Song title: Can I be him by James Arthur
━─━─━──༺༻──━─━─━Lipstick bewarna nude pink kegemarannya disapu rata pada ulas bibir. Fredella sempat mengukir senyuman, dan tepaparlah wajahnya yang sudah berseri dihadapan cermin solek.
"Della—"
Fredella berpaling ke arah pintu bilik. Senyuman dia semakin lebar tatkala melihat Aisy yang menyapa.
"Ya Kak Aisy?" Balas Fredella tenang.
"Jum turun. Aunty Sofi dah selesai berbual dengan mama. Della dah bersedia?" Aisy turut membalas senyuman gadis itu. Sejuk mata memandang adik iparnya seorang ini. Walaupun hari pertunangan ini berlangsung secara kecil-kecilan, tetapi baju yang dikenakan oleh Fredella sungguh menarik perhatian!
"Oh ya? Kalau macam tu, Della dah ready." Fredella membetulkan lipatan tudung shawl nya agar tampak lebih kemas. Serentak itu dia terus bangun mendekati Aisy.
Mata masing-masing tidak lepas memandang Khalisa Fredella. Gadis itu menuruni anak tangga dengan penuh berhati-hati memandangkan dress yang dipakainya agak labuh. Aisy turut mengekori gadis itu dari belakang.
"Della—"
"Duduk sini." Tengku Rossa menepuk ruang duduk disebelahnya yang masih tidak berpenghuni. Dimana ruang kosong itu berada ditengah antara kedudukan Tengku Rossa dan Puan Sofi.
"Cantik. No words anymore.." Sehingga selesai Fredella melabuhkan punggung Puan Sofi perhatikannya.
Sementara itu, Aisy juga telah selesai duduk disebelah Khalaf. Mereka sudah bersedia untuk sesi seterusnya yang dinanti-nantikan.
"Izinkan saya, Rossa." Mata Puan Sofi seperti memberi isyarat yang dia mahu keizinan.
"Boleh Fii." Tengku Rossa membalas senyuman wanita itu. Dia sengaja mengusap bahu Fredella bertujuan untuk menenangkannya.
Sebuah kotak kecil merah, fabriknya baldu telahpun keluar dari genggaman tangan Puan Sofi. Fredella tahu isi dalamnya apa. Kerana itu degupan jantungnya agak laju.
Tangan kanan Fredella yang berada di atas riba tadi Puan Sofi pegang serentak dibawa mendekat dengannya. Gadis itu hanya menurut.
Puan Sofi mengeluarkan sebentuk cincin berhiaskan batu mutiara dari kotak merah tersebut. Dengan lafaz bismillah penuh harapan, cincin itu terus disarungkan di jari manis Fredella.
"Terima kasih banyak, aunty. Dell hargai semua ni. Aunty Sofi doakan yang baik-baik ya untuk Dell dengan Uqael." Tanpa gugup dan penuh lembut Fredella menyuarakan kata-kata. Dia pandang wajah Puan Sofi dan mamanya silih berganti. Lega.
"Salam tangan aunty, Della.." Tengku Rossa berbisik perlahan ditelinga anak perempuannya.
Mendengar suruhan itu, Fredella terus menyalam tangan Puan Sofi. Tubuh wanita itu turut dipeluk erat tanda bersyukur kerana sudah selesai menyarungkan cincin ikatan pertama ini.
"Tempoh kamu berdua bertunang ni tiga minggu aje ya Della. Mama Della pun dah setuju." Terlerai saja pelukan, Puan Sofi tersenyum lebar memandang Tengku Rossa.
"Pandai-pandai lah masing-masing jaga hubungan ni ya. Usaha tu biarlah kedua-duanya sekali merasa. Kalau sorang je yang berpegang pada usaha, lambat hari makan hati." Ucap Tengku Rossa jelas didengari oleh semua orang yang berada di ruang tamu itu. Dia cuma beri nasihat, kerana dia tak mahu anak perempuannya seorang ini dianiaya lagi.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...