°∘∘4∘∘°

18.4K 1.3K 122
                                    

Fareez merenung Qayyum yang seakan melayang fikirannya entah memikirkan apa. GLOCK 19 dikeluarkan sebelum jaket hitamnya dicampak ke atas sofa.

Qayyum hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju, malah termenung menghadap langit yang sudah gelap. Tangannya pula menongkat wajah di atas meja tersedia ada di ruang balkoni tingkat dua.

Ini kalau ada mana-mana perempuan lalu menggunakan jalan raya dibawah sana, tak ke tergugat apabila nampak mamat ni menayangkan tubuh kekarnya? Dahlah rumah mereka ini kiri kanan ada jiran. Rumah teres.

Fareez sempat mencerna skrin laptop Qayyum yang memaparkan satu gambar seorang jejaka. Namun dia hanya berfikiran positif kerana dia tahu akan kerja sahabatnya.

Dah tiba masanya dia sedarkan lamunan yang semakin menjadi pada Qayyum.

"Mr Darwish—" GLOCK 19 yang dari tadi dipegang, Fareez letakkan pada bahagian tepi kepala Qayyum. Secara kasar dengan sengaja.

"NO I'M NOT!" Terkejut besar Fareez apabila Qayyum bertindak bangun dari duduk menyentak tangannya yang memegang GLOCK 19 tadi.

"Patah lah lengan aku Qay! Lepas—"

Renungan tajam Qayyum yang menikam anak mata Fareez hilang begitu sahaja. Dia mencengkam lengan Fareez dengan begitu kuat sehingga membuatkan dahi lelaki itu berkerut.

"Main-main lagi dengan aku." Qayyum mendengus kasar. Ternaik hujung bibirnya mengukir senyuman. Lega apabila gerangan yang menyapanya tadi ialah cina bukit. Suka dia melihat wajah Fareez berkerut menahan cengkaman kuat tadi.

Pukul 2 pagi, gila tak terkejut orang buat macam tu? Dahlah tempatnya di balkoni, terkadang tidak sedar ada yang memerhati.

"Simpan benda tu. Karang orang nampak tak ke dia label kita penyangak." Bibirnya dimuncung serentak dihala ke arah GLOCK 19 tersebut. Kerusi kembali ditarik sebelum Qayyum melabuhkan punggung.

Fareez sengih. Dengan akur dia masukkan GLOCK 19 miliknya itu kedalam poket seluar. Kerusi yang ada berhadapan dengan kedudukan Qayyum turut menjadi perhatiannya. Fareez duduk merehatkan tubuh yang kepenatan.

"Gambar siapa tu? Mission baru?" Fareez menyoal setelah dia ternampak gambar jejaka di dalam skrin laptop Qayyum tadi. Namun pandangannya fokus melihat suasana di langit.

"Lebih kurang." Qayyum pada awalnya terkejut mendengar soalan itu namun dia hanya memaparkan riak wajah yang biasa.

Mendengar soalan itu juga, Qayyum kembali menarik laptopnya mendekat. Wajah seorang jejaka yang sejak akhir-akhir ini menarik perhatiannya. Kadangnya seperti bercakap melalui pandangan mata untuk bersaing. Tetapi dia sendiri tak tahu sekarang persaingan apa yang perlu dia menangkan.

"Did you argue with someone yesterday?" Fareez memandang wajah Qayyum sekilas.

Dah agak dah. Mesti si bukit cina ni tahu. Apa nak hairan? Terpaling rapat dengan 'Tuan-Tuan Besar' lah katakan.

"Kau rasa?" Qayyum menyandarkan tubuh. Membalas pandangan Fareez.

Selamba betul Qayyum ni, kutuk Fareez didalam hati.

"Cik Della tu tegas. Kau pun tahukan, dia tak sukakan—"

"Habis kalau aku terdatang lambat sebab accident, kena minta maaf cium kaki dia jugalah?" Belum sempat jejaka itu menghabiskan ayat, terlebih dahulu dia membidas laju.

"Bukan maksud aku macam tu." Terangkat kening nipis Fareez mendengar respon Qayyum. Tak habis marah lagi ke?

"Lagi satu, kenapa aku nampak kau lain macam je dua tiga hari ni?" Tambah Fareez menyoal. Dia benar-benar merasakan ada yang tidak kena dengan sahabatnya itu.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now