Terhincut-hincut kakinya menyusun langkah. Fredella paksa dirinya untuk berjalan dengan sempurna. Asyik terbaring je bila nak sihat kan? Sekarang dia menuju ke bilik kerja Qayyum yang agak tersorok dek kerana melangkaui bilik-bilik lain.
Qayyum pun katanya selesa buat kerja dalam bilik yang terpencil macam itu. Jauh sikit, tapi takpa. Fredella gagah juga untuk sampai ke bilik tersebut.
TOK TOKK
Pintu diketuk sebanyak dua kali. Takut jika Qayyum tak selesa dia terjah tiba-tiba. Kemudian, barulah Fredella memutar tombol pintu itu.
"Sayang.." Panggil Fredella lembut sebaik sahaja dia berjaya membuka pintu. Pandangan dihiasi dengan susuk tubuh Qayyum yang sedang duduk membelakanginya.
"Ya?" Qayyum tidak terkejut dengan kehadiran isterinya. Tetapi dia hairan bagaimana wanita itu sanggup berjalanan tanpa bantuannya. Kerusinya dipusing kebelakang.
"Perlukan apa-apa ke, isteri? Lapar?" Terjungkit sebelah kening Qayyum. Dia bangun lalu mendapatkan Fredella. Jejaka itu bertindak memapah isterinya untuk dibawa ke kerusi yang dia duduk tadi.
"Ermm.." Panjang deheman Fredella sebelum menghabiskan jawapannya. Dia menyepi sehingga Qayyum selesai membantunya duduk.
"Haah, saya lapar. Tapi..." Wajah manja ditayang. Renungan Qayyum dibalas tenang.
"Tapi?" Jaranglah Fredella cakap tak habis. Apa lah agaknya yang isteri dia nak ni? Qayyum menaikkan kedua-dua tangan lalu dia peluk tubuhnya sendiri.
"Saya nak ajak awak makan dekat luar. Saya dah lama tak makan masakan Itali. Saya rindu sangat nak makan semua tu," Jika dulu, Tengku Rossa lah yang akan melepaskan semua kempunan Fredella untuk makan masakan Itali. Kalau sekarang, takkanlah dia nak susahkan suaminya untuk cari resepi semata-mata?
"Larat ke sayang nak keluar ni?" Hari ini, memang banyak sangat Qayyum nampak pemulihan Fredella. Lukanya pun semakin kering. Tapi dia tak mahu isterinya menanggung sakit disebabkan jalan terlalu banyak.
"Saya larat. Tak tipu! Alaaa, kalau saya jatuh mesti suami saya tolong angkat.." Fredella sengih macam kerang busuk. Eh tapi betul apa?!
Qayyum sengaja paparkan wajah serius. Reaksi bekunya ditayang. Lama isterinya direnung sementara otaknya berfikir sama ada nak setuju atau tidak.
Aih, suami aku ni tak tergoda ke dengan muka manja ni? Makin garang pula dia. Fredella mula gelisah.
"You know your husband very well," Akhirnya terlakar senyum nipis di bibir Qayyum. Lesung pipitnya menambah manis pada senyuman itu. Kalau dibiar lama Fredella buat muka macam ni, boleh angau tak tidur malam dia.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...