Cahaya terang yang menembusi langsir putih bilik mengganggu tidur Qayyum. Pelipisnya diurut beberapa saat. Berdesup pula kepalanya pening. Sebelah tangan lagi sibuk meraba bantal Fredella. Bila tangannya langsung tidak menyentuh apa-apa, lagi bertambah berkerut dahi Qayyum. Hilang mana pulak dah kesayangan ni?
"Es tut mir leid, bruder," (I'm sorry, brother)
Automatik pandangan dihalakan ke arah punca suara itu. Fredella kelihatan resah semacam. Wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik bersama iPhone yang masih melekap di telinga.
Apa yang membuatkan Qayyum lagi pening ialah... bahasa asing yang diguna oleh Fredella semasa bercakap. Dia ini lelaki biasa. Melayu asli tanpa kacukan. Itulah kelemahan dia sejak melibatkan diri dalam The Locos. Dapat pulak bini yang memang dibesarkan dengan bahasa Jerman. Bukan setakat itu...
Fredella juga boleh berbahasa Itali! Dua tahun wanita itu menyambung pelajarannya disana. Kadang-kadang Qayyum rasa dirinya hanya sebesar kuman sahaja berada di dalam keluarga Tengku Rossa. Mereka terlalu hebat.
"One hour. Nanti Della dengan Qay sampai." Fredella seolah-olah sedang resah mengejar masa.
Qayyum yang mendengar namanya turut disebut itu terus bangun dari baringan. Tubuhnya disandarkan ke kepala katil.
"Siapa call?" Selesai sahaja wanita itu meletakkan panggilan, terus Qayyum soal.
"Abang Farrel dengan Rykarl," Ujar Fredella dengan wajah serius.
"Bangunlah. Kita siap, lepastu terus pergi markas." Ni semua salah Qayyum! Kalau tidak takdalah dia bangun lambat pagi ini.
"Stop there." Belum sempat Fredella bergerak, terlebih dahulu Qayyum menyuruhnya setia berdiri di situ.
Qayyum bangun lalu terus dekati wanita itu. Wajahnya dingin, tetapi renungan matanya redup sehingga membuatkan Fredella berasa kurang senang.
"Kenapa Qay pandang macam tu?" Dia ada buat salah ke? Bukan ke semua masalah perselisihan faham dahpun selesai semalam?
"Nothing." Tangan Qayyum terasa ringan sangat pagi ni nak membelai isterinya. Tapi tulah! Takut dia menjadi punca sehingga mereka bersiap lambat.
"Thank you... for last night. Dan terima kasih sebab dah tak marahkan saya lagi." Senyum nipis diukir. Tak tahu kenapa Qayyum rasa serba salah. Niatnya hanya nak memujuk, tapi... lain pula jadinya.....
"Wanna know something?" Siapa dia mampu menolak kehendak suami? Marah dan ego bukan bermakna tanggungjawabnya boleh dilepaskan.
"I'll never give up on us. We're destined to be together. And I'll never stop believing in that," Fredella membalas senyuman suaminya.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...