"Darwish? Bawa balik siapa ni?" Tuan Hafiz menjatuhkan spek matanya ke tulang hidung. Apabila dia cuba mencerna wajah Fredella yang berada dibelakang Qayyum, gadis itu menyorok disebalik tubuh anaknya.
"Adik bongsu Tuan Muda." Qayyum ketepikan tubuh, memberi ruang abahnya melihat Fredella.
"Aii.. banyak benda abah nak tanya ni—" Wajah anaknya seperti tiada perasaan. Sepatah yang disoal sepatah yang dijawab. Kalau siang hari bawa tetamu takpa, ini dah malam.
"Masuk-masuk. Ummi kamu ada kat dalam." Tangan dilambai beberapa kali. Mengajak mereka berdua masuk kedalam rumah.
Apabila Tuan Hafiz sudah hilang dari pandangan mata, Fredella mula menerpa kedepan.
"Saya tak kenal orang tua awak. Saya tidur dekat hotel je.." Nada suaranya perlahan menutur ayat. Takut jika terdengar sampai dalam.
Selangkah kaki Fredella kebelakang ketika Qayyum mendekat berdiri menghadapnya. Wajah tenang jejaka itu membuatkan dia semakin gabra. Tujuan dia kesini untuk bersemuka dengan Qayyum. Bukan dengan orang tuanya!
"Macam mana nak kenal kalau taknak berdepan? Jangan, Tuan Muda Khalaf tak benarkan." Balas Qayyum mendatar.
"Jum masuk. Saya ada." Tambahnya lagi mendiamkan Fredella. Kaki mula bersedia hendak melangkah masuk.
"...Cik Khalisa Fredella, sebelum saya tarik awak guna cara lain, lebih baik awak masuk." Qayyum mencerlung tepat ke gadis itu.
"I'm done." Terpaku 10 saat, Fredella akur mengikut langkah Qayyum masuk kedalam.
"Dok ko ni hok dale gamba tu Awish? Serupo deh, abe?" Anak mata Puan Salima tidak lari dari memerhati Fredella. Dia yakin yang wajah ini pernah dilihat sebelum ini.
"Nanti dulu Ima." Tuan Hafiz menenangkan isterinya dari melontarkan soalan bertubi.
"Jauh betul kamu datang kesini. Cari Qayyum ke? Tak bawa tunang sekali?" Dia tak pernah lupa dengan apa yang diceritakan oleh Qayyum sebelum ini. Masih tersemat didalam ingatan bahawa orangnya sudah bertunang.
"Saya d-dah..." Fredella pada awalnya pelik bagaimana Tuan Hafiz tahu akan hal itu namun dia cuba menjawab.
"Dah putus tunang, abah. Dia rindu Awish, sebabtu dia sanggup datang dari jauh." Laju Qayyum mencantas. Ketika dia menutur ayat itu, hanya wajah abahnya yang dipandang.
Membulat mata Fredella mendengar. Memang dia sorang je yang berani dengan aku, kalau bukan depan Tuan Hafiz dan Puan Salima bertekak rasanya! Omel Fredella didalam hati.
"Awish—" Puan Salima mengecilkan mata, merenung tajam anaknya.
"Bagi dio oyak dulu." Dibuatnya anak orangni tak suka kena usik macamtu, kan dah malu.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
AksiKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...