°∘∘25∘∘°

21.3K 1.7K 215
                                    

Butang atas, kemeja putih Qayyum dipasang oleh Fredella. Lama jejaka itu mencuci mata. Menatap isterinya yang sedang fokus menjalankan tanggungjawab.

"Awak balik lambat harini?" Soal Fredella seraya mengetatkan kemeja putih itu agar lebih kemas melekap di tubuh tegap Qayyum.

"Maybe. Sebab Tuan Rykarl nak berjumpa dengan saya." Shawl satin Fredella turut menjadi sasaran Qayyum. Dia menyangkut lebihan shawl tersebut ke atas bahu wanita itu.

"Saya.. ada shooting practice dekat markas. Nak bawa kereta sendiri boleh?" Wajah didongak. Membalas tatapan sang suami.

"Tak boleh," Sepantas kilat Qayyum membantah. Baru aje mak mertua pesan itu ini, takkan kita taknak dengar cakap pula kan?

"Alaaaa......" Panjang keluhan Fredella. Bibir dimuncungkan sedikit. Blazer hitam yang berada di atas birai katil dicapai.

Qayyum menyepi. Dia menunggu sehingga selesai Fredella menyarungkan blazer hitam itu ke tubuhnya. Nampak macam merajuk, tapi masih setia melayan encik suami.

"Nak mengadu dekat ummi lah macamni—" Tajam jelingan yang dihadiahkan buat Qayyum.

Terus Fredella labuhkan punggung ke atas birai katil setelah tugasnya selesai. Masam mencuka raut wajahnya.

"Nak mengadu dekat mama lah macamni—" Qayyum menyusul duduk disebelah isterinya.

"Please, no!" Kepala digeleng laju. Sebelah kaki dinaikkan ke atas. Posisi duduk menghadap Qayyum.

"Don't worry. Harini, awak jadi girl bodyguard saya sepanjang masa."

Terangkat alis kening Fredella mendengar ayat itu. Bodyguard? Sepanjang masa untuk harini?

Tak faham dan blur.

"Bodyguard for?" Jelas tertanya-tanya nada suaranya.

"Macamni. Nanti saya bagitahu Fareez, suruh Warda tukar jadual shooting practice awak."

"Saya dan awak dipanggil untuk ke IPP Bukit Aman. Oh I mean... Tuan Rykarl yang minta kita untuk kesana,"

"Wait, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman? Untuk apa tu?" Bukan calang-calang tempat yang menjadi destinasi Qayyum. Terbuka sedikit mulut wanita itu cuba memahami maksud suaminya.

Qayyum tersenyum nipis. Dia merapatkan bibirnya di kawasan telinga Fredella. Posisi wajahnya seperti hendak berbisik. "Have you ever heard that real villains work with villain destroyers?"

Fredella mentafsir ayat yang dibisik oleh suaminya tadi. Penggodam seperti mereka yang digelar 'penyangak' ini bekerjesama dengan polis....??

"Ma.. maksud awak, kita dipanggil untuk kesana..."

"Ya, sayang. There's a problem we need to solve. A big big big problem." Iris hazel Fredella ditatap lama.

"Is it about Uqael?" Nampak bersungguh betul Qayyum menyebut big problem. Tak lain tak bukan dan tentulah isu Uqael. Lebih-lebih lagi melibatkan polis.

Qayyum beri respon melalui anggukkan kepala. Deen Rykarl selaku anggota polis sendiri yang memerlukan 'perkhidmatan penggodam' seperti mereka.

"Teman saya okey?" Lembut permintaan itu dilontarkan.

Fredella diam beberapa saat sebelum senyumannya terukir. Gila taknak teman?!

"Boleh! Tapi saya drive," Lama kelamaan senyuman Fredella bertukar sengih. Macam kerang busuk pun ada.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now