°∘∘43∘∘°

9.1K 858 20
                                    

Fredella bangun dari katil lalu mendekati meja solek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Fredella bangun dari katil lalu mendekati meja solek. Dia lihat wajahnya sendiri melalui cermin besar yang berada di depan mata. Senyum nipis diukir. Sisa air matanya masih dibersihkan dengan jari.

Pandangan Fredella beralih ke arah kalendar kecil yang berada di hujung meja tersebut. Hatinya tergerak untuk menyemak kalendar itu. Lama dia merenung, satu-persatu tarikh diperhatikan.

"I've been very emotional lately. Tapi kenapa period tak datang-datang lagi?" Sepatutnya, hari kedatangan haid dia akan tiba lima hari lepas lagi. Tapi sampai sekarang Fredella masih boleh mendirikan solat.

Simptom nak haid itu memang ada. Kuat makan, cepat marah, kadang-kadang rasa macam nak nangis dan merajuk dengan suaminya sendiri tanpa sebab.

"Wait..." Fredella gigit jari telunjuknya. Dia kembali melihat cermin dengan wajah musykil.

Kitaran haidnya memang sentiasa teratur sebelum ini. Paling lewat pun 1 atau 2 hari sahaja. Nauzubillah! Taknak kena sakit yang bukan-bukan!

"Nonsense Lisa!" Cepat-cepat Fredella mengucap. Minta dijauhkan dari penyakit itu.

Habis? Bagaimana dia hendak menukar sangkaan yang buruk itu menjadi sangkaan yang baik?

Jangan kata....

"Pregnant?" Mulutnya ditekup selepas menyedari sesuatu. Punya lama fikir sampai dia lupa yang mengandung adalah alasan yang paling masuk akal.

Lantas Fredella membuka satu-persatu laci, mencari sesuatu yang amat dia perlukan sekarang. Dia lupa mana dia letak dan simpan benda itu!

Laci yang terakhir saja harapannya. Fredella tarik nafas dalam-dalam dengan bacaan bismillah dalam hati. Minta-minta lah jumpa!

"Jumpa pun!!!" Jeritnya seolah terjumpa harta karun. Memang harta karun pun bagi Fredella. Punya lah payah dia nak sorok pregnancy test dari Qayyum selama ini. Sebab Qayyum suka mengemas, jadi dia sendiri lupa bila kali terakhir dia ubah kedudukan pregnancy test itu.

Alat itu diambilnya sebelum laci kembali dirapatkan. Fredella membetulkan posisi tubuhnya. Lama dia pandang kotak pregnancy test yang berada di tangan.

"Tapi kalau sangkaan aku betul, is now the right time for it?" Fredella tak letak harapan yang tinggi atas apa jua keputusan. Dia dan Qayyum memang bergantung kepada kekuasaan Allah. Jika ia positif, dia adalah wanita yang paling bahagia menyambut penghuni pertama yang berada di dalam rahim. Tapi kalau sebaliknya... dia dah bersedia.

Kotak itu dibuka dan isi dalamnya dikeluarkan perlahan-lahan. Jantung Fredella berdegup kuat semacam. Tanpa membuang masa, langkah diatur menjauhi ruangan itu. Dia segera ke bilik mandi sementara Qayyum masih belum balik lagi. Alat itu turut dibawa bersama.

QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now