Belum sempat dia mahu membetulkan posisi, Ailen dengan pantas mencekik lehernya. Gadis itu sanggup melepaskan pisaunya ke tanah. Dia gunakan kudrat sekuat yang mungkin untuk mencekik leher Fredella.
Puas Ailen tengok Fredella semakin sukar untuk bernafas. Namun gadis itu tidak sedar yang belati Fredella sudah menghinggap di belakang badannya.
"Tak payah lah control nafas. Mampus je terus."
"Argh!" Terus terlepas tangannya dari mencekik Fredella tadi. Ailen pegang belakang tengkuknya yang pedih. Terkejut dia bila lihat tangan ada kesan darah.
"Bodohnya. Nak bunuh aku dengan cekik buat apa? You wasted your knife." Fredella telan air liurnya dan mengatur nafas semula. Boleh tahan kuat juga lehernya dicekik.
Ailen mahu mengambil semula pisaunya, namun dia ditolak dengan kuat sehingga terdampar ke tanah.
"Sial!" Telapak tangannya dipijak oleh Fredella. Padahal jaraknya sudah hampir dengan pisau itu!
"Sakit?" Fredella turun bercangkung di tepi Ailen. Muncung belatinya digoreskan pada wajah gadis itu.
"Aku kalau boleh, taknak kotorkan tangan aku dekat tempat macam ni.." Kalau ikutkan hati memang dia berpeluang besar untuk bunuh Ailen sekarang. Tapi... tempat ini istimewa baginya.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...