°∘∘28∘∘°

14.4K 1.4K 70
                                    

"Della—"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Della—"

Langkah besar Fredella dikejar secekap yang mungkin. Tak mengah berlari, cuma mengah memanggil si isteri.

"Della—" Fredella biarkan panggilan itu dibawa angin. Tiba sahaja di hadapan pintu rumah, terus dia tekan butang kata kunci. Apabila pintu mewah itu selesai dibuka, Fredella meneruskan langkahnya masuk kedalam.

Qayyum melepaskan keluhan. Isterinya melulu masuk tanpa menghiraukannya. Pintu rumah kembali ditutup dan di lock.

Apabila Qayyum cuba mengintai bilik tidur dari jauh, tepat sangkaannya Fredella membawa diri ke situ.

PUMMM

Boleh pecah gegendang telinga akibat bunyi dentuman pintu bilik tersebut. Marah betul!

"It's okay. I'll let you rest," Sebut Qayyum perlahan. Tubuh dipusing lalu menuju ke arah sofa baldu di ruang tamu. Dia membatalkan niat untuk menenangkan Fredella. Perempuan ni kena bagi dia redakan marah dia dulu. Kalau tidak, masuk bilik itu lebih kurang seperti masuk sangkar singa.

Punggung dilabuhkan ke atas sofa empuk tersebut. Jam tangan ditanggal, begitu juga dengan jaket leather nya.

Qayyum pandang pintu kaca yang memisahkan ruang tamu dan balkoni. Bangunan-bangunan lain diluar sana lebih rendah nak dibandingkan dengan rumahnya yang terletak di puncak apartment.

Tangannya naik mengurut rahang. Qayyum tak serabut, stress apatah lagi. Dia tahu apa yang dia buat itu betul dan bukan perkara yang salah. Tak pernah langsung dia mengongkong Fredella. Dia cuma tak izinkan jika isterinya mahu berjumpa dengan Tengku Sofi lagi.

Dan... itu semua untuk kebaikan Fredella sendiri. He's not ego. He only protects what is his.

"Alright, you gonna handle this calmly. Make her listen to you. Khalisa Fredella tanggungjawab Qayyum.." Ucapnya seolah-olah sedang memberi semangat buat diri sendiri.

Tidak lama kemudian, tanpa berfikir panjang terus Qayyum bangun dari sofa. Dia menerpa ke arah glass drawer yang menempat barang-barang privasi rumah. Satu persatu laci dibuka sehinggalah kunci yang dicari jumpa. Kunci ganti yang bakal digunakan untuk membuka pintu biliknya.

 Kunci ganti yang bakal digunakan untuk membuka pintu biliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
QAYYUM'S WEAKNESS | OGWhere stories live. Discover now