"Lepastu, aku bawa dia pergi hospital dan suruh Irene rawat apa yang patut—"
"Lagi?" Wajah ditoleh sekilas menghadap Fareez di sebelah. Kemudian, Qayyum kembali memandang jalan raya.
"Then, Irene cakap yang dia tak boleh berjalan dengan normal dalam masa terdekat," Takut-takut Fareez membalas renungan tajam Qayyum. Kau nak drive tu fokus boleh tak Qay! Sumpah, dia rasa seperti disoal siasat oleh polis.
"Lagi Reez?" Masih soalan yang sama dilontarkan. Wajah Qayyum tetap serius menunggu sahabatnya cerita satu-persatu.
"Sikit-sikit dah lah! Aku bukannya langgar peraturan The Locos," Rimas bila Qayyum seolah memerlinya. Dia memang salah sebab sembunyikan sesuatu dari semua orang. Tapi dia ada rancangannya sendiri. Cuma... tak sangka pula jantan ni dah tahu dulu!
Terlepas senyuman nipis di bibir Qayyum. Pandai cuak jugak rupanya cina bukit ini. Tangan kiri melepaskan stering kereta. Rahang pipinya diusap menggunakan tangan itu. Dia mahu menyimpan senyuman dari dilihat oleh Fareez.
"Kau memang tak langgar peraturan The Locos. Tapi kau tetap salah, sebab Tuan Muda tak tahu tentang ni," Terang Qayyum supaya mudah untuk Fareez faham. Yelah! Bukan apa, Fareez kan hampir setiap masa berkerja dengan abang iparnya. Tak ke dapat menimbulkan kecurigaan bila Fareez kerap menghilang secara tiba-tiba, dan tidak tahu hala tujunya di mana?
"Kau gila? Aku bukan reti nak explain, lagi-lagi explanation tu melibatkan perempuan," Fareez pandang Qayyum dengan rasa serba salah. Ya itu memang fakta tentang dirinya. Dia lemah bab-bab menyusun ayat. Lagi pulak Qayyum suruh dia jujur depan big boss.
"Habis tu, sampai bila kau nak simpan perempuan tu Fareez? Dari mana dia datang pun kau tak tahu," Qayyum faham bagaimana perasaan Fareez sekarang. Dia pun takda lah kejam sangat nak takutkan lelaki itu. Mungkin ada sebab mengapa Fareez terpaksa sembunyikan perkara ini dari semua orang.
"Your question will be answered once we enter her ward, buddy." Jawab Fareez lalu memusing tubuhnya menghadap tingkap sisi kereta.
Qayyum terus diam, dia dapat rasakan Fareez memerlukan ruang untuk merehatkan otak. Takpa, rehat dulu kawan. Dah sampai hospital nanti kita sambung sesi soal jawab ya!
━─━─━──༺༻──━─━─━
Kemana Fareez melangkah Qayyum ikut sahaja. Satu-persatu pintu wad pesakit sudah dilepasi. Fareez menghentikan langkah sebaik sahaja tiba di hadapan sebuah pintu wad yang tertera dengan nama seseorang di permukaannya.
Qayyum baca nama itu dalam hati. Hayfa? Macam pernah dengar nama ni. Tapi dimana ya?
Apabila pintu dibuka oleh Fareez, Qayyum turut masuk ke dalam. Kedua-dua jejaka itu langsung tidak mengeluarkan sebarang suara. Takut jika kehadiran mereka menganggu.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
AkcjaKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...