Song title: Don't Blame Me by Taylor Swift
━─━─━──༺༻──━─━─━Di saat semua orang sibuk membuat hal sendiri, Khaleef meninggalkan laman rumah agam tersebut. Dia memang tak suka suasana yang ramai begini. Lebih memilih untuk menyendiri.
Pintu kaca yang memisahkan luar dan ruangan dalam rumah agam itu dituju. Buka sahaja pintu tersebut, ada suara seseorang yang membuatkan Khaleef tertarik untuk dengar dengan lebih dekat dan jelas.
Khaleef menerpa ke arah kawasan istirahat Tengku Rossa. Dia tahu ada seseorang di situ.
"Airis nak tahu tak? Auntie Dell rasa happy sangat setiap kali jumpa Airis.."
Cop! Langkah Khaleef berhenti bila dia sedar siapa tuan badan suara tersebut.
Kepalanya dikeluarkan sedikit, mengintai Fredella yang sedang berbual dengan si kecil Airis. Wanita itu duduk di atas swing chair dan membelakanginya.
"Sekurang-kurangnya, auntie Dell dapat tengok uncle layan Airis macam seorang ayah."
Satu-persatu luahan Fredella itu didengar dengan penuh teliti oleh Khaleef. Dia masih berdiri di tempat yang sama. Berselindung di sebalik dinding.
"Auntie nak sangat bagi tahu satu dunia yang dalam perut auntie ada penghuni sekarang.."
"But I don't think that I will survive this baby. I'm grateful for being a mother, but it feels wrong when I'm living in a terrible world."
Kedua-dua tangan Khaleef sudah menggumpal penumbuk. Dia menahan dirinya dari bertindak melulu.
"Airis rasa auntie salah ke buat semua ni? Auntie cuma... taknak Uqael apa-apakan our family.." Ayunan swing chair itu membuatkan Fredella menjadi leka. Leka meluahkan perasaan yang tiada seorang pun tahu.
"Khalisa Fredella!"
Terangkat bahu Fredella mendengar nama penuhnya dijerit sekuat hati. Dia turun dari sofa buaian tersebut dengan debaran jantung.
"Ab...Abang Firas," Tengok sahaja muka dingin Khaleef, dia sedar yang semua luahannya sudah diketahui.
Lelaki itu merapati Fredella. Dia masih berjaga-jaga dengan tindakannya kerana tidak mahu si kecil Airis menangis.
"Aku nak kau ulang apa yang kau dah cakap tadi." Jari telunjuknya naik menghala ke wajah wanita itu.
"Now!" Tengkingan Khaleef membuatkan Fredella mati akal mahu jawab. Airis pula tercebik-cebik, tubir mata sudah bergenang dengan air mata.
YOU ARE READING
QAYYUM'S WEAKNESS | OG
ActionKF SERIES VOL II ↳ Known as His Weakness QAYYUM DARWISH | Bercakap spontan, tak pernah serius, tanpa sedar dirinya itu adalah seorang penggodam? Berusia 25 tahun. Seorang yang tidak mementingkan isu perkahwinan dalam hidup serta terlalu hormat akan...