"Tuan nak bawa saya pergi mana pula ni?" Satu-persatu pintu bilik sudah dilepasi. Namun perjalanan mereka masih belum selesai. Nak kata Fareez bawa dia jalan-jalan memang tak lah! Sebab keliling mereka hanya pintu bilik sahaja.
"Bilik kau." Serta-merta perjalanan terhenti. Fareez terus buka pintu bilik yang berada di depan mereka. Kemudian, dia kembali menolak kerusi roda Hayfa masuk ke dalam bilik itu.
"Bi..bilik?" Terpinga-pinga Hayfa melihat ruangan dalam bilik tersebut. Macam tak percaya yang dia layak ditumpangkan dalam bilik tidur semewah ini.
"Saya akan tumpang duduk rumah bos tuan ni ke? Tuan nak pergi mana? Keluar tinggalkan saya?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Tolonglah... dia tak sanggup duduk sini tanpa ada teman untuk bercakap.
Fareez merapatkan kerusi roda Hayfa di birai katil. Tanpa bersuara, dia bertindak melipat tempat letak kaki kerusi roda tersebut. Tujuan untuk memudahkan Hayfa bangun.
Seperti biasa, tangan kanannya dihulur. Menurut gadis itu untuk bangun dengan bantuannya.
Hayfa akur. Dia ikut saja apa yang diarah Fareez. Perlahan dia cuba untuk duduk walaupun agak sukar dek kerana ketinggian katil itu.
"Terima kasih," Ucapnya masuk ke seratus kali.
"Sama-sama." Selesai memastikan Hayfa duduk dalam keadaan selesa, Fareez terus menyusun langkahnya hendak beredar.
"Tuan!" Keras nada yang digunakan oleh Hayfa memanggil.
Fareez memainkan lidahnya pada dinding mulut. Dia pejam mata beberapa saat ketika membelakangi Hayfa.
"Tuan tak jawab soalan saya lagi," Kali ini Hayfa akan pastikan soalannya dijawab dahulu. Tajam renungannya memerhatikan belakang tubuh tegap Fareez.
"Ya, kau akan duduk sini. Aku banyak kerja." Fareez kembali menghadap Hayfa. Dari cara gadis itu pandang, jelas terpancar dengan harapan agar dia tidak keluar meninggalkannya.
"Saya ada satu permintaan.." Bibir bawah digigit beberapa saat. Hayfa sedar Fareez sudah penat melayannya.
"Hm?" Sengaja Fareez mengangkat sebelah kening.
"Boleh tak saya nak tuan selalu melawat saya di sini? Sebab.. saya tak selesa dengan orang lain, selain tuan." Jujur, jejakkan kaki ke rumah ini ibarat orang asing sahaja bagi Hayfa. Dia tak kenal seorang pun kecuali Fareez dan Qayyum. Itupun dia lebih selesa dengan Fareez.
Permintaan Hayfa tersebut membuatkan Fareez terdiam seketika. Lama anak mereka bertembung. Dia blur kejap. Rasanya, layanan dia pada Hayfa sebelumni ini biasa-biasa saja. Apa yang membuatkan gadis itu selesa dengannya?
"Aku tak boleh janji.." Selangkah demi selangkah Fareez mendekati Hayfa.
"Tapi, walaupun aku takda depan mata kau.. tak semestinya aku jauh dari kau," Sambungnya seraya mengambil satu bantal untuk disandarkan pada kepala katil. Ditepuk lembut beberapa kali bantal itu.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...