°∘∘12∘∘°

16.5K 1.5K 284
                                    

Song title: Ku Kira Kau Rumah
━─━─━──༺༻──━─━─━

Dahi berkerut apabila tidur diganggu akibat cahaya yang terpancar di langsir bilik. Fredella mengurut pelipis dahinya beberapa saat. Apabila sudah puas melayan kantuk, dia mula membuka kelopak mata.

"Mama.." Anak matanya melilau ke setiap sudut.

"Mama?! Ma-mana mama?" Fredella bangun dari baringan. Dia menyandarkan tubuh ke kepala katil. Badannya menggeletar kuat. Kedua-dua lutut naik melekap ke dada. Gadis itu memeluk lututnya erat.

"Mama!" Kejadian semalam kembali menghantui ingatan. Dia memanggil Tengku Rossa sekuat hati. Matanya turut berkaca.

"Khalisa?—" Terpinga-pinga Tengku Rossa berlari anak masuk kedalam bilik Fredella. Nyaringnya suara gadis itu sehingga terdengar di tingkat utama.

Tengku Rossa menerpa ke arah katil anak bongsunya. Dia naik ke atas katil itu lalu mengengsot hingga merapat ke Fredella.

"Della sayang.." Belakang tubuh Fredella diusap lembut.

Tersentak wanita itu apabila Fredella bertindak memeluk tubuhnya. Terlalu kuat bagai langsung tidak mahu melepaskannya. Tengku Rossa hanya akur, membalas pelukan gadis itu.

"Della takut. Della taknak jumpa sesiapa.." Air mata Fredella mula deras keluar. Dia membenamkan wajah di leher mamanya.

Siapa sangka gadis berpersonaliti tegas sepertinya menjadi lemah sehingga begini disebabkan kejadian terkutuk itu. Traumatised.

"Mama ada. Allah ada. Jangan macam ni sayang.." Tengku Rossa cuba meleraikan pelukan sehingga berjaya. Dia mendapatkan wajah Fredella. Kedua-dua pipi gadis itu ditekap bersama tangannya.

"You're safe now. Don't cry too much. Kejap lagi Della kena makan ubat. Sebab Della demam." Dia menggunakan kedua-dua tangan mengesat air mata Fredella. Sayu hati wanita itu melihat wajah anak bongsunya pucat. Tubir mata sentiasa bertakung dengan cecair permata. Kerap menggigil.

"Della taknak." Tangisan Fredella semakin reda. Kepala digeleng beberapa kali. Dia merenung lembut kedalam anak mata Tengku Rossa.

"Makan. Kalau tak makan ubat, macam mana kau nak sihat?"

Suara Khaleef membuatkan mereka serentak menoleh ke arah pintu bilik. Jejaka itu berdiri tegak bersama T-shirt yang berbekas percikan darah.

"Firas? Dari mana ni?" Tengku Rossa tidak lepas memerhati baju anak lelakinya itu. Ini pasti baru selesai melepaskan 'marah' kepada seseorang. Tahu-tahu sajalah perangai Khaleef Firas. Langsung tidak menurun sikap barannnya.

"Markas." Ringkas dia menjawab serentak melangkah masuk kedalam. Khaleef mendekati katil.

"Boleh Firas cakap berdua sekejap dengan Della, mama?" Khaleef meminta izin secara mendatar.

Tengku Rossa mengalihkan pandangan ke Fredella. Dia memastikan sama ada gadis itu dalam keadaan tenang atau tidak. Barulah boleh meninggalkan mereka berdua.

"Mama turun dulu ya? Mama masakkan Della aglio olio. Lepastu makan ubat." Rambut Fredella yang berserabai dia selitkan dibelakang telinga. Selesai itu Tengku Rossa turun dari katil.

Fredella akur. Bahunya masih terhincut akibat tangisan yang masih berbaki. Sehingga selesai mamanya keluar dari bilik dia perhatikan.

Apabila Tengku Rossa hilang dari pandangan mata, Khaleef melabuhkan punggung di birai katil adiknya. Tubuhnya menghadap kedudukan Fredella.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now